Saturday, October 15, 2011

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.

Hermmm...entry yang ni mommy dah buat dah bulan 9 aritu...Kes mengenai childhood friend daddy. Jika ada yang tidak mengikutinya, Sila klik:

So, mommy taknak citer atau ulang lagi kisah itu. Walaupon tindakan telah di ambil, tetapi pihak berkuasa (polis) seperti tidak melakukan apa-apa tindakan dan ia telah berlalu begitu sahaja. Akhirnya kami akur, mungkin ade hikmah disebalik semuanya. Duit RM1.9k hilang, rezeki 2 kali ganda datang, who knows? God's doing kan...Lebih elok kita berdoa agar Allah SWT bukakan dan bersihkan pintu hati rakan karib daddy yang terkunci itu agar pulangkan semula duit itu...Kemudian, YAKIN bahawasanya rezeki itu datangnya dari Allah SWT dengan usaha mencari rezeki yang halal....

Okeyh! Oleh kerana surat telah pon ditulis sekian lama, maka ari ni mommy nak tulis surat yang BUKAN menyakiti hati mommy tetapi surat TERBUKA. Wow! Cemane tu? 

Salam buat awak yang teristimewa...

Maaf sekiranya surat ini akan membuat awak terguris hati atau apa sahaja. Saya ingin menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon maaf terlebih dahulu ye. Tujuan saya menulis surat ini kepada awak adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada awak kerana berfikir dan mengambil tindakan yang betul iaitu tidak membicarakan tentang sesuatu yang boleh mengaibkan ramai orang yang terlibat atau tidak terlibat secara langsung. Meluahkan secara terbuka itu tidak salah ye awak...Tetapi perlulah rahsiakan siapa orang itu kerana dikhuatiri akan menjadi bahan bualan orang ramai terutama sekali jika ia melibatkan sebuah keluarga... 

Saudara/saudari, 
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana saya rasa bersyukur awak mempunyai sifat bertimbang rase. Tahniah! :) Saya cuma ingatkan sahaja (termasuk diri saya sendiri), laman sosial seperti facebook ini, sangat mudah tersebar. Dalam masa sehari je, mutual mutual mutual friends dapat link kita. Begitu mudah kan sekarang ni? Semakin tinggi teknologi, semakin banyak keburukan dicipta oleh manusia. Dah bertambahla akta-akta baru dalam undang-undang teknologi & komunikasi...Jadi, bila kita tersilap sedikit pon, dah tersebar beberapa peringkat. Hebat kan??? 

Saudara/saudari,
Apa yang terjadi dari peristiwa lepas, janganla disimpan terlalu lama. Lebih elok kita membersihkan hati kita dari sifat-sifat keji yang Allah SWT murka. Lupakanlah perkara yang lepas, tak perlu dikenang. Anggaplah ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kita.  Hidup ni karma. Doa kita tidak ikhlas jika hati masih ade sifat-sifat keji seperti dendam, marah walaupon sisa-sisa sahaja kerana itu sifat-sifat syaitannirrajim!

Saudara/Saudari,
Hidup ni banyak pelakonnya dan banyak kepura-puraan...Hidup ini seumpama kitalah director, kita yang menulis skrip, kita lah mengarah, kita lah pelakonnya...Ramai orang menyaksikan hidup kita tanpa kita sedari. Oleh itu, kita berusaha untuk mengikhlaskan diri berbaik dengan semua orang. Saya cakap ni bukan untuk awak je ye tapi untuk diri saya juga. huhuhu

Lots of Love,
Mommy

0 comments: