Sunday, February 21, 2016

4 bulan sudah dibumi kelahiranku sendiri


Assalammualaikummm...
4 bulan sudah berlalu...4 bulan jugalah berada di bumi kelahiran sendiri...

Perasaan? Tersangat gembira, rasa seperti keluar dari neraka dunia! Huhuhu

8 tahun diperantauan, aku tak kaco kehidupan orang lain, tetapi ade saje yang mengganggu hidup aku. Orang yang backstabber, talam 2 muka, tak berhati perot dan macam2 lagi orang yang mengacau kehidupan aku. Takpela benda pon dah berlalu...

Kini, aku bahagia dengan kehidupanku bersama anak2...Walaupun hubungan ku dengannya seperti roomate...Dia pon xkisah dah aku xcinta dan xkasih pada dia...Yang pastinya, cinta dan kasih dia terhadapku tu xmengalir ke diriku...huhuhu...

Pelik dengan ape yang kuterima tika ini...
Di saat aku xde cinta, Allah hadirkan nyawa lain dlm tubuhku. Sedangkan pelbagai halangan aku lakukan utk tidak memperoleh ape2 dengannya.
Percaturan Allah tiada siapa yang tahu...
Aku ternanti2 apakah hikmah dari aku memilih jawapan istikharahku 6 bulan dulu...DAN kini aku ternanti2 apakah hikmah disebalik nyawa lain yang Allah berikan padaku ini di saat seperti ini.
Mengapa semakin terikat? Apakah yang sebenarnya tersedia untukku?
Hanya Allah sahaja tahu jawapannya...

Aku suka dengan kerjayaku. Walaupon aku pergi ke kerja, namun tanggungjawabku dirumah tidak terabai. Hari2 aku pasti memasak walaupon alahan kuat. Cuma sekarang, kakiku sakit akibat terjatuh. Tak boleh jalan. Dia lah banyak membantuku kini. Semua kerja2 rumah dia yang buat. Adakah lelaki yang aku idamkan nak menjelma? Hahahahaha! Mase kakiku sakit, bolehlaaa...huhuhu.

Terima kasih ye am! Mase alahan ni, am banyak tolong ayu bersih2kan barang2 basah sebab tak boleh bau busuk. Skrg ni kaki plak sakit...huhuhu..Terima kasih banyak2...Ikhlas ni...

Okeyla dulu...nanti sambung lagi.

Sunday, November 1, 2015

Terima Kasih, Awak!


Terima kasih awak kerana hadir dalam keluarga kecil saya dalam waktu singkat...
Terima kasih awak kerana kehadiran awak melayan 'si dia' membuatkan dia mengaku kejahatannya selama 8tahun ini...
Terima kasih awak kerana kehadiran awak menjadikan saya tekad untuk balik ke negeri asal saya...
Terima kasih awak kerana kehadiran awak membuatkan saya tidak lagi fikir tentang orang lain, hanya fikir diri saya dan anak2 saya...
Terima kasih awak kerana kehadiran awak telah membuka parut di hati saya ini dan kembali berdarah...
Terima kasih awak kerana kehadiran awak menyebabkan terpadamnya api cinta saya pada dia, menerima dia dalam keadaan terpaksa dan hidup seperti roomate...
Terima kasih awak kerana kehadiran awak telah membuatkan saya tekad untuk meneruskan cita2 saya, Master dan PhD bakal menjadi kenyataan...
Terima kasih banyak2 awak kerana melayan 'si dia'...Kerana awaklah saya berubah....

Saturday, October 24, 2015

Dear xxxx


"Dear xxxx,
Tak perlulaaaa susah2 cari kawan untuk isteri U. Dia bahagia hidup macam tu...
Kalo U nak bagi kawan untuk isteri U, biar jantina lelaki. Tau kenapa? Sebab lain jantina takkan tikam dia dari belakang, takkan jadi talam 2 muka, munafik/pendusta.

Dear xxxx,
Semasa isteri U nekad untuk memilih jalan hidupnya sendiri dan keputusan itu dibuat bersama2, ketika itu hadir pula seorang lelaki yang telah lama admire isteri U dan terus melamar isteri U. Mengapa U pula memilih untuk tidak melepaskan isteri U pada lelaki itu? Sebab lelaki tu bukan suami orang, dia masih single and available ke? Suddenly, U sanggup tinggalkan semua agar isteri U tak boleh dimiliki oleh sesiapa. Kelakar bukan? Kelakar kerana its exactly same like U do to her. Dibayar CASH oleh Allah SWT. Isteri U tak minta pon untuk U dibalas and she is not planning anything. Its happen perfectly on that time. Inilah jawapan istikharah yang isteri U buat. Isteri U beritahu, yang dia terpaksa menerima U semula kerana mengikut kata peguamnya, ape2 pon tindakan perlu ada hitam putih. Maka baliklah isteri U pada U dalam keadaan keterpaksaan, dalam tiada rasa cinta. Ramai yang menghalang dia untuk berbalik pada U tetapi oleh kerana peguam berkata begitu, she doesn't have a choice...

Dear xxxx,
Kini hidup U dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup. Bersabarlah menghadapi ujian Allah SWT. Ape yang U alami sekarang ni adalah balasan dari Allah SWT yang telah Allah janjikan pada hambaNYA jika melakukan perkara2 yang dilarang oleh Allah SWT. Kesempitan hidup U yang teramat sangat sehingga U jobless dari bulan Mei sampai Ogos dan kini U terpaksa menjual satu2nya sumber pendapatan U untuk kelangsungan hidup. Hutang2 U keliling pinggang dan amountnya bukan sedikit, sangat banyak seperti membeli sebiji rumah teres 2 tingkat. U juga telah merosakkan nama isteri U di mata bank2. I sangat kesian dengan isteri U kerana di saat U jobless, U buat hal lagi. Allah SWT itu Maha Melihat, Allah tidak pernah tidur. Kesian isteri U, sangat kesian...U terima balasan dari Allah, dia juga terkena tempiasnya walhal dia tidak melakukan ape2 keburukan kepada U...Ingatlah, kejayaan seseorang lelaki kerana adanya ISTERI yang menjadi tulang belakang DAN kegagalan seseorang lelaki kerana adanya SKANDAL.

Dear xxxx,
Isteri itu pembawa rezeki. U telah menghancurkan hati isteri U, U buat hidup isteri U menderita terlalu lama, maka Allah SWT telah menarik semua rezeki yang DIA telah beri pada U kerana U lupakan DIA. Jika U mencintai dan menyayangi DIA, maka U juga turut mencintai dan menyayangi isteri U. Hubungan U dengan DIA tidak sempurna, bagaimana U nak sempurnakan hubungan U dengan isteri U, menjadi pemimpin isteri U? Cukup2la mengatakan "hanya manusia biasa". Ayat itulah menjadikan keruntuhan akhlak kerana ia seringkali digunakan setiap kali melakukan kesalahan. Kita diberi akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk. Maka gunakan akal itu sebaik2nya. Jangan diikutkan bisikan syaitan dan iblis yang cuba menyesatkan kita...

Dear xxxx,
Telah banyak telah kucoretkan di sini...Semoga isteri U tabah, sabar, kuat dan bertahan untuk terus hidup bersama U..."

Thursday, October 22, 2015

H . I . D . U . P


Hidup ini tidak selalunya indah seperti yang kita harapkan...
Adakalanya panas tak sampai ke petang, hujan ditengahari. Kemudiannya, timbul pula sang pelangi memberi kita secebis kegembiraan...
Kita mampu menyusun dan merancang sebaik mungkin perjalanan hidup kita namun Allah sebaik2 perancang. Hanya DIA yang mengetahui segala isi bumi...
Adakalanya perkara yang tidak kita sukai boleh jadi ia sangat baik untuk kita...DAN adakalanya perkara yang kita sukai, boleh jadi ia tidak baik untuk kita...
Pelbagai cabaran dan ujian hidup telah ku lepasi satu persatu...
Sangat menguji kesabaranku, ketabahanku dan kekuatan jiwaku untuk teruskan hidup walau sakit, perit, pedih dan pahit untuk dikenang...
Memusnahkan segala cita2 dan impianku...
Menyekat laluan dalam aku mencari kebahagiaanku sendiri...
Apakan daya...
Hanya MASA yang boleh mengubati segala sakit itu...
Tatkala aku sudah tidak perlukannya, ia hadir semula dalam hidupku dalam keadaan keterpaksaan...
Menerima segalanya dalam tiada erti dan rasa...
Namun ku teruskan jua melangkah demi amanah yang kucintai...
Apakan dayaku menolak ketentuan yang Allah telah coretkan dalam hidupku...
Walau ia sakit...
Walau ia terpaksa...
Semua itu ujian terhadapku...
Adakalanya ku tewas dan tidak ingin lagi meneruskannya...
Ikot kata hati, inginku cari hidupku sendiri, kebahagiaanku sendiri...
Namun apakan daya jika ia masih terikat dan tidak mungkin mampu dileraikan...
Maka aku bersabar, bertahan semahu2nya...
Aku harapkan ada sinar untukku di masa hadapan...

Monday, October 12, 2015

BODOH! Anak Kandung VS Anak Tiri




Assalammualaikum semua...

Arini mommy tetiba emo bile bace mengenai seorang bapa yag main belasah je bagi nafkah ikot die. Kalo mommy jadi bekas isteri die, mcm2 nafkah kot mommy tuntut. Dah tau xmampu, ade hati nak berkahwin lain dan siap tanggung anak tiri lagi. Perghhh!!! Anak sendiri berkira.

Bro, bile cerai banyak bende ko kene siapkan. Penyediaan tempat tinggal utk anak2 ko yang dijaga oleh bekas isteri, makan minum, pakaian head to toes, biayaian pendidikan termasuk tuisyen, pengangkutan dan petrol untuk anak2 ko ke sekolah atau ke mana2 yang digunakan oleh bekas isteri ko, duit blanja sekolah, duit blanje hiburan untuk anak2 nak beli ape die nak dan macam2 lg. RM400 mane cukup bro dengan dah ade GST ni, sane sini barang naik, petrol naik, tol naik. 

Bro, keadaannye perlu sama seperti sebelum bercerai. Sudah pasti anak2 tiri ko tu dah gantikan tempat anak2 sendiri. Apa yg sepatotnye anak2 ko dapat mase ade ko dulu, anak2 tiri ko yang dapat. Seronok ar bini baru ko kan, sbb ko lebih utamakan anak2 die dari anak ko sendiri. Ko memang bodoh bro. Sangat bodoh! Zuriat ko sendiri pon ko berkira, bro. Ni wat mommy emo gile ni! Huh!

Okey bye.

Saturday, October 10, 2015

Hinakah Aku Mencintai Suami Orang?

Panasss...Tajuk yang sangat panasss...

Assalammualaikum wbt...

Arini mommy nak story about this plak. But jawab dulu, hina ke cinta married men ni? Huhuhu!!!

1st kite tengok ni dulu:



Poligami tu tak salah dan bermadu tu pon tak salah. Eh? Same je laa.. hahahaha
Ape yg salah sebenarnye? Sebab bercinta bagai nak rak, tuuuu yang salah. Bile hangat bercinta, ape yang biase lelaki buat? Selalu call/whatsap/sms untuk borak2, gurau senda, gelak ketawa, bermanja dengan panggilan manje2, feeling2. Tak cukup dengan tu, jumpe, dating tmpt yg org xnampak dgn xde mahram wanita tu, feeling2 dlm kereta yg syaitan iblis kt tgh2 dan paling last ke katil plak...Dari sini lagi kita boleh lihat, ketidakadilan lelaki tersebut. Dari awal bercinta lagi dah nampak ciri2 TIDAK ADIL dalam memberi cinta dan kasih sayang.

Fikir sejenak...
Dengan skandal, suami borak2 sampai xabes topik dan soalan xkira call/sms/whatsapp. Dengan isteri, borak jap, xde topik nak cite, xde soalan nk tanye sbb dah kenal setiap inchi kononnye, xcall/xsms/xwhatsapp isteri untuk borak2 dlm perjalanan (kalo ade pon sebab urusan penting je). Bile tanye nape tak call, suami akan jawab nanti kan jumpe kat rumah.

