Duit atau wang ni ada hantu ke??? Yup! memang ada hantu sebab tu manusia boleh lakukan apa sahaja kerana DUIT.
Tuesday, September 20, 2011
Kerana DUIT....
Duit atau wang ni ada hantu ke??? Yup! memang ada hantu sebab tu manusia boleh lakukan apa sahaja kerana DUIT.
DUIT boleh mengaburi mata seseorang sehingga lupa yang mana baik dan buruk.
Kerana DUIT juga boleh merenggangkan atau memutuskan hubungan atau silaturrahim yang telah lama dibina.
Apa yang mommy nak cerita ialah mengenai kawan baik daddy yang dikenali sejak zaman kecil lagi...Tapi siapa sangka kawan baik sejak kecil lagi boleh menipu daddy hanya terdesak kerana DUIT?
Rumah ibu mommy di KL menghadapi kerosakan besar yang menelan berbelanja 4-5ribu untuk dibaiki. Oleh kerana kawan baik daddy ada di KL, daddy dengan pantasnya meminta tolong rakan baiknya untuk amek job tu. Ibu mommy beri deposit RM1900 kepada dia untuk membeli barang-barang kerana percayakan dia dan ade niat ingin tolong kawan. Apa yang terjadi ialah, kawan baiknya menipu daddy. Tidak angkat call dan balas sms daddy. Malah kerja langsung tidak dilakukan. Start pon tak, okeyyyy...Tersangatla geram! Mommy dah cakap dengan daddy yang kawan baik daddy tu macam menipu tapi daddy marah mommy kata begitu. Mommy kata yang mommy dapat rase yang kawan baik daddy tu memang menipu daddy tapi daddy tidak percayakan mommy. Mommy cakap tu bukan sebarang cakap tapi ia datang dari kata hati mommy dan juga tanda-tanda dari mimpi mommy tu.
Akhirnya, sampai ke hari ini, kawan baiknya lesap ntah ke mana...nasi sudah menjadi bubur....Mana nak cari duit RM1900 dalam mase singkat untuk ganti duit ibu mommy tu??? InsyaAllah, hari ini daddy g ke balai polis untuk membuat report...Kemungkinan, kawan baik daddy itu terdesak perlukan duit. KEBETULAN rumah ibu mommy kat KL rosak, jadi kawan baik jadi sasaran untuk kes penipuan...Untuk ibu mommy, daddy guna duit modal kedai daddy untuk ganti duit ibu tu. Dalam masa yang sama, daddy serahkan pada pihak polis untuk tangkap kawan baik daddy tu. Secara tidak langsung, terputusla hubungan sesama manusia hanya kerana DUIT...
Oleh itu, rakan-rakan mommy, berwaspadalah....Tidak semua kawan baik boleh dipercayai 100%...Bukan senang nak cari kawan baik yang benar-benar baik dan kekal sampai ke akhir hayat...Jadikan kisah mommy ini sebagai pengajaran...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment