Sunday, September 9, 2012

Sudah cukup cukup sudah~~~~

Thursday, July 26, 2012

Result Arwah Rizqin dah keluar

Terlebih dahulu, Al-Fatihah buat arwah Che Muhammad Danish Rizqin...


Assalammualaikum...


Maafla ye kalo mommy asyik berceritakan mengenai arwah sahaja. Mungkin anda semua bukan ditempat mommy, jadi taktau ape yang mommy rasekan. Kejadian ni semua seperti baru je terjadi walaupon sudah 2 bulan berlalu namun ia masih segar di dalam ingatan.


Alhamdulillah, mommy banyak dah pulih terutama semangat mommy yang hilang. Namun, belom pasti lagi apabila menjelang hari raya nanti kerana pulang ke rumah mertua menjadikan langkah mommy berat. Bukan kerana apa, biras seangkatan mommy semasa preggy dlu sedang sarat mengandung, menunggu masa kelahiran anak sulongnye dan juga sedang mengandung anak yg ke-3. Sepatotnye, mama akan menerima kehadiran 3 orang cucu tahun ni! sob sob sob...Seperti yg mommy nyatakan sebelom ni, tgk orang preggy je, mommy nanges, tengok orang dapat baby je dalam fb, mengalir air mata. Apetah lg kalo orang terdekat plak...Hurmmmm......Harap Allah kuatkanlah semangat mommy untuk lalui hari raya nanti.


Okeyh!, Berbalik pada tajuk entry kita kali ini mengenai result yang sudah diterima setelah 2 bulan menanti keputusannya. DAN keputusannya adalah semua NEGATIVE! Bermakna kami clean...Mommy takde sakit apa2, takde jangkitan kuman apa2. Begitu juga dengan arwah Rizqin. Sudah tertulis, arwah pergi meninggalkan kami untuk menunggu kami diSANA. Memang benar kata MO sewaktu mommy bersalin dulu. Mo itu seakan yakin bahawa keputusannya semua negative @ normal...Dan sempat berpesan pada mommy, "Jika semua keputusannya adalah normal, terimalah dengan redha pemergiannya. Die memilih untuk pergi dan menunggu kamu di pintu syurga. Menolong kamu di saat kamu terseksa. Dialah penyelamat kamu di akhirat"...Terima kasih sayang....


Sewaktu mendengar keputusan tu, air mata mommy sudah mula bergenang...Tetapi apabila doktor tersebut menerangkan lebih panjang lebar lagi, mommy bertahan. Kemudian, doktor pakar tanye soalan yang tak mampu mommy menjawabnye. Bile nak pregnant lagi?


Ni di antara perbualan mommy dan doktor pakar.


Doktor Pakar: Bila awak nak pregnant lagi?
Mommy: InsyaAllah, bila diizinkan Allah, saya pregnantla. Saya tak merancang.
Doktor Pakar: Berapa kali awak datang period selepas deliver the last baby?
Mommy: 2 kali dah. 1st period after bersalin aritu pada 21.6. 2012 dan 2nd period pada 18.7.2012...
Doktor Pakar: Cycle ok... Then bile awak nak pregnant lagi?
Mommy: tak kesah doktor bile nak pregnant...Bila Allah beri rezeki, saya terimalah..
Doktor Pakar: Yela...Bila? Tahun ni? Tahun depan?
Mommy: tahun ni pon ok, tahun depan ok...bile ade rezeki, adela...saya tak merancang pon, doktor.


(Mommy dah mula rimas)


Doktor Pakar: Yela...saya tau. Tapi bila awak nak pregnant? 
Mommy: (Sedang berfikir apa doktor nak sebenarnye ni)....Errmmm....Kalo boleh secepat mungkin, boleh memulih emosi ni dengan cepat...
Doktor Pakar: Bila tu?
Mommy: Hurmmm...
Doktor Pakar: Nak cepat tu bila?
Mommy: (rimas dengan soalan doktor maka...) Ha, bulan ramadhan ni nak conceive.
Doktor Pakar: Then, go on la! U takde masalah apa2, then proceed. takde had atau sekatan untuk u pregnant lagi. Kalo u jawab tahun depan tadi or hujung tahun ni, then u kene rancang la sampai tiba masa yang u nak conceive. Get it?
Mommy: Bermakna tak perlu tunggu setahun baru pregnant? 
Doktor Pakar: Awak takde masalah lain, semua result awak negative. Bersalin normal. Takde masalah berkaitan rahim. Cuma awak serviks incompetence je. Awak dilahirkan dengan serviks pendek. Tapi itu tak menjadi masalah, kita boleh bantu awak untuk jaga kandungan awak sampai tiba waktunya.
Mommy: Bila saya pregnant nanti, saya boleh rujuk mana2 klinik ke?
Doktor Pakar: Once u dah check upt, positive...U tros buat buku merah dekat mane2 klinik kesihatan yang berdekatan. Kemudian, tunjuk surat ref ni dan u monthly check up di hospital yang ada pakar sahaja. Ingat, di mana2 hospital yang ade PAKAR sahaja. 
Mommy: xpe, macam tu saya gi sini je. dekat...:)
Doktor Pakar: up to u. so, leh start conceive if u want baby fast.
Mommy: Thank you, doktor...InsyaAllah, saya cuba tetapi saya taknak mengira bile hari kesuburan, nak berlaku secara semulajadi...:)
Doktor Pakar: Up to u...:)


Keluar dari bilik doktor pakar di HSA tu, mommy senyum dan terus cerita kat daddy...Daddy xkesah as long mommy xsedih2 lagi...Daddy susah hati kalo mommy sedih2, terus-terusan ingat kisah2 tu. 


Balik dari hospital, tros mommy busy tolong ibu berniaga di bazar. Maklumlah, bulan ramadhan ni...Jika ade rezeki anak dibulan penoh keberkatan ni, Alhamdulillah...Itu sahaja yang mampu mommy katekan...


Oklah. sampai di sini je. nanti mommy tulis lagi... 

Thursday, July 19, 2012

Batrisyia lukis gambar arwah adiknya!

Agak terkejut dengan entry ni? Hehehe...


Benar! Kakak lukis gambar arwah Rizqin dalam perot mommy. Nak tengok??? Tengoklaaa~~~~


Tiada paksaan melukis dari sesiapa




Cemane? Budak berusia 4 Tahun boleh melukis dengan baik. Mommy dulu baya kakak, lukis orang lidi je tau. uhhuhu...


Di bawah ni di antara perbualan antara Batrisyia dan mommy:


Mommy yang busy dengan lappy...


Kakak: Mommy, mommy, mommy! Tengok ni (gambar di atas). Cantik tak?
Mommy: Cantikkkk....Siapa ni (belah kiri yang ade bulu mata)? Dan Siapa ni (belah kanan yang takde bulu mata)?
Kakak: Ni mommy, ni daddy...Ni baby rizqin dalam perot mommy!
(Terkedu sekejap mommy)
Mommy: Tapi baby rizqin takde dah dalam perot mommy...(sambil tahan air mata)
Kakak: Tapiii  akak rindu baby rizqin.
Mommy: Nanti mommy bawak pergi jumpa baby kat kubur ye...
Kakak: Baby rizqin dah mati ke? Baby rizqin kene tanam? Siapa tanam die?
Mommy: Ye sayang...Daddy yang tanam...dahla sayang...gi sambung lukis lagi ye...lukis la flower ke, house ke...
Kakak: (lupa kejap) Ok!




Haih...budak sekecil ni pon mengerti maksud 'meninggal dunia'...Tiba2 mommy teringat teacher  die cakap kat mommy (semasa mommy pantang)...


Teacher: How r u? Sorry to hear the news. 
Mommy: How do u know?
Teacher: Putri told us that u r admitted and bring the baby home. So, i ask her grandma and she said that ur baby die.
Mommy: its ok...:)
Teacher: Putri cries so loud the day after we told her baby was already dead.
Mommy: ouh, really???
Teacher: Yup!


Haih~~~ Kalau diikutkan minda yang masih teringat perkara lepas ni, memang menangis je tp mommy harus kuat demi anak2 mommy iaitu Batrisyia dan Aqil. Siapa kata mommy tak rindu arwah? Rindu sangat...Nak pelok, nak cium, semuala ade...


InsyaAllah kakak, bila Allah izinkan, Allah pasti turunkan rezeki untuk mommy preggy lagi dan kali ni, pasti kakak dapat menjaga baby...


Sayang semua anak2 mommy: Batrisyia, Aqil dan Rizqin!

Wednesday, July 18, 2012

Mommy design Business Card

Assalamualaikum semuaaa~~~ (Dengan nada yang penoh ceria)


Sejak kebelakangan ni, mommy tersangatlaaa sibuk. Mommy mula aktifkan diri dengan duduk dikedai daddy dan buat keje design men'design' ni. Hanya sambilan sahaja ye...Kerana mommy masih lagi RA di bawah seliaan Puan Norah di UTM...Banyak lagi keje yang perlu dibereskan. Baru-baru ni pon, mommy busy siapkan formatting book chapters, buat flow chart, database dan screen shot 2 sistem yang mommy buat dulu. AND tidak lupa juga penulisan research mommy...Biras mommy iaitu Nurul Fatihah telah membuka mata mommy mengenai UiTM tu. Terima kasih Tiha! Ia membakar semangat akak untuk tamatkan Master dengan cepat ni. hehehe


STOP! Membebel benda lain plak. Jauh dari tajuk entry. hahahaha!


Ok, Nak dijadikan cerita, sejak mommy design biz card daddynye syarikat dan ibu nye syarikat, ramai plak datang untuk tempah biz card. Dari 100 naek 200kpg. Dari 200kpg naek 500kpg plak. DAN terkini 1000kpg. Fuhhhh! Letih jejari runcing mak naaakkk~~~ uhuhu


Okeyh! Taknak cerita panjang, mari lihat sample biz card yang mommy design untuk customer2 mommy:


(2 BARIS di atas: belah kiri DEPAN kad dan belah kanan BELAKANG kad)


Cemane? Takdela cantik mane tapi mommy sangat seronok bila setiap customer mommy amat berpuas ati dengan hasil kerja mommy ni. Mommy juga dapat pujian positif dari customer juga. Tapi tiada sorang pon customer mommy tau mommy yang design semua biz card ni. Sebaaabbb yang tukang potong biz card ni pekerja mommy. huhuhu...


Okla, sampai di sini sahaja...Nanti sambung dengan lain entry. Maybe Banner n Bunting yang customer tempah untuk wat design kot. Tengokla nanti...Bye~~~

Sunday, July 8, 2012

Siapa mahu anak kembar? SAYA!

Entry ni bukan untuk memberi petua dapat kembar ye. Harap Maklum~~~ huhuhu!


Siapa nak anak kembar? Bila tanye pada sesiapa pun, ramai kate NAK! Mommy pon tak terkecuali. Mommy pernah keguguran masa 10weeks pada tahun 2010. Masa tu baby IUGR (Intrauterine growth restriction), so terpaksa gugurkan dengan cara D&C (Dilation & Curettage). Lepas tu, mommy ditimpa dugaan berat apabila baby yang mommy kandung selama 7 bulan meninggal dunia, ia dipanggil sebagai stillbirth atau IUD. Sampai kami terfikir, Allah nak bagi kami rezeki anak kembar ke lepas ni untuk ganti 2 orang sebelum ni? Kalaulah semua menjadi, dah 4 orang anak mommy. Huhuhu! Tapi apakan daya, Allah perancang yang paling terrrrbaek! 


Ok, disebabkan family kami berdua takde genetik kembar2 ni....Kami pon terfikir, eh! Baby yang lahir pada tahun yang sama tetapi berlainan bulan dikira sebagai kembar jugak. Kembar Pangkal & Hujung Tahun. Sorang conceive pada tahun ni misalnya dan keluar pada January atau February tahun depan. Kemudian, lepas pantang, conceive lagi dan lahir pada bulan Disember tahun itu juga. Dah dikira kembar tahun! Huhuhu~~~


Mommy saje2 je tulis entry macam ni...Tibe2 terfikir plak. hahahahah! Okey, bye!


Comelnye kan gambar twins baby ni?

Hari Pantang ke 44

Assalammualaikum semua!


Mommy rase sekejap je masa berlalu. Hari ni merupakan hari ke 44 pantang. Bermakna, pantang mommy sudah pon tamat. Actually, mommy takdelah berpantang sangat seperti orang lain. Ntahla, bile mommy btol2 pantang, mommy akan jadi sedih...So, mommy aktifkan diri dan resultnya, mommy kurang sedih KECUALI jika mommy tiba2 termenung...Sudah tentu mommy teringatkan apa yang terjadi dan akhirnya, mommy menangis...


Al-Fatihah...


Kadang2 mommy teringat semasa mula2 tau preggykan Rizqin, lepas tu teringat kisah kejadian di mana tahu Rizqin pergi meninggalkan mommy buat selama2nya...Anak2 mommy iaitu Batrisyia dan Aqil, asyik tanya mengenai baby...Mereka tau, baby dah tiada. Mommy pon tukar topik bila mereka asyik tanye mengenai baby yang akan membuatkan mommy sedih. Mommy ceritakan mengenai mereka semasa dalam perot mommy dan ketika jadi baby. So, mereka asyik tanye pasal mereka baby plak. huhuhu! Kadang2 ade perbualan yang kelakar dengan mereka terutama Batrisyia yang petah bercakap. 


Pada mulanya, memang sukar untuk lalui hari2 pantang tanpa baby di sisi. Tapi benar orang kata, masa akan mengubat segalanya. Ya! Masa berjalan begitu pantas tanpa mommy sedari dan ia sedikit sebanyak menjadikan mommy lebih kuat, tabah dan sabar dengan dugaan yang datang. Walaupon keinginan yang tinggi untuk mempunyai anak kecil atau ahli baru dalam keluarga kami, namun, kami dapat menerima dugaan yang hebat ini dengan redha. Alhamdulillah...


Ada 2 kejadian yang berlaku semasa mommy pantang:
Yang pertama, dinding serviks mommy bengkak sehingga boleh rasa melalui faraj. Ini adalah disebabkan cerclage yang mommy pasang untuk cegah bersalin awal. Jika tidak tahu ape itu cerclage, boleh rujuk di SINI. Disebabkan itu, mertua mommy risau sgt kat mommy sampai suruh berpantang di kelantan. Sebenarnya, mertua salah faham. Gara2 daddy tersalah explain, lari dari apa yang doktor pakar terangkan. haih~~~ sabar jelaa...Tapi takpe, semuanya dah ok selepas makan 2 jenis ubat antibiotik. Takde lagi rase keluar masuk dari dalam faraj tu. huhuhu! Runsing sangat mommy masa mula2 tu tau. Lepas ni, memang TAKLA mommy pasang cerclage lg. Enough is enough!


Yang kedua, mommy pitam, pale pening2 dan muntah...Rupa2nye, mommy abc (Allah Bagi Cuti) masa pantang ari ke 21. Yela, mommy bersih pon mase pantang ari ke 8. Tapi pelik, nape sampai pitam dan muntah. bukan tu je, 2jam skali kene ganti...hermmm...Tapi takpe, selepas 4 hari dah ok...


Selepas abc ni laaa mommy jadi lebih aktif...Dah sengkak, nenek tu kate "OK". Dah scan kat doktor pakar O&G, doktor kate "OK". Siap tanye, bile nak conceive lagi? Huhuhu! InsyaAllah Doktor! Lagipon, kami taknak merancang. Biar ia berlaku dengan sendirinya, dengan izin Allah!




Dikesempatan ini, mommy ingin menyampaikan ucapan:


1. Mommy nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada rakan2 mommy yang menjadi pendengar setia mommy semasa pantang iaitu fila, put, wani, arleen, dan ramai lagi...Terima kasih korunk kerana memberi semangat pada mommy!


2. Paling utama, terima kasih kepada suami tersayang, kerana sanggup melayan kerenah mommy yang macam2 dan emosi yang sangat tidak stabil ketika pantang...sob sob sob...Tidak lupa juga kepada penghibur lara mommy iaitu anak2 mommy dan ibu mommy....


3. Mommy ingin mengucapkan terima kasih kepada Penyelia Master mommy kerana memahami keadaan mommy. InsyaAllah, Dr...Saya berusaha untuk tamatkan master saya hujung tahun ini dan MESTI grad bulan MEI tahun 2013. Untuk Puan Norah juga, terima kasih kerana memahami keadaan mommy juga, mommy sangat terharu...Saya berusaha untuk abeskan kerja Phd puan ye...







Wednesday, June 6, 2012

Suntikan semangat mommy!

Sedang mommy search2 tentang orang yang mengalami nasib yang sama seperti mommy, terjumpalah satu blog yang boleh dijadikan sebagai suntikan semangat mommy untuk mengharungi hari-hari tanpa kehadiran si comel Rizqin di sisi mommy...Link blog berkenaan ---> http://hayatisstory.blogspot.com/2011/03/menunggu-di-pintu-syurga.html


Bila mommy baca blog ni, apa yang mommy mampu berkata, 
"SUBHANALLAH! Ya ALLAH, Engkau kurniakan aku saham akhirat buatku untuk membantu aku di akhirat kelak...Syukur Alhamdulillah, aku dikalangan insan yang terpilih untuk mengharungi ujian hebat ini..."

Di sini, mommy minta copy paste ye untuk abadikan dalam blog mommy ini. Mungkin ada lagi yang senasib mommy, boleh membaca coretan mommy untuk mencari kekuatan seperti mana mommy lakukan dan orang lain lakukan. MASA AKAN MENGUBAT SEGALANYA...Seperti kata kawan mommy,
"jalan Allah itu indah, tiada tanding, tiada yg belah bagi...Dia sayang ko..syukur itu yg utama.."


