Tuesday, January 24, 2012

Mengapa blog mommy sunyi~~~

Yelaaa...Kenapa blog mommy sunyi. Lame plak tu. Mommy sebenarnye sangat busy dengan Research Master mommy ditambah pula dengan kelesuan dan keletihan yang teramat sangat. Kenapa lesu? Kenapa letih? Nak tau jawapannye??? Sila lihat di bawah:
...
...
...
...
...
...
...
...
...
... 
Mommy Pregnant!

Alhamdulillah! Allah SWT telah memberi rezeki anak kepada kami lagi dan merasai nikmat kehamilan buat kali yang ke 4. Aminnn~~~ Syukran Ya Allah! 

Kenapa kehamilan ke 4? 

       Pada bulan April 2010, mommy hamil buat kali ke 3 tetapi Allah lebih mengetahui akan segala2nya yang terbaik untuk mommy dan daddy. Maka, mommy mengalami keguguran pada usia kandungan hampir 3 bulan. Tiada tanda darah-darah keluar tetapi mommy dapat mimpi bahawa mommy akan keguguran. Jadi, mommy tak sedap ati. Mommy buat pemeriksaan di klinik biasa dan mendapati janin bermasalah. Kemudian, mommy berjumpa doktor pakar sakit puan. Doktor pakar mengesahkan janin itu semakin mengecut dan jantung sudah lame terhenti. Doktor memutuskan untuk buat D&C...Mommy dan daddy redha akan ketentuanNYA...

       Selepas itu, mommy memasang IUCD kerana dikhuatiri melekat lagi kerana kitaran haid mommy tetap iaitu 28 hari kitaran. Kadang-kadang mommy terlupa untuk mengira. Disebabkan terlupa mengira, itu yang menyebabkan melekatnya benih hari tu. Maka, mommy bersetuju untuk memakai IUCD. Selepas pakai IUCD tu, mula-mula okey tapi lambat laun, haid sepanjang masa sampai tak tahu bile waktu sebenarnya kedatangan bulan dan bertambah pulak yang sentiasa sakit di bahagian ari2...Pada bulan April 2011, mommy berbincang dengan daddy dan kami memutuskan untuk buang IUCD tu dan buat papsmear sekali. 2 weeks later, keputusan papsmear keluar dan terdapat infection di tempat pasang IUCD tu. Patotla IUCD tu berkarat...:(

Selepas dari itu, kitaran haid mommy yang kebiasaannye tetap iaitu 28 hari kitaran berubah menjadi tidak tetap seperti berikut:

Bulan Mei 2011: 26 hari kitaran
Bulan Jun 2011: 34 hari kitaran
Bulan Julai 2011: 26 hari kitaran
Bulan Ogos sampai September 2011: 41 hari kitaran
Bulan Oktober 2011: 34 hari kitaran

Inilah kesan selepas memakai IUCD dan ini amat menyukarkan mommy untuk merancang menggunakan kaedah kalendar semula seperti sebelum pakai IUCD. So, mommy dan daddy redha sekiranya mommy pregnant. Jika Allah memberi rezeki, mommy menerimanya dan kami sudah pun bersedia memandangkan anak-anak kami, Putri Nur Batrisyia telah pon berusia hampir 4 tahun dan Che Muhammad Danish Aqil berusia hampir 3 tahun....Alhamdulillah~~~ :) 

Ok, mari start dengan cerita bagaimana mommy boleh tahu mommy pregnant untuk kali ke 4 ini? Jom, check it out!


Seminggu sebelum kedatangan MIL dan anak buah ke rumah

         Mommy dengan penuh semangat menjahit langsir yang dah lame terkubur, menghias bilik mommy dan anak2 mommy, dan mommy siap hias baby cot yang belum ade penghuninya...Mommy pon tak tahu kenapa mommy semangat nak buat semua tu.huhuhu...Kemudian, ketika MIL dan anak buah pulang semula ke Kelantan menaiki KTMB iaitu pada 12 Disember 2011, mommy dengan secara tiba-tiba muntah. Ketika itu sebuah keretapi berlalu dan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Kebiasaannye, benda cmtu, takdela sampai nak muntah. Okeyyy, relaaaxxx...Bukan kot. Daddy pon dah pandang macam pelik kat mommy.

