Thursday, October 6, 2011

Day 04- A habit that you wish you didn’t have.

Haih...Tabiat yang mommy harapkan tiada dalam diri mommy...

Entry ni mommy memang tak boleh nak tulis sebaaaaaab mommy tak harapkan habit mommy tu pergi jauh jauh dari diri mommy. Mommy suka habit mommy tu. Nak tau ape habit mommy tu?

1. Makan ROTI
Habit mommy bila makan roti, mommy akan makan isi dalam dia dulu dan tinggalkan kulit sahaja. Mommy makan dengan perlahan sambil menikmatinya. Akhir sekali, mommy akan makan kulit-kulit roti....Apa sahaja jenis roti, mommy pasti buat begitu dan mommy sangat suka habit mommy ni. Kalau roti berkrim (mommy hanya makan krim C.O.K.L.A.T sahaja ye), mommy akan jilat krim roti dulu, kemudian makan isinya dan akhir sekali, makan kulit roti...Nyum nyum! Orang lain dah 2, 3 bungkus, mommy baru 1 bungkus. huhuhuhu....



2. Makan RAMBUTAN
Habit mommy bila makan buah rambutan, mommy akan makan kulit di biji rambutan sehingga licin. Haaa....Kalau orang laen dah makan 3, 4 biji rambutan, mommy baru sebiji. Sebaaaaab mommy makan dengan penuh perasaan biji rambutan tu. hahahhaa...Habit yang ni pon mommy sangat suka gak sebab enjoy buat macam tu.


Daddy mula-mula kenal mommy, sangat pelik tengok habit mommy ni. Pernah juga daddy tanye, 

Daddy: Pelikla mommy makan roti dan rambutan. Tak boleh makan macam orang biasa ke?
Mommy: Tak boleh...dah biasa dari kecil lagi dan mommy sangat enjoy makan macam tu. Lagipon, itula keunikan mommy sebab daddy xpernah tengok perempuan laen makan macam ni kan? (senyum manja)
Daddy: herrrmmmm...yelaaa...(akur)

So, untuk soalan yang ini, jawapan mommy NO HABIT THAT I WISH I DIDN'T HAVE...

0 comments: