Saturday, October 10, 2015

Hinakah Aku Mencintai Suami Orang?

Panasss...Tajuk yang sangat panasss...

Assalammualaikum wbt...

Arini mommy nak story about this plak. But jawab dulu, hina ke cinta married men ni? Huhuhu!!!

1st kite tengok ni dulu:



Poligami tu tak salah dan bermadu tu pon tak salah. Eh? Same je laa.. hahahaha
Ape yg salah sebenarnye? Sebab bercinta bagai nak rak, tuuuu yang salah. Bile hangat bercinta, ape yang biase lelaki buat? Selalu call/whatsap/sms untuk borak2, gurau senda, gelak ketawa, bermanja dengan panggilan manje2, feeling2. Tak cukup dengan tu, jumpe, dating tmpt yg org xnampak dgn xde mahram wanita tu, feeling2 dlm kereta yg syaitan iblis kt tgh2 dan paling last ke katil plak...Dari sini lagi kita boleh lihat, ketidakadilan lelaki tersebut. Dari awal bercinta lagi dah nampak ciri2 TIDAK ADIL dalam memberi cinta dan kasih sayang.

Fikir sejenak...
Dengan skandal, suami borak2 sampai xabes topik dan soalan xkira call/sms/whatsapp. Dengan isteri, borak jap, xde topik nak cite, xde soalan nk tanye sbb dah kenal setiap inchi kononnye, xcall/xsms/xwhatsapp isteri untuk borak2 dlm perjalanan (kalo ade pon sebab urusan penting je). Bile tanye nape tak call, suami akan jawab nanti kan jumpe kat rumah.

Dengan skandal, kalo pakai prepaid, asyik topup je, sanggup bayar air liur je. Dengan isteri, bile tanye nape xcall, kredit abes memanjang.

Dengan skandal, kalo bab duit, xkisah bazirkan nk beli itu ini, makan sedap2. Dengan isteri, berkira sampai kadang2 isteri ikat perot. Bile suami tanye kenapa tak makan, isteri jawab diet.

Dengan skandal, asyik nak jumpe je sampai tak ingat ade anak bini kat rumah. Masalah besar tinggi menggunung pon boleh lupa. Manisss je muke, ceriaaa je muke. Dengan isteri, ade je nak keluar beli itu ini, tak lekat kat rumah bile cuti, membohong dan menipu kuncinya. Kalo ade masalah tinggi menggunung, pandang isteri je asyik citer masalah die tu. Isteri ni pon setiaaaa je mendengar masalah dan cubala ape yang patot untuk bantu selesaikan masalahnya yang tinggi menggunung tu. Muke banyak masam, asyik letih nak tidur, xde nak belai hati isteri.

Dan banyak lagi berlaku TIDAK ADIL suami pada isteri seawal bercinta dengan skandal lagi. Sebelum poligami lagi dah TIDAK ADIL, bagaimana pula lepas kawen nanti? Lagi menjadi2. Bukankah sepatutnye semua perkara2 itu perlu dibuat pada yang halal yakni isteri? Sebab tulah dalam islam, bile suami nak poligami, syarat dengan persetujuan isteri terlebih dahulu dan minta isteri pinangkan untuknya. Contohnya, suami berkenan dengan seorang wanita ini dari jauh, tak pernah berkenalan tetapi mengetahui status wanita (anak dara/janda) tersebut dan wanita itu tidak tahu yang die sedang diminati oleh seorang suami orang. Kemudian, suami memberitahu isterinya yang dia ingin berpoligami dan minta isteri pinangkan untuknya. Jika isteri izinkan, Alhamdulillah, berlakulah proses pinang meminang dan menikah...Jika tidak, maka simpanlah hasrat tersebut. Boleh jadi didikan anda sebagai seorang pemimpin keluarga belom mencukupi.

Lihat surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Mengapa tak boleh bercinta dulu untuk lebih mengenali? Bukan cinta, tapi lebih kepada NAFSU. Dan biasenye bile poligami disebabkan NAFSU, maka hancurlah rumahtangga tersebut. Banyak yang bercerai sebab berlaku ketidakadilan.

So, itu jelah. Semoga ia dapat memberi laluan kepada yang mengalami masalah mencintai suami orang ini. Janda, please jangan kerana dendam pada bekas suami (konsep ko boleh buat, aku pon boleh buat), anda plak cuba meruntuhkan rumahtangga orang lain bina dengan hanya kerana suami orang itu memberi salam perkenalan pada anda. Bagaimana perasaan anda bile wanita lain kaco rumahtangga yang anda bina bersama bekas suami dengan rasa cinta, musnah? Begitu juala perasaan isterinya juga, isteri die tak bersalah apa2 dengan kamu. Lebih baik anda tolak salam perkenalan dan just ignore. Bile anda pelihara 1 hati kaum anda sendiri, Allah SWT jua akan pelihara hati anda juga dengan mendapat balasan yang lebih baik. Dapat bujang misalnya, who knows right?

Sekian dari mommy...Assalammualaikummmm

0 comments: