Tuesday, October 4, 2011

Day 03- A picture of you and your friends.

Entry yang ni agak sukar untuk mommy kerana mommy kene korek-korek balik album sendiri. Dah la tu, kene scan...Leceh okeeeyyyy...So, untuk memudahkan kerja, mommy curi-curi dari fb rakan-rakan mommy...maaf ye sayang-sayang semua, mommy minta maaf, amek piccas korang semua untuk letak dalam blog mommy ni...Harap u olls enjoy bile tengok piccas korang ade...

Ok, mommy akan bermula dari sekolah rendah yerp. Mommy memang tiada bestfriend semasa sekolah rendah kerana asyik berpindah randah dan akhir sekali Sek Ren Keb Desa Setapak, KL...Sekolah tu, belakang umah mommy je tau. Di sini, mommy peroleh seorang rakan karib yang bernama Faisal Bin Ramli...Mula-mula, kami suka sangat gaduh dan berlumba dalam pelajaran. Faisal ni memang hebat orangnye! Dari kami sampai ke family, berkawan baik. Family Faisal ni sangat baik. Pernah bawa mommy balik kampong mereka di pasir putih dan tanah merah, Kelantan...Bukan itu sahaja, adik-adik faisal iaitu mimi dan nana pernah balik kampong ibu mommy di Negeri Sembilan...Kami mula renggang bila di tingkatan 4 sampaila sekarang. Tetapi family kami still rapat seperti dahulu...

Belakang dari kiri: Faisal, Adib dan Abang Ikram
Depan dari kiri: Nana, Pakcik Ramli, Makcik za, mimi

Beralih ke sekolah menengah. Pada awalnya, mommy dapat tawaran ke Sekolah Sukan Aminuddin Baki (btol ke eja? Lupe dah...hahahah) tetapi arwah ayah mommy tolak tawaran tu mentah-mentah kerana takot mommy tak boleh berdikari...Mommy sangat sedey dan akur, maka mommy di tempatkan di Sek Men Keb Wangsa Maju Zon R(2). Di sini, semasa di tingkatan 2, mommy berjumpa dengan seorang kawan baik...Namanya Azlin Binti Hamdan. Dia baik orangnye...Dulu, mommy tak pernah keluar rumah untuk g KL tapi lin banyak ajar sesuatu yang baru dan tentang kehidupan di KL. Mommy selalu gak lepak umah dia. Huhuhu...Kami mula renggang ketika di tingkatan 4...


Kemudian, mommy bertukar ke Sek Men Teknik Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka. Dekat je dengan kampong sebelah arwah ayah mommy. Di sini, mommy baik dengan semua orang. Tetapi di antaranya ada yang terbaek lagi iaitu Farhana Binti Baharuddin, Huda Suhaily Binti Adam dan Norhazlinda...Mommy banyak berterima kasih kat illy sebab tolong mommy suatu ketika dulu, sampai ke tanah suci Allah. Terima kasih illy! Jasa mu akan mommy kenang sampai bila-bila...

 Huda Suhaily

Farhana

Huda Suhaily dan linda time majlis sanding mommy

Dan yang ini plak gambar mommy bersama anak-anak dorm mommy. Dulu, ketika di asrama, ada ketua dorm dan pen. ketua dorm. Setiap dorm ade gelaran-gelarannya seperti mama (ketua dorm) dan papa (pen. ketua dorm). Oleh kerana mommy pen. ketua dorm, maka mereka panggil mommy "prince". hahaha, klaka kalo diingatkan...

Dorm 9

Next, ketika mommy melangkah Ke Univeristi Tun Hussein Onn Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Tun Hussein onn, mommy bertemu dengan ramai rakan-rakan dan ada beberapa yang mommy rapat iaitu Noorzawani Binti Suhaimin, Syahidah Salwa Binti Sidek, Nurulashikin Binti Saaidin, Nurzahanim Binti Zainol dan Norhaliza Binti Abdul Rahman...Gambar-gambar mommy dengan mereka yang cukup korum ni, xdapat mommy nak letak sebab kene scan dulu...huhuhu. So, enjoy gambar-gambar mereka di bawah ini:

Dari kiri: echah, yorn, hanim, ida, mas, yana, mommy, liza, wani dan wa

 Semua dah kawin kecuali ida dan wa. Mommy dah ade anak 2, wani ada anak 1, liza anak 1, yana + mas + echah sedang pregnant anak sulong...

 Belakang dari kiri: wa, ekin, ham, mala, mommy, yorn, ida, yana
Depan dari kiri: liza, nad, wani, fiza

Daddy dulu pon kira mommy nye kawan semasa diploma gak...ekekeke. Kawan 2 bulan je, tros couple... :)

Sewaktu mommy sambung degree sebaik sahaja tamat pengajian diploma, hanya tinggal beberapa orang sahaja yang kekal iaitu kami berlima...Sambung degree di tempat yang sama yeee...Jimat masa.

 Ketika mommy di final year degree, mommy telah berkahwin dan bunting pelamin. Ni ex-roomate mommy...

 Ni jela yang tinggal...Time ni mommy baru pregnant 8 weeks...

Dengan hanim...Kami duduk serumah dan sebilik time final year degree bersama mala, ekin, ham, mis dan nad (korang ade tak gambar kite satu rumah taman rona dulu? kalau ada, mommy nak. nak letak kat blog mommy yang cute ni...). Masih ingat lagi korang semua menjaga mommy ketika mommy pregnant. Dahla busy dengan Projek Sarjana Muda. Luv u olls la! Muahhssxxx!

Habis je degree, mommy sempat kerja di Panasonic Senai bersama-sama dengan daddy. Time ni, mommy jumpe pasangan yang sangat cool...Mommy suke lepak dengan dieorang, macam-macam boleh kongsi...hehehe. Pasangan itu adalah:

Azhar dan Tengku Muzlina

Akhir sekali, mommy bekerja di Cosmopoint sebagai Lecturer IT. Time ni, semua kawan mommy...

Belakang dari kiri: ju, nad, fila, k.maz, k.sally, nora, shu, mommy, ayu
Depan dari kiri: muiz, fairuz, arlena dan k.awin...

Haih...Panjang kan? Belom campur kawan master mommy iatu Faizah...Cukupla setakat ni dulu ok? Panjang sangat dah ni...Apa yang mommy nak semua readers tau, mommy still berhubung dengan mereka semua sampai ke hari ini. Kalo tak kerana facebook pon, mommy still contact cuma facebook ni adalah medium perantaraan untuk mendekatkan lagi hubungan yang semakin jauh. Selain itu, mommy boleh update dengan perkembangan terkini mereka...:) Bagi sesiapa yang mommy tertinggal, maafkan mommy yerp...Memang ada beberapa seperti ros, hanis, jun (pke)...InsyaAllah, mommy cube update lagi entry ni dengan letak gambar dan mengenai korang yerp...Minta maaf sangat-sangat...

Siap Day03...Yes! 27days more to go...

0 comments: