Wednesday, September 21, 2011

update kisah "Kerana DUIT...."

Sewaktu mommy di dalam kelas tadi, daddy telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis mengenai penipuan duit oleh kawan baiknya. Mommy telah ceritakan di SINI. Apa yang terjadi??? Menurut cerita daddy, ketika sedang mengarang laporan, adik daddy merangkap adik ipar mommy call daddy untuk menanyakan tentang kes ini. Kemudian, adik ipar pon memberi nombor telefon adik kawan baik daddy kepada daddy. Terima kasih Yat! Sebelum itu, daddy cuba menelefon kawan baiknya itu. Guess what??? Kawan baiknya offkan hp! Daddy pon beri nombor telefon adik kawan baiknya kepada sarjan Latif. 

Sarjan Latif menghubungi kawan baik daddy. 

Sarjan: Hello...ini ttuuuuuttt ke? Abang awak bernama tuuuuttttt ke?
Adik BFF: Ya saya...Ini siapa?
Sarjan: Saya Sarjan Latif, polis dari kulaijaya. Saya menerima aduan dari en idham mengatakan abang anda tidak membuat sebarang kerja setelah menerima duit sebanyak RM1900. Abang anda ada di situ?
Adik BFF: Tiada sarjan. Abang keluar.
Sarjan: Ok, sekiranya dapat menghubungi dia, beritahu dia yang saya ingin berbincang dengannya sama ada pulangkan duit atau memulakan kerja pembaikan di rumah ibu mommy (alamat umah ibu mommy). 
Adik BFF: Baik sarjan. Terima kasih sarjan.

Selang beberapa minit...Sarjan Latif menelefon daddy.

Sarjan: Hello en idham...Saya telah menelefon tttuuuuttt dan dia berjanji akan memulakan kerja pada hari sabtu. Diharapkan anda bersabar. Sekiranya hari sabtu itu dia tidak melakukan sebarang kerja, kami akan buka kes dan akan terus menangkap dia. Jadi, en idham perlu menunggu sehingga hari sabtu. 
Daddy: Terima kasih sarjan!

Selang beberapa minit, daddy menerima sms dari kawan baiknya. Mommy sungguh tidak puas hati apabila membaca sms pertama dari kawan baiknya tetapi apabila baca sms berikutnya, dia meminta maaf, mommy sejuk sedikit...Nasihat mommy pada rakan baik daddy tu, jangan takut untuk berkata benar hanya kerana takut hilang job. Kalau benar anda ada job di tempat lain, maklumkan perkara sebenar dengan kami. Tidak perlu dengan menipu kami mengatakan anda berada di rumah ibu mommy, dah dekat nak sampai rumah ibu mommy and pelbagai alasan yang anda berikan. Setiap sms anda dari tarikh 15/9/2011 sehingga hari ini, kami kumpulkan dalam satu document sebagai bukti. DUIT jangan dipermainkan okeeeeyyyyy....

Apa yang mommy, daddy dan ibu perlu lakukan sekarang ini ialah menunggu sehingga tibanya hari sabtu. Sekiranya dia tidak datang seperti yang dijanjikan, kami tidak teragak-agak untuk membuka kes...Jadi, kami tengah dan sedang bersabar yang amat tinggi okeeeyyyy....

1 comments:

~wani~ said...

ish..teruk betol..kalo ada masalah ke ape ke, bgtau je laa..jgn wat org tertunggu2..duit nak, keje xmo wat..hmm..