Dari blog tersebut --->

Menunggu Di Pintu Syurga

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga". Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

...............................................................................

Menurut hadis Qudsi:

Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat pada anak2 :

''Masuklah kalian ke dalam Syurga''

Anak-anak itu berkata:
'' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''

Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah Berfirman lagi,
''Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''

Mereka menjawab,
'' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''

Allah pun berfirman,
'' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''


(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi SAW)


Istilah "al-wildan" dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama�mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid", artinya anak yang baru dilahirkan, yaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia.Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan
Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran),
masuk syurga."


Maksud hadits diatas, termasuk salah satu di antara rentetan peristiwa yang terjadi pada hari kiamat di padang masyar. Gambaran ringkas dari peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:

  1. Setiap orang dibangkitkan dari kuburannya masing-masing
  2. Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah kepadang Masyar. Setelah itu mereka dikelilingi oleh hewan-hewan dan apa saja yang ada sangkut pautnya dengan mereka. Juga dikelilingi oleh malaikat langit masing-masing tingkatan.
  3. Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu mil, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak oleh seribu kaki-kaki diatasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari,berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan siksanya.
  4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas airuntuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagiselama di alam Masyar itu. Demikian menurut beberapa Hadits.
  5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
  6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.
  7. Meniti shirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padangMasyar itu. Meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat menitishirat yang pertama.
  8. Mana yang sudah bersih benar baru diidzinkan masuk syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki surga. Tetapi mereka memohon syafa�at (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk surga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:

"Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu".

Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.


"Kami belum mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami".


Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itudatang dengan segera, denganfirman Allah Yang Maha Mengetahui:

"Masuklah kalian ke dalam surga bersama orang tua kalian".


Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qadla� dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadirat Nya. (Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk, CV. Diponegoro Bandung, 1984)

Tuesday, June 5, 2012

Apala yang boleh buat ketika berpantang tanpa baby?

Hari ini hari ke 11 mommy berpantang tanpa kehadiran si comel, Rizqin di sisi. Sepanjang pemergiannya, mommy berpantang seorang diri di rumah tanpa Puteri dan Putera mommy di rumah kerana ibu mommy membawa mereka pulang ke kampong untuk bercuti. Al-maklumlah, mommy bersalin pon time cuti sekolah. Dan mungkin mereka memberi peluang pada mommy untuk pulihkan diri...Namun keadaan still sama. 

Badan mommy dah sihat tetapi dalaman mommy masih belum pulih. Bila duduk sorang2 ni, bukan membantu kita pulihkan jiwa tetapi menambahkan kesedihan di hati kerana tiada teman untuk berbicara...Bile berpantang ni, macam2 kita tak boleh lakukan termasuklah bermain laptop dan membaca kerana boleh mengakibatkan mata kita kabur apabila kita tua nanti. Kesannya memang tak nampak sekarang tetapi di hari tua kelak. Kemudian, berpantang juga mambataskan kita dari buat kerja rumah seperti manyapu, mop, memasak yg memerlukan kita menumbuk dan macam2 lagi. Boleh kata, berpantang ini adalah masa untuk ibu2 berehat secukupnya. Sepatotnya, di dalam keadaan begini, ibu2 akan sangat sibuk menguruskan bayi baru dan juga anak2 yang sedia ada (untuk ibu yang dah ade anak). Tetapi mommy???


Oleh kerana itu, mommy sangat bosan. Semuanya terbatas nak buat. Jika sekarang mommy suci, mommy dah baca Al-Quran, dekatkan diri pada Allah. Yang hanya boleh buat ialah berdoa di dalam hati untuk kuatkan diri ini dalam menempuh ujian hebat yang diturunkan oleh Allah SWT. Bila duduk sorang2 ni, sudah pasti mommy teringat dengan Rizqin. Mustahil seorang ibu boleh delete moment begitu sahaja. Walaupon Rizqin tu adalah anak ke 3 mommy...Sudah pasti kita akan teringat kerana kehadirannya sangat dinanti2kan. Namun, setelah mommy membaca beberapa blog yang mempunyai pengalaman yang sama seperti mommy, mereka mengatakan bahawa MASA AKAN MERUBAT SEGALANYA...


Mommy cuba meluahkan perasaan mommy di facebook tetapi mommy tahu, sudah tentu ramai akan bosan dengan luahan mommy. Jadi, mommy luahkan di blog mommy ini. Di samping itu, mommy membzkan diri mommy dengan menulis blog kerana mommy rasa lega apabila dapat meluahkan segala perasaan mommy ketika ini. Mommy telah melanggar pantang larang ketika berpantang tetapi apa yang mommy mampu buat ketika berpantang ini? Itu tak boleh, ini tak boleh...Semuanya berkaitan dengan kesihatan...Apa nak buat??? Tengok ASTRO, borink! Tengok MOVIE, cite ape best? MOVIE MELAYU out! ENGLISH MOVIE, rakam wayang, so out! Hermmm...borink, borink, dan borink... Bile bukak facebook, jadi tension bila membaca wall orang yang terpampang di page Home kita. Terutama mengenai pregnant dan bersalin nampak baby baru...Cari kawan kat facebook utk berborak, sape sudi nak luangkan masa? Paling tidak, setakat beberapa hari je tahan...


Kesimpulannya, mommy dapatkan nasihat dari kawan yang senasib mommy, apa yang dilakukan ketika berpantang ini. Jadi, mommy pon telah cuba dengan membaca blog mengenai stillbirth ni atau dikenali sebagai IUD (Intra Utarine Death)...Macam2 mommy jumpe tapi belum lagi jumpe ada kaitan dengan cerclage yang mommy pakai. Ada yang menarik perhatian mommy, sejenis infection dari faraj membocorkan air ketuban. Ada juga yang mengatakan jika paksa baby untuk keluar akan mencederakan rahim. Ada yang mengandung semula selepas abes pantang, rahim belum dalam keadaan sedia dan akhirnya, dia keguguran semula. Oleh itu, mommy berpendapat bahawa masa yang diperlukan untuk rahim mengecut dan pulih adalah 3 bulan atau 3 kali datang period, barulah boleh mengandung semula kerana rahim dalam keadaan bersedia...Selain itu, ibu yang pernah mengalami stillbirth ini juga perlu memulihkan emosi terlebih dahulu sebelum mengandung untuk seterusnya. Kerana kesediaan mental dan emosi sangat penting untuk memastikan kandungan seterusnya selamat.