Dengan skandal, kalo pakai prepaid, asyik topup je, sanggup bayar air liur je. Dengan isteri, bile tanye nape xcall, kredit abes memanjang.

Dengan skandal, kalo bab duit, xkisah bazirkan nk beli itu ini, makan sedap2. Dengan isteri, berkira sampai kadang2 isteri ikat perot. Bile suami tanye kenapa tak makan, isteri jawab diet.

Dengan skandal, asyik nak jumpe je sampai tak ingat ade anak bini kat rumah. Masalah besar tinggi menggunung pon boleh lupa. Manisss je muke, ceriaaa je muke. Dengan isteri, ade je nak keluar beli itu ini, tak lekat kat rumah bile cuti, membohong dan menipu kuncinya. Kalo ade masalah tinggi menggunung, pandang isteri je asyik citer masalah die tu. Isteri ni pon setiaaaa je mendengar masalah dan cubala ape yang patot untuk bantu selesaikan masalahnya yang tinggi menggunung tu. Muke banyak masam, asyik letih nak tidur, xde nak belai hati isteri.

Dan banyak lagi berlaku TIDAK ADIL suami pada isteri seawal bercinta dengan skandal lagi. Sebelum poligami lagi dah TIDAK ADIL, bagaimana pula lepas kawen nanti? Lagi menjadi2. Bukankah sepatutnye semua perkara2 itu perlu dibuat pada yang halal yakni isteri? Sebab tulah dalam islam, bile suami nak poligami, syarat dengan persetujuan isteri terlebih dahulu dan minta isteri pinangkan untuknya. Contohnya, suami berkenan dengan seorang wanita ini dari jauh, tak pernah berkenalan tetapi mengetahui status wanita (anak dara/janda) tersebut dan wanita itu tidak tahu yang die sedang diminati oleh seorang suami orang. Kemudian, suami memberitahu isterinya yang dia ingin berpoligami dan minta isteri pinangkan untuknya. Jika isteri izinkan, Alhamdulillah, berlakulah proses pinang meminang dan menikah...Jika tidak, maka simpanlah hasrat tersebut. Boleh jadi didikan anda sebagai seorang pemimpin keluarga belom mencukupi.

Lihat surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Mengapa tak boleh bercinta dulu untuk lebih mengenali? Bukan cinta, tapi lebih kepada NAFSU. Dan biasenye bile poligami disebabkan NAFSU, maka hancurlah rumahtangga tersebut. Banyak yang bercerai sebab berlaku ketidakadilan.

So, itu jelah. Semoga ia dapat memberi laluan kepada yang mengalami masalah mencintai suami orang ini. Janda, please jangan kerana dendam pada bekas suami (konsep ko boleh buat, aku pon boleh buat), anda plak cuba meruntuhkan rumahtangga orang lain bina dengan hanya kerana suami orang itu memberi salam perkenalan pada anda. Bagaimana perasaan anda bile wanita lain kaco rumahtangga yang anda bina bersama bekas suami dengan rasa cinta, musnah? Begitu juala perasaan isterinya juga, isteri die tak bersalah apa2 dengan kamu. Lebih baik anda tolak salam perkenalan dan just ignore. Bile anda pelihara 1 hati kaum anda sendiri, Allah SWT jua akan pelihara hati anda juga dengan mendapat balasan yang lebih baik. Dapat bujang misalnya, who knows right?

Sekian dari mommy...Assalammualaikummmm

Thursday, October 8, 2015

Kecantikan Seorang Wanita


Assalammualaikummmm...
Lamenyeeer mommy tak menulis blog ni. Dah bersawang keyh! Hahaha....

Takpela, arini mommy nak cerita mengenai "Kecantikan Seorang Wanita"...Picture upthere telah menjelaskan Kecantikan Seorang Wanita terletak pada sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya. Maksudnye sangaaatla luas kan? But mommy will foccus a part ya?

Nowadays, ramai sangat perempuan/wanita diluar sane tak kire ape jua status mereka (anak dara, isteri or janda), dah hilang malu, tak jual mahal lg seperti orang dulu2, soooooo cheap hokeyh!

