Saturday, December 24, 2011

Kepentingan laman sosial kepada anda???

Setelah dah lama tak post entry baru, hari ni mommy ingin berkongsi sedikit mengenai kebaikan dan keburukan laman sosial di dalam kehidupan mommy...Sebelum tu, mommy ni sebenarnya sangat busy tetapi bila nak release tension, laman sosial laaa tempat persinggahan mommy dan adakalanya sehingga jelajah wall2 orang lain. huhuhu! Saje...Wanna to find what i'm missing...Sebab tulaa mommy selalu ketinggalan keretapi. hahaha!

Dah lain topik ni...Ok, pernah dengar facebook? Eleeeeyyyy semua tahu facebook tu ape, fames sgt! Tentu semua tahu kebaikan dan keburukannya, btol tak? Dan setiap orang pasti ade pengalaman sendiri hanya kerana facebook ni, btol? 


Yang mommy nampak sangat facebook ni ialah boleh berhubung dengan rakan yang lama dan baru, yang jauh didekatkan, yang terputus dihubungkan semula...Terkenalnya facebook ini sehingga warga tua juga main facebook. Atuk atau nenek yang tak pernah sentuh komputer sepanjang umurnya, akhirnya bermain komputer dan paling mengejutkan ade akaun facebook! Betapa besarnya pengaruh facebook ini sehingga semua golongan masyarakat tak kira muda mahupon tua memiliki akaun facebook ini.

Bermain facebook itu tidaklah salah tetapi jika facebook itu punca bermusuhan atau wujudnya perasaan atau penyakit hati, lebih baik berundur dari terus berhubung. Bukan bermakna kita taknak kawan tetapi cara ini lebih baik dari terus berlanjutan dan semakin teruk....Lebih baik jarang berhubung di telefon atau berjumpa dari setiap hari berjumpa di facebook kalo terjadinya macam tu. Ini adalah kerana kita ingin memelihara hubungan yang dah sedia terjalin...:)

Pengalaman mommy sepanjang menggunakan facebook ini:
  • mommy sangat anti pada orang yang suka post status menggunakan bahasa mencarut atau bahasa kasar. Mommy akan tros unfriend orang macam tu. 
  • Melihat kisah sedih dan gembira orang lain dan paling banyak sekali ialah tentang cerita kehamilan dan kelahiran bayi...
  • Mommy suka melihat gambar2 yang menarik perhatian mommy, sure mommy akan singgah dan lihat satu persatu...
  • Ada juga yang post kurang menyenangkan seperti mengumpat atau mengutuk orang...itupon mommy tak suka tapi kalo post yang menanyakan pendapat, mommy suka sbb boleh berkongsi idea dan informasi yang kita ada bersama2 orang lain...
  • Ada juga penceroboh facebook seperti orang menceroboh facebook untuk mencari sesuatu untuk dijadikan bahan di wall post mereka. Yang part ni mommy sangat tidak suka kerana sikap cmni adalah sikap yang tidak elok. Seterusnya akan mencerminkan peribadi kita yang sebenar...Walaupon facebook tu takdela ape sangat tapi ia juga umpama diary elektronik kita dan termasuk dalam privasi kita sendiri. Bagaimana perasaan anda jika ade yang menceroboh dalam senyap?
  •  Ada juga yang menegur mommy dengan berhemah, mommy ucapkan terima kasih kerana ia sekaligus dapat perbaiki diri mommy yang tak sempurna ni...

 Bagaimana dengan anda pula?

Kadang-kadang mommy terfikir, kenapa laman sosial seperti facebook ini tidak dijadikan medium pembelajaran??? Pembelajaran berterusan sehingga ke rumah itu juga kan penting untuk anak2? Tidak adakah orang yang ingin menjadikan facebook ini tempat untuk belajar secara konstruktivisme atau visualisasi atau inkuiri penemuan??? Rasenya facebook ini cukup segala aspek yang diperlukan dalam teori pembelajaran...Apa pendapat anda?


Oklah, setakat di sini dahulu ye entry kita pada hari ini...Jumpe lagi di entry yang lain...bubbye!