Untuk setakat 11 hari ini, boleh kata hari2 lagi mommy mengalirkan air mata. Tak puas ke menangis? Tak kering ke air mata mommy ini? Jawapannya, TIDAK! Biarla masa yang akan merubat segalanya...Sekembalinya anak2 mommy dan ibu di rumah ini setelah abes bercuti, mungkin mommy akan bz semula. Dan mungkin mommy tidak lagi menangis...Hanya ia kekal di dalam ingatan sahaja...Doakan yang terbaik untuk mommy ya!

Friday, June 1, 2012

Berpantang tanpa Arwah Rizqin...

Hari ini merupakan hari ke 7 mommy berpantang tanpa kehadiran si comel Rizqin. Dan ini bermakna sudah 7 hari Rizqin meninggalkan mommy dan daddy...

~ Al-Fatihah ~

Sayangku, Rizqin...

Mommy masih teringat di hari pertama mommy menjejakkan kaki ke rumah kita, Rizqin. Di sepanjang perjalanan, air mata mommy mengalir tanpa henti sambil melihat pemandangan di luar. Pemandangan yang kosong...Mommy sedih kerana Rizqin tidak bersama mommy pulang ke rumah seperti kebiasaannya ibu bersalin. Sebelum pulang ke rumah, daddy telah kemas semua barang-barangmu, Rizqin di tempat yang jauh dari penglihatan mommy. Daddy khuatir mommy tidak kuat untuk mengharungi hari-hari tanpa kamu, Rizqin...

Di ketika mommy turun dari kereta, mommy merasakan kaki mommy tidak berpijak di bumi ini. Mommy menangis teresak-esak, cuba melepaskan kesedihan yang telah lama bertakuk di hati. Ketika itu, mama tok (ibu daddy) berada di rumah, menjemput mommy dan daddy masuk dan makan. Sungguh mommy tidak lalu untuk makan atau jamah makanan sekalipon. Apa yang ada difikiran mommy adalah kamu, Rizqin...

Kemudian mama tok kamu cuba memberi kata-kata semangat kepada mommy tetapi ia tidak mampu menghentikan air mata mommy ini dari terus mengalir di pipi...Mommy katakan pada mama tok yang mommy teringin sangat nak ada baby, pelok cium baby, susukan baby dan sebagainya. Tahu apa mama tok cakap, "ok...ok...ok...cukup setahun, mengandung lagi". Huhuhu...Walaupon mommy akan mengandung lagi namun ia tidak boleh menggantikan kamu, Rizqin...Bagi mommy, kamu adalah yang istimewa! Semakin rancak berbicara dengan mama tok kamu, air mata mama tok pula mengalir...Mengenang cucunya ini yang merupakan cucu pertama menjejakkan kaki ke Syurga...Yang akan menunggu ahli keluarganya yang lain untuk bersamanya...

Tahukah kamu Rizqin bahawa mama tok kamu sanggup cari seribu jalan untuk datang juga ke sini semata-mata untuk melihat keadaan kita??? Mama tok datang untuk memberi kekuatan pada mommy dan daddy...Mama tok sedih melihat keadaan kamu dalam kemerahan. Mommy bersyukur kerana cik ngoh (kak ti) bekerja sebagai doktor di HSA, maka dapatlah sekeping dua gambar jasad kamu, Rizqin...Jasad yang dalam kemerahan dengan belakang kepalamu kemek, dan wajah dalam kelemasan. Ya Allah, sedihnyaaa melihat kamu dalam keadaan tu, Rizqin! Mommy cuba meletakkan diri mommy di dalam keadaan kamu, tidak mendapat oksigen. Ya Allah! 

herrmmm....

Hari ini hari ke 7 mommy berpantang...Nenek (ibu) kamu dah membawa kakak dan abang kamu bercuti di kampung selama 2 minggu. Maka, tinggallah mommy keseorangan di rumah, menanti kepulangan daddy dari mencari rezeki. Hidup mommy kosong tanpa mendengar tangisan bayi. Sunyi, sepi tanpa menguruskan bayi...Jika ada kamu, Rizqin sudah tentu mommy sibuk menguruskan kamu, basuh CD kamu, kumpul stok susu kamu dan macam-macam lagi...Tetapi semuanya itu takkan berlaku! Kesudahannya, mommy teringat kamu dan menangis saban hari ini...


Sayang Rizqin...Mommy tak sabar nak abeskan pantang ni sebab mommy tak sabar nak menjenguk kamu di kubur. Macam-macam mommy nak cakap dengan kamu...Nanti mommy hias kubur kamu cantik-cantik ye...Oh ya, ada satu soalan yang singgah di fikiran mommy ni. Adakah kamu akan berjumpa dengan atok dan ayah tok kamu???



Mommy akan cuba abadikan setiap apa yang mommy lalui di dalam blog kesayangan mommy ini. Hanya dengan cara ini yang dapat meluahkan isi hati mommy ini...Di hadapan orang, susah mommy untuk meluahkannya tetapi di sini.......Di sinilah tempatnya.

Wednesday, May 30, 2012

Arwah Che Muhammad Danish Rizqin...

Assalammualaikum wbt...

hermmmm............

Sukarnya untuk menulis entry kali ini. Semakin ligat jari jemari ini menaip, semakin laju air mata ini berlinangan. Tidak dapat mommy menahan sebak dihati apabila anak yang dikandung selama 7 bulan, meninggal di dalam kandungan sebelum sempat melihat keindahan di dunia ini. Rizqin, nama diberi yang membawa maksud pembawa rezeki dilahirkan pada 25 Mei 2012 bersamaan 4 Rejab, pukul 8.07am, hari Jumaat...Arwah telah selamat dimandikan dan dikafankan selepas solat Jumaat dan dikebumikan di pusara saleng sebelum waktu Asar. 

~ Al-Fatihah ~  

 Sudah tentu ramai rakan mommy bertanya, bagaimana ia boleh terjadi? Pemergiannya disebabkan sakit apa? Dan macam-macam soalan yang diajukan kepada mommy tetapi mommy tidak mampu untuk menjawab di kala ini kerana setiap kali mommy cuba menceritakannya, sudah pasti air mata ini laju je mengalir. Apa yang mampu mommy jawab, mommy akan menceritakan semuannya di blog kesayangan mommy ini agar soalan tidak ditanya acap kali kerana ia akan membuatkan mommy lebih sedih dan akan berada dalam kemurungan...

Rakan-rakan sekalian,
Doktor Pakar di hospital mengesahkan arwah Rizqin meninggal di dalam kandungan adalah disebabkan air ketuban kering. Oleh itu, Rizqin lemas di dalam perot mommy tanpa mommy sedari. Ketika itu, Rizqin lemas tidak lebih dari 2 hari kerana tiada kesan kecut atau kemek di seluruh anggota badannya. Rizqin dalam keadaan normal seperti bayi yang lain!

Mungkin ramai yang tahu, mommy menjalankan pembedahan kecil ketika kandungan 15 minggu, mommy telah membuat cervical cerclage yang telah ditulis di entry INI...Selepas dari itu, semuanya dalam keadaan normal sehingga pada usia kandungan 24 minggu, terjadinya sesuatu iaitu mommy bleeding...

Untuk pengetahuan semua, dari awal kandungan 3 minggu, mommy hanya bertemu dengan Doktor Pakar untuk memastikan kandungan mommy selamat sehingga cukup bulan. Apabila mommy bleeding, mommy terus berjumpa dengan doktor tersebut. Ketika itu, bayi mommy dalam keadaan normal (Air Ketuban cukup, berat bayi 540g). Doktor Pakar mengesahkan terdapat early contraction dan sedikit infection di tempat cerclage. Darah dah tiada, ubat antibiotik dan hentikan contraction juga diberi. Alhamdulillah...semuanya kembali normal...

Pada usia kandungan mommy 25 minggu, air ketuban mommy keluar secara tiba-tiba. Mommy terus jumpa doktor dan resultnya, air ketuban mommy sedikit tetapi masih cukup untuk bayi. Ketika itu, berat bayi turun 520g. Air Ketuban pon dah tak turun lagi. Doktor nasihatkan mommy untuk bedrest dan pantau dari rumah sehingga hari check up. Jika keluar darah dan air ketuban lagi, teros ke hospital. Mommy pujuk daddy untuk pergi terus ke hospital (serah diri untuk tahan diwad sehingga cukup bulan) tetapi daddy ingatkan mommy kepada kelas Master mommy. Mommy cuba mendapatkan pelepasan kelas utk kelas yg hanya berbaki lagi 3 minggu je (3 kali lg) tetapi pensyarah mommy memberi 2 kata putus sama ada pergi ke kelas atau tangguh. Setelah 1 semester mommy laluinya n hanya berbaki 3 kali lg kelas, masakan mommy nak kene tangguh??? Sungguh tidak berhati perot pensyarah yang sorang nih! Mommy redha dan akur...

Mommy jalani kehidupan seperti biasa. Fully bedrest dan adakalanya bila daddy cuti, kami keluar untuk membeli barang keperluan untuk sambut orang baru dalam keluarga kami. Boleh kata, semua barang telah dibeli dan hanya tunggu masa untuk anak comel mommy ni keluar je...sob sob sob...

2 hari sebelum check up, mommy rasa bayi mommy kurang gerak tetapi degupan jantungnya masih ada.

1 hari sebelum check up, mommy rase bayi tidak gerak dan degupan jantung bayi lemah. Mommy ajak daddy untuk g check tetapi daddy suruh mommy tunggu esok kerana esok hari check up.

Awal pagi lagi mommy bangun sahur. Sementara tunggu azan Subuh, mommy terlelap dan mommy mimpi yang mommy melahirkan seorang anak dalam keadaan yang sangat merah dan bayi itu meninggal dunia! Mommy terjaga dan mendengar azan Subuh...Jantung mommy berdegup kencang. Mommy cuba berlagak seperti biasa dan tidur semula. Semasa check up, doktor pakar scan seperti biasa. Di saat alat scan berada di perot mommy, tiada lagi degupan jantung kelihatan. Belon yang mengandungi air ketuban kempis, hanya tinggal badan bayi mommy je...Ya Allah! Apa yang terjadi pada anakku ini...Ko kuatkanlah semangatku jika apa yang aku rase ini benar...

Doktor Pakar: (Dengan muka yang pucat)...Puan, saya harap puan banyak bersabar. Jantung anak puan dah takde. Mengikut scan ini, bayi puan baru meninggal dunia kerana tiada kesan kemek atau kecut di mana-mana anggota badannya. Dianggarkan tidak lebih 2 hari bayi puan meninggal dunia. Puan boleh panggil suami puan sebentar...

Mommy terasa dunia ni gelap gelita. Air mata mengalir laju dan mommy seakan ingin meraung di bilik doktor itu. Apa yang mommy buat ni??? Nape tak sedar anak mommy lemas dalam perot mommy??? Mommy memanggil daddy yang sudah lama menunggu di luar. Doktor jelaskan kepada daddy dan seraya itu, air mata daddy turut mengalir jua...

Kami keluar dari situ dan terus menuju ke Hospital Sultanah Aminah untuk dapatkan pengesahan 2 atau 3 orang doktor pakar mengenainya. Setibanya kami di sana, mommy di bawa masok ke bilik saringan dan scan semula...2 orang doktor pakar berada ketika itu dan mereka discuss dalam bahasa doktor. Mommy cuba calm down dan berharap anak mommy masih bernyawa. Namun, apabila salah seorang doktor menjelaskan kepada mommy:

Doktor Pakar 1: Ada 2 berita saya ingin sampaikan pada puan. Yang pertama, air ketuban puan sudah kering. dan yang kedua, maaf puan, bayi puan sudah meninggal dunia...Dari apa yang dilihat, bayi ini meninggal tidak lebih 2 hari lagi kerana anggota badannya masih normal.

Dang! Kali ini mommy tak boleh mengatakan TIDAK! Ia TIDAK BENAR! Mommy terus menangis dan menangis. Tiada apa yang mommy boleh buat selain menangis. Doktor membenarkan mommy keluar berjumpa daddy di luar. Ketika itu, kakak ipar mommy yang menjadi doktor di hospital situ datang menjenguk mommy...Kakak ipar yang sentiasa bersama mommy, banyak bertanyakan mommy sepanjang kehamilan mommy yang ini dan kali ini bersama mommy menangisi pemergiannya anak mommy yang ini. Mommy tidak boleh tahan dan menangis dengan kuatnya...Kakak ipar pujuk mommy dan seraya berkata:

Kak ti: Ayu...sabar banyak-banyak ayu...Allah lebih sayangkan dia...Anak ayu dah tunggu ayu di Syurga. Ayu bertuah, hanya orang terpilih saja yang dapat ujian ini. Anak ayu nanti akan tarik ayu di ketika ayu jatuh di titian shiratul mustaqim nanti...

Walaupon kak ti cuba memberi semangat pada mommy dalam keadaan menangis teresak2, namun ia tidak dapat menghentikan air mata mommy dari terus mengalir. Apa yang mommy tau, mommy ingin keluarkan secepat yang mungkin anak mommy dari perot mommy kerana mommy nak anak mommy dalam keadaan sempurna dan tiada kemek atau kecut di mana-mana bahagian sekali pon...

Semasa di wad, mommy sangat terkilan dengan pengurusan HSA ni. Dengan doktor yang oncall moody, dengan labnya bengong sampai rase nak letop kan je. Mommy takleh terima yang pihak HSA melewat-lewatkan mommy bersalin. Darah mommy di ambil dan dijadikan 4 sampel ujian untuk diuji. Tetapi bila sampai di lab, (ujian darah tu ambil mase 3 jam je untuk tau result) org lab kate "didn't receive any samples from this patient!" setelah 1 ari berlalu. Esoknya, amek lagi darah sbb lab dah ckp cmtu...Lusa baru tau resultnya...Dah tau je result semuanya normal, pukul 12 tengah hari, doktor masok ubat ikot bawah (tak ingat nama ubat tu, biji macam pil yang kite telan) 3mg skaligus amek sampel dari bawah untuk diuji.

Pukul 4 ptg, baru mommy start contraction. Mommy happy sebab dah ade contraction. Mommy tidak sabar untuk keluarkan anak mommy ini (tidak sanggup panggil arwah lagi time ni)...

Pukul 8 malam, mommy keluar air. Doktor yang oncall bernama Doktor Ili (mommy anti gile dengan doktor ni) panggil mommy untuk VE. Check punya check, baru bukak 1 cm...

Pukul 12 tengah malam, contraction makin kuat. Mommy pergi jumpa doktor dan buat VE lagi. Baru bukak 2 cm...Mommy minta dengan kawan mommy doa Nabi Yunus tu...Mommy baca sambil usap perot setiap kali contraction...

Pukul 4 pagi, mommy keluar darah dan mommy inform doktor ili tu balik. 
Doktor Ili: Takpela kalo keluar darah. Tak penting pon...Yang penting kalo air ketuban pecah...(dengan muka bengang dan  tak pandang pon mommy)

Pukul 5.30 pagi, mommy call ibu dan borak-borak dengan ibu sambil tahan sakit. Time ni sakit dah 3 minit skali...Tetapi mommy troskan berborak dengan ibu sehingga 1 jam. Bile sakit, mommy bace doa Nabi Yunus tu...

Pukul 6.40 pagi, sakit dah makin kuat. Terasa dah nak kuar dah...Tetapi mommy gagahkan diri untuk gosok gigi dulu...Lepas tu, mommy jumpa balik doktor ili tu dan berkata, "Doktor, saya dah tak tahan sangat ni...rasa dah nak keluar.." Time tu, semua orang dah bangun, nurse tukar shift...Semua lihat mommy yang gagah tahan sakit contraction yang makin kerap, 1 min sekali...
Doktor Ili: (Tanpa pandang mommy, buat-buat basuh tangan)...Nurse, dah bagi injection tahan sakit ke kat patient ni? bawa die ke katil die semula...
Nurse tergamam...Tiba-tiba kene marah dengan doktor pasal mommy. Datang sorang nurse yang prihatin, tanpa pedulikan doktor Ili tu, datang membawa wheel chair...Tolak mommy ke observation room dan paksa doktor Ili tu buat VE. Bukaan rahim 7 cm! Doktor Ili tanye nurse, kene bawak ke labour room ke eeekkk??? Nurse tak pedulikan doktor Ili tu tros ambil stretcher dan tolak mommy ke labour room...Sampai je di labour room, mommy terus push dan anak bujang mommy keluar pada pukul 8.07 am...


Sayang Rizqin... 

Nurse tunjuk jasad Rizqin depan mommy. Mommy usik setiap anggota badan Rizqin tau. Dan di saat Rizqin keluar, barula mommy tau, mommy mengandungkan anak lelaki...Bertambah mommy sedih apabila melihat belakang kepalamu telah kemek. Mommy amat terkilan dengan pengurusan HSA yang melambatkan proses mengeluarkan mu dalam keadaan sempurna, mommy sungguh terkilan! Mommy terkilan lagi, belum pon sempat mommy cium Rizqin, nurse bawa Rizqin pergi...Pergi tinggalkan mommy buat selama-lamanya...Kemudian, chik ngoh (kak ti) datang ke labour room dan terus tengok Rizqin...Lepas tu, daddy pon sampai, terus tengok Rizqin...Daddy menangis...Mommy pon menangis...Daddy datang usap kepala mommy acap kali...Daddy lihat mommy keletihan menahan sakit...Kemudian, daddy pergi keluar, mencari kekuatan dan tenaga. Daddy gagahkan diri untuk mengisi perot kerana selepas ini, banyak urusan yang perlu diselesaikan...Daddy terus ke rumah mayat dan ketika menuju ke situ, ayah ngoh (abang jik) datang...Datang untuk memberi kekuatan pada daddy mengharungi hari ini...