Mommy bukanla nak berlagak baik but as i know myself still jaga semua tu dari orang2 luar. Senang cerita, mommy tak mudah didekati oleh lelaki lain la. Even daddy pon susah nak dapat mommy mase couple2 dulu. Bukan bermaksud mommy tak laku but mommy ni jual mahal. Hahahaha...Ramai jeee married man yang hulurkan perkenalan, ajak kawen but seriously mommy ignore je. Pangkah married man, hokeyh!

Nak salahkan lelaki ni menggatal pon susah sbb dah memang Allah SWT jadikan semua makhluk lelaki/jantan sifatnye mengorat perempuan/betina. Binatang pon cmtukan...Bukan betina g cari jantan kan??? Orang akan cakap, kalo tak bertepuk sebelah tangan, xkan berbunyi and other words kalo xde angin masekan pokok bergoyang, betul tak? So, back to the basic up there. Sejauh mane seorang wanita tu menahan (menjaga) malunye. Thats the key! Lelaki yang memang sifatnye camtu, terutama kite sudah tau die hak milik org len, so JANGAN sambut/layan. Just ignore je. Yes, start nak kenal. Then, when a married man proposed, so tekan break...stop...Itulah nilai seorang wanita. Kan cantik nampak wanita tu, pandai jaga diri supaya xmelukai sesama kaum....Okey, tengok picture downthere plak:


So, ape tanggapan korang pada perempuan ni? Haaaa, yang macam ginilaaa yang kita boleh katekan wanita yang pandai, otak gred A.

For a married man, please read this:





Ape yang diceritakan oleh bro ni, memang btol, tertulis dalam tafsiran Al-Quran. Rajin2la bace tafsiran Al-Quran. Mase mommy kehilangan anak2 syurga mommy, i spend my time with reading Quran. Mase tu, ape yg bro ni ckp, mmg ade. MONOGAMI dgn Siti khadijah 25yrs, poligami 10yrs with janda yg suaminye jihad (perang), bukan sebab cinta, hokeyh! So, y lelaki suke pandang yg poligami dari monogami tu sebagai sunnah? Hermmm, kinda weird. Wanita pertama masuk ke syurga adalah isteri yang monogami tu, Siti Khadijah. Okey, part lain, Rasulullah pon xkasi anak baginda dimadukan pon ade tertulis dalam Al-Quran. Cume tak ingat surah dan ayat brape. Kalo mommy jumpe, mommy update kat sini. Kata bro ni, masalah lelaki nowadays, tak pandai control kehendak nafsu tu. Btol ke? Yes! Lelaki generasi Y sangat banyak mcm tu. Paling mommy rase lawak when married man cakap cintakan wanita lain kerana Allah? Dah sms/whatsapp/call/jumpe mesra2, manje2, then baru nak cakap tu cinta kerana Allah??? HAHAHAHAHA!!! Cinta kerana Allah, tak contact bro, xjumpe bertentang mata bro, xpanggil manje2 bro, tros jumpe family die tanpa pengetahuan die, tros pinang dan nikah je.

Okey, kite tengok plak dari pandangan Ustaz Ebit Lew:




Macam mane??? Inilah married man yang awal2 lagi tarik handbreak. Ingatlah, di SYURGA, apa saje keinginanmu wahai para suami, Allah SWT berikan. Janganlaaa risau. Kekal selama2nya tau. Dunia ni sementara je. Mase sekarang pon cepat je berjalan...

At the end, ape sebenarnye mommy nak citer ni? Pasal wanita ke pasal lelaki? Hahahaha...Sebenarnya, dua2 berkait. If married man mengorat seorang wanita tu and wanita tu melayan manje2 lelaki tersebut, wanita tu membantu lelaki tu untuk melakukan keburukan pada isterinya seperti menipu, pudarkan kasih sayang dan rase cinta suami kepada isteri, ayah kepada anak2, memecahbelahkan rumahtangga (bercerai) kerana isteri tidak setuju untuk dimadukan, kekerasan dengan memaksa dan banyak lagi la.

So guys, kite diberi akal dan fikiran. Pilih yang baik dan semoga balasan yang baik juga kite terima. DAN ingatlah, hidup kite ni ade kifarah. What you give, you will get back. Okey, Assalammualaikum....