 Bilik Cinta Kami

 Katil Batrisyia

 Katil Aqil

 Bakal adik mereka. :)


14 Disember 2011 
          
            Mommy dah rasa tak sedap badan dan mula berasa loya dan nak muntah. Terdetik di hati mommy, "Oh, mungkin aku buat keje sampai lewat malam semalam dan bangun pagi dan terus sambung semula keje. Mungkin tak cukup rehat kot...ATAU cuba check, mane tau btol aku pregnant. Ermmm...alah! tunggu jela sampai missed period next week (20 Disember 2011), lagipon 6 hari lagi!". So, mommy teros buat keje semula. Petang tu ade kelas master. Mommy isi minyak and suddenly muntah bila bau minyak tau. OMG! Kenapa dengan mommy ni??? Malam tu, dalam pukul 11 malam ketika nak tutup kedai ITB bersama daddy, mommy suddenly muntah lagi. Tapi malam tu muntah terok, rase macam nak terburai isi perot muntah...Daddy pon senyum dan cakap, 

Daddy: Haihhh....melekat ke ni (senyum memanjang). Baby...baby dah ada dalam perot mommy ye?
Mommy: Belom lagilaaa...Lagipon mommy tak check sebab terlalu awal lagi. Mommy dijangka missed period lagi 6 hari. lame lagi tu sayang...
(Daddy tetap tersenyum)


15 Disember 2011

         Gosok gigi, muntah lagi...Banyak lagi mommy muntah. Okeyyy, kali ni dah worse ni. BUT mommy still takmo check sbb nanti takot mengharap dan kecewa plak kan...Lagipon, lagi 5 hari untuk pastikan missed period!


16 Disember 2011
        
         Sedaya upaya mommy cover dan takmo muntah dan akhirnya berjaya! Itupon sebab mommy mintak ubat tahan muntah di klinik. Doktor tu bagi asid folik plak sekali kerana doktor tu syak mommy pregnant. Ape2 jelaaa...lagi pon lagi 4 hari kalo nak check pon. Time ni balik kampong hantar anak2 mommy dan ibu kerana mereka nak bercuti di kampung lame. Esoknya mommy dan daddy balik berdua je sebab kami kan berkedai, ber'business'...Mane boleh cuti lame2 kan...


17 Disember 2011
         
        Sewaktu di stesen bas Bahau, mommy start muntah2 balik. Kali ni memang worse! Gi toilet ni, muntah. Tengok org cmtu, muntah. Adoiiittt, lembik je rase dah. Sampai je di johor, teros kami balik rumah, letak barang2 dan teros ke kedai...Time tu dalam area pukul 7.00 malam...Mommy pon dah lembik tapi still teroskan buat research mommy. Memandangkan lagi 3 hari lagi kalo nak tau...Akhirnye, mommy akur dan pergi sorang2 ke klinik yang berdekatan...Mommy g sorang-sorang je, xmo bagitau daddy time tu...Yela, takot daddy mengharap sebab asyik tengok mommy muntah2 je the whole week ni. So, bermula la perbualan dengan doktor tu:

Doktor: Sakit ape ni? pucat je awak ni...
Mommy: Ntahla doktor. Yang saya tau, saya ni asyik muntah-muntah je la. Tengok tu muntah, bau ni muntah...
Doktor: Awak pregnant kot...
Mommy: Ntahla doktor...saya tak check lagi sebab lagi 3 hari baru tau missed period dan malas nak check home pregnancy test tu. Lagipon, kalo buat awal2 ni, sure blurnye dan kadang-kadang tak nampak, mcm pregnant2 sebelum ni.
Doktor: Nak check tak pregnancy test?
Mommy: Ermmm....boleh jugak. Cuba jela...

Maka berlangsungla aktiviti menge'check' dan guna HCG pregnancy test tu...

Ketika masuk semula ke bilik doktor,
Doktor: Nampaknye betol la awak pregnant.
Mommy: (kurang dengar doktor cakap)...Emmm tu la, xde kan doktor...
Doktor: Tengok ni, positif!
Mommy: (terpinga2 dan tak percaya)...Betol ke ni doktor ape yang saya lihat? Dah dark line dah...Macam orang dah lewat haid seminggu.
Doktor: HCG awak tinggi...esok kalo check, lagi dark.
Mommy: Alhamdulillah...Syukran Ya Allah!

Kemudian, mommy pon singgah di tempat makan jap yang juga berdekatan dengan kedai kami. Mommy duduk sebentar dan text daddy:
"Mommy dekat D'REST...Nak makan tak? Mommy lapar...Jom makan! Mommy tunggu ye di D'REST"

5 minutes later....daddy datang dan terus mengeluh...

Daddy: Adoiiitt...penat betul badan daddy ni. Rase lesu sangat. Dengan keje banyaknye tapi rase malassss sangat2. Nape eh mommy? Macam ade sesuatu je kedai tu...
Mommy: Jangan la fikir bukan2...Mungkin sebab daddy ade penyakit lain kot...
Daddy: penyakit ape plak ni sayang?...
Mommy: Maybe penyakit daddy buat sendiri la...
Daddy: (terpinga2)...
Mommy hulurkan tester tu pada daddy...


Daddy: (senyum lebar)...serius ke ni sayang??? Alhamdulillah...kita bakal dapat baby baru...Bila mommy check ni?
Mommy: Baru je tadi...mommy tak tahan sangat, lembik rase...So, mommy g la klinik sebab takot penyakit lain...Rupa2nya pregnant...:)
Daddy: Pekat ek? Macam dah seminggu mommy missed period.
Mommy: Tula...mommy pon cakap camtu kat doktor. Padahal, lagi 3 hari jangkaan haid seteresnya.
Daddy: Kembar kot...huhuhu
Mommy: InsyaAllah! Aminn....hahahaha
Daddy senyum je memanjang.... 


18 Disember 2011

        Mommy rasa macam tak percaya lagi. So, mommy g ke klinik lain untuk mengesahkan sekali lagi dan akhirnya, inilah keputusannya:

Lagi Pekat! Semalam je baru check, dah pekat.


            Doktor tanye, nak scan? Mommy pon gatal-gatal pergi scan. Untuk pengetahuan anda semua, ketika awal2 pregnancy ni ye, ia tidak dapat kelihatan dengan scan atas perot walaupon teknologi 3D scan sekalipon. Ia hanya boleh dilihat menggunakan alat scan dari bawah iaitu dengan memasukkan alat itu ke dalam faraj kita untuk melihat janin dengan jelas. Jangan jadi seperti mommy yang gatal-gatal scan dan akhirnya doktor tak nampak dan membuat kesimpulan bahawa mommy ectopic pregnancy! Jika anda di tempat mommy, tentu merasai kesedihan yang mommy rase ketika itu. Semalam baru terima berita gembira tetapi hari ni, mengubah segala2nya...Daddy mengajak mommy berjumpa doktor pakar sakit puan. Doktor mengatakan, "tiada teknologi yang boleh melihat kandungan yang belum sampai 4weeks dengan scan di atas perot. Sebab tu dapat False result. Hanya boleh dilihat dengan scan dari bawah sahaja (memasukkan alat scan dari faraj)". Alhamdulillah, doktor pakar mengatakan janin berada di dalam rahim! Syukur Alhamdulillah...Mommy sujud syukur dan menangis kerana mommy sangat bersyukur, janin mommy berada dalam rahim mommy...

*p/s: ketika menulis ni, sebak je mommy rase kerana bersyukur kepada Allah Ya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...lagi Mengetahui akan segala2nya...


22 Disember 2011

           Mommy sengaja beli pregnancy test lain. Saje nak cuba yg modern nye test plak. Gatal kan mommy ni? Macam pregnant anak pertama je perangai. huhuhu! Bukan ape, inilah kenikmatan bila dah lama tak pregnant. Rase excitednya macam pregnant anak sulong tau...Mommy beli yang clearblue punya sebab boleh bace brape weeks dah kita pregnant dari tarikh conception (kita tak tau bile berlakunya conception ni ye).So, inilah keputusannya:


Jika ikot dari scan, mommy belom sampai 3weeks++ seperti yang tertera di atas dari tarikh conception, tambahan lagi jika period tidak teratur. Tapi disebabkan kira dari LMP, maka jadila kandungan 5weeks++...:)


Now, kandungan mommy sudah pon mencecah 15weeks...Alhamdulillah...Semoga semuanya selamat. :)

Itu jelaaaa...Sepatotnye entry ni di publish lama dah. Tapi mommy nak semuanya selamat, baru mommy buka entri ni...Terima kasih kerana sudi membacanya~~~