Monday, October 3, 2011

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Ni gambar terbaru mommy. Raya baru-baru ni...Terbaru gak tu. Cantik tak mommy pakai tudung shawl satin yang diilhamkan oleh hana tajima??? Mestilah cantik! Tapi mommy suke tengok maria elena pakai sebab bentuk muka mommy lebih kurang maria elena...eeeeeuuuuuu (gediksnya mommy!)

Now, 15 interesting facts about mommy...Haih, nak kene fikir jap ape yang menarik mengenai mommy ni. Kalo nak dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi, banyak ni.Hermmm....

1. Mommy seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin memiliki Phd in computer & education field kurang daripada umur 35 tahun (< 35tahun). Impian mommy adalah memiliki "DR" dihadapan nama mommy. Dr. Nur Ayuni...Dapat plak time muda-muda, fuhhhhhh....best okeeeyyyy.
"Untuk apa mommy blaja setinggi itu? Dapat ke kerja setaraf dengan apa yang mommy ada? Jawapan mommy kepada yang bertanya ialah untuk kepuasan diri mommy sendiri kerana mommy berjaya mencapai impian mommy. Sekiranya mommy dapat kerja setakat degree level, mommy tak kisah. Tidak semestinya jika anda ada Master atau Phd, kerja pon kene setaraf dengan apa yang anda ada. Bagi mommy, TIDAK okeyyyhhh..."

Mommy pon nak tulis macam buku ni vley???

2. Mommy mempunyai 2 pendirian yang mommy pegang ketat-ketat. Apa dia? Ohooo....Daddy pon tak tau lagi. Selalu tanya mommy, apa pendirian yang mommy selalu simpan ketat-ketat tu? Percayalah sayang, pendirian itu adalah untuk kebaikan kita bersama. Selagi pendirian itu mommy berpegang teguh, selagi itulah mommy berada di landasan yang betol...Maafkan mommy, daddy dan readers...Ni memang mommy tak boleh beritahu...

3. Mommy seorang yang jujur dan lurus waktu dulu dan apabila mommy semakin matang, mommy sudah tahu bagaimana ingin control kejujuran dan kelurusan mommy ni. Bahaya ye bila teruskan sikap ini kerana mudah untuk ditiupu, diputar belitkan dan dijatuhkan. Jujur itu tidak salah tetapi perlu dikawal ye...

4. Mommy suke laugh out loud. Ni memang tak boleh control dari dulu lagi. Campur plak dengan sikap mommy yang satu ni, talkative. Rakan mommy pasti letih mendengar bila mulut mommy start bercakap. Dari subuh sampai jumpa subuh esok pon tak berhenti tau. ekekeke...Sepanjang hidup mommy, ada seorang je cakap mommy ni sombong. Orang yang cakap tu, cikgu sekolah. Time dengar tu, geram sangat sebab mommy tak pernah kenal, bercakap pon tak pernah. Suka-suka je judge mommy...purrrfffff! Tapi bila mommy fikir balik, biarlaa...Buat apa nak geram, hak orang untuk bercakap kan...Kalau boleh, mommy nak jumpa dan tanya cikgu tu, "Perlu ke cikgu cerita mengenai saya yang sombong ini kepada cikgu-cikgu laen sedangkan cikgu tidak mengenali saya? Apa motif cikgu? Sebab saya ni isteri kepada tuan kedai komputer ke cikgu?"


5. Menilai diri terlebih dahulu sebelum menegakkan sesuatu kebenaran. Mommy tak suka gaduh-gaduh sebenarnya tetapi apabila untuk menegakkan kebenaran, mommy akan keluarkan semua on the dot! Tetapi sebelum keluarkan tu, mommy kaji dulu dari pelbagai sudut seperti dari segi psikologi, human sense atau apa saje, adakah perbuatan mommy itu betul? Jika ya, mommy sediakan semua facts dan prove dulu. Baru boleh hentam...Mommy takmo cakap kosong sebab bila kita bercakap kosong akan mempamerkan kebodohan kita. Bermakna kita tidak menggunakan akal sebelum berbicara.


6. Apa yang membuatkan mommy unik untuk daddy ialah sifat mommy yang suka mengusik daddy, mengacau daddy dan suka cari gaduh dengan daddy. Memandangkan daddy seorang yang pendiam, adakalanya boring dan tidak romantik, maka mommy la lawannya.
- Bila mommy usik daddy dan berkesudahan dengan lawak, daddy pasti cubit mommy atau kejar mommy kerana geram. ekekeke...
- Setiap hari mommy suka mengacau daddy kerana daddy suka tido. Jadi, mommy kacau-kacau die sampai kami berguling-guling geletek antara satu sama lain...
- Mesti orang pandang serong pada kami kerana suka bertekak, bising-bising ala-ala macam gaduh. Sebenarnya kami gaduh-gaduh manja okeeeyyy...Mommy memang suka cari gaduh dengan daddy sebab taknak hubungan tu sunyi sepi, boring...Bile gaduh ni, ade adegan merajuk, pujuk memujuk...Boleh manja-manja dengan daddy time berbaik...Kan seronok tuuuu...ngeeee...

7. Mommy suka mencuba sesuatu yang baru, memiliki sesuatu yang lain dari orang lain, atau dalam erti kata lain, sesuatu yang unik. Contohnye ye, bila tiba hari raya, mommy akan cari pakaian yang unik dan yakin pilihan mommy tu takde sedara mara, sepupu sepapat yang pakai...Tu yang daddy lemah tu sebab time nak pergi cari, teramatlaaa cerewat. huhuh...Dalam bab programming, mommy suka explore yang baru. Sesusah mana pon sistem itu, mommy akan cuba kerana ilmu baru dan berguna untuk mommy...

8. Mommy suka karoake okeeyyy...Setiap kali kalo karoake, mommy akan pergi bersama daddy kerana suka berduet dengan daddy...Sedapla jugak kan suara mommy...ekkeke...Mommy teringin nak menari dengan daddy tapi daddy takmo...Dah macam batang kayu menari plak katanyaa....


9. Mommy seorang anak yang bertanggungjawab kerana mommy sangat menjaga hati ibu mommy. Mommy jaga ibu mommy. Setiap hari, mommy akan memastikan percakapan dan perbuatan mommy tidak membuat ibu mommy terguris. Apa sahaja ibu mommy nak, mommy cuba tunaikan walaupu duit hanya tinggal RM10 je dalam tangan. Permintaan burfday dia tahun ni ialah nak g holiday Pulau Tioman. Now, mommy and daddy sedang usaha kumpul duit nak g holiday 2 weeks from now. Fuhhhhh...

10. Mommy seorang yang manja dan adakalanya gediks. Mommy tak buat-buat okeeeyyy...Ni sifat dari mommy kecik lagi. Memang tak boleh nak buang... So, bagi yang terasa dengan sikap manja dan gediks mommy ni, maaf ye. :) 


11. Mommy tersangatlaaaa suka warna pink. Dari dulu sehinggalaaaaa sekarang mommy bersama pink. Slogan mommy, "Dulu, kini dan selamanya pink". hahahaha! Semasa mommy kecik dulu, arwah ayah mommy beri gelaran pada mommy iaitu "pinky". Tetapi bila meningkat dewasa, gelaran "along" walaupun hakikatnya mommy anak kedua...Disebabkan arwah abang dah tiada, maka mommy la sulong...sob sob sob...


12. Mommy tak demand. Ketika arwah ayah ade, mommy hidop mewah dengan barang semua branded. Tetapi bile arwah ayah tiada, duit peninggalan berpuluh k tu, mommy guna sebaik-baiknya. Sempat bertahan sehingga mommy kawen. Sepanjang tempoh itu, mommy belajar kehidupan yang sederhana. Mommy tak demand lagi yeee...Mommy bersyukur kerana Allah SWT turunkan ujian sebegini pada mommy. Dapat mommy belajar hidup susah...Syukran Ya Allah!


13. Mommy tak suka membebankan sesiapa sahaja untuk membeli barang yang mahal untuk mommy. Mommy bersyukur sangat kerana daddy bekerja keras untuk family kami bagi menjaminkan keselesaan terutama kepada anak-anak. Oleh itu, bila mommy nak beli sesuatu yang mahal atau branded, mommy rela ikat perot kumpul duit untuk beli. Mommy takmo bebankan daddy. Kalau duit lebih melimpah ruah, takpe kan daddy??? huhuhu...Betul, sebagai pasangan sehidup semati daddy, mommy tak boleh membebankan daddy untuk beli itu dan ini. Nak mintak barang kemas pon mommy fikir 100 kali yeee...Tak sanggup okeeeyyyy...


14. Di usia mommy 25 tahun dan daddy 24 tahun, mommy dan daddy berjaya membeli sebuah istana dan sebuah kereta MPV buatan Malaysia (Exora) untuk kami sekeluarga. Istana kami merupakan sebuah rumah Semi-detached Cluster, memiliki keluasan 32x70, 5 buah bilik tidur, 3 bilik air, 2 ruang tamu (atas & bawah), 2 ruang dapur (dry & wet), 2 balcony, dan ruang tepi untuk buat landscape. Walaupon rumah belum buat sebarang renovation untuk lebih cantik, tetapi mommy bersyukur kerana memiliki harta di usia muda ni. Ni semua untuk masa depan anak-anak mommy. Selain itu, mommy bangga beli Exora walaupun buatan Malaysia kerana keluasan Exora dapat menandingi keluasan kereta Nissan Grand Livina, Toyota Unser (Betol ke mommy eja ni?) dan Perodua Alza ...Alhamdulillah, syukran Ya Allah! 



15. Dalam perkahwinan pula, mommy berasa beruntung kerana mommy bertemu jodoh ketika mommy final year degree (22tahun). Lepas tu, mommy rase bertuah sangat kerana mommy bunting pelamin. Time tu sangat sibuk dengan Projek Sarjana Muda (PSM)...Yang seronoknya, mommy dapat masuk National Research & Innovation Competition dan dapat pingat gangsa. Dalam pantang pula, mommy tak tangguh semester. Mommy tetap habiskan semester tu. Tidak lama lepas itu, mommy pregnant lagi. Ketika konvo degree, mommy sudah pun memiliki dua orang cahaya mata, bukti cinta kami iaitu Putri Nur Batrisyia dan Che Muhammad Danish Aqil. Mommy bersyukur sangat2 kerana mommy peroleh anak sepasang...Anak ketiga bile plak? ekekeke

Siap Day 01...hahaha...29days more to go. fuuhhhhh...

4 comments:

rosa said...

wahhh..panjang lebar mommy ayu punyer nie...ok sterusnyer yer...

Mommy Ayu said...

Mau tak panjang...15 perkara plak tu. huhuhu

Tiha said...

Wahhhh!:)

Mommy Ayu said...

Tiha...Kita sama tiha. Akak kawen umur akak 22tahun dan idham 21tahun...Cuma tiha kawen bulan rejab, akak bulan syaaban...hehehe...