Mommy pula disoal siasat oleh MO di situ untuk mengenalpasti punca kematian mu, Rizqin...Sampel dari placenta dan uri Rizqin di ambil untuk di hantar ke KL. Lagi 2 bulan, mommy boleh tahu keputusannya. MO telah pesan kepada mommy, sayang...MO kata, "Jika keputusannya semuanya normal, terimalah pemergianmu sayang dengan redha...Sayang telah memilih untuk pergi dan tunggu mommy disyurga...". MO seakan yakin bahawa semua keputusan sampel kita berdua normal, sayang...

Di saat daddy melihat kamu dimandikan, daddy menangis....
Di saat daddy melihat kamu disembahyangkan, daddy menangis lagi...
Di saat perjalanan membawa kamu ke kubur, daddy mendukungmu sehingga ke kubur...daddy menangis lagi...Mommy sms daddy untuk sampaikan pesan pada mu sayang...Lalu daddy membisikkan ke telinga mu sayang...

AR 552, itulah nombor batu nisan dikuburmu, sayang...Mommy akan pergi melawatmu selepas mommy abes pantang ye, sayang...Mommy amat merinduimu...Terima kasih, sayang kerana memilih kami berdua sebagai insan yang terpilih untuk menerima dugaan ini...



Punca Air Ketuban Bocor?

1) Sebelum memasang cerclage, mommy tidak jalankan beberapa ujian untuk memastikan mommy clear dari sebarang infection. Oleh itu, semasa memasang cerclage, doktor pakar baru mendapat tahu ade sedikit infection dan doktor cuba merawat selepas siap pasang cerclage. Akan tetapi, infection tetap berada di situ. 

2) Apabila perot semakin besar dan menghampiri kawasan cerclage, infection TERBOCOR kan belon yang mengandungi air ketuban itu dan air ketuban keluar dengan kuantiti yang sangat sedikit tanpa disedari.

3) Serviks incompetence bermaksud pintu rahim mudah terbuka apabila kandungan semakin membesar dan berat kerana pangkal rahim mommy pendek. Hanya dijamin 50% atau mungkin kurang untuk bersalin cukup bulan. Oleh itu, potensi bersalin awal tinggi dan paling lama boleh bertahan sehingga kandungan 35 minggu seperti kedua-dua anak mommy sebelum ini...


Tanda-tanda Air Ketuban Bocor dengan kadar yang sedikit?

1) Kerap kencing...Air ketuban mampu bertahan selama 3 minggu atau kurang untuk kering sepenuhnya.

2) Kaki dan tangan sembap seperti orang dah nak bersalin.

3) Baby semakin kurang gerak dari hari ke hari


Untuk rakan-rakan mommy yang sedang mengandung, setiap kali check up, scan, sila check air ketuban dan berat baby anda selari dengan usia kandungan anda...kerana ini sangat penting selain kita ingin tahu jantinanya atau melihat mukanya atau apa yang sedang die buat dalam kandungan kita...

Mommy kini sedang berpantang tanpa mendengar tangisan bayi dirumah...Mommy teringin sangat nak pelok cium bayi, dakap bayi, susukan bayi, mandikan bayi dan sebagainya. Namun, apakan daya...Allah turunkan ujian seberat ini untuk kami berdua...

Doakan arwah, doakan kami agar kami tabah untuk mengharunginya...

P/S: Untuk makluman sekalian, mommy telah kehilangan anak buat KALI KE 2...Cerita di entry --> Kasihnyaaaaa Allah pada kami

Thursday, March 15, 2012

Baby Girl or Baby Boy?

Haaaa...Mesti teruja nak tau bile sentuh je mengenai jantina anak yang dikandung tu kan? Actually, mommy bukan nak beritahu jantina anak mommy dalam perot ni, tak nampak lagi pon. huhuhuh...Baru 17weeks...Sabar yerk?

Mommy nak cerita mengenai pengalaman preggy kedua-dua anak mommy iaitu Putri Nur Batrisyia dan Che Muhammad Danish Aqil. Ada satu hari tu, mommy call sepupu mommy yang dah beranak 4 ni. Yang besh tentang die ialah die memiliki 2 pasang anak. Maksudnya, 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki...Mak die merangkap mak sedara mommy ni pon same macam die tp ape yg lebih menarik selang bunga! Besh kan??? Rasenye semuanya mengidam atau nak yang macam ni...Tapi semua bergantung kepada rezeki kan...

Okeyh, pendekkan cerita! Mommy saje2 call sambil nk tanye cmne nak tau jantina anak yg ke 3 selepas dapat anak sepasang ni? Belumpon sempat tanye, sepupu mommy tanye dulu. Huhuhu...Mommy masih ingat lagi, time die preggy baru je 3 bulan tapi die boleh tahu anak yang die kandung tu anak perempuan ke lelaki...DAN memang betul! So, die tanye mommy, apa perbezaan preggy kan kakak dan aqil???


Ketika mengandungkan Kakak
  • Di awal kehamilan, kurang morning sickness, tersangat kurang...Maksudnya, within 2 weeks, barula ade muntah2 ni. The rest, kuat makan! Kalo makan roti canai, blasah 5 keping. Kalo makan sate, blasah sampai 30 cucuk dan kalo yang lain tu, boleh bayang tak brape byk makan? uhuhuh...Kalo makan nasi tu, 2kali tambah tu mesti!
  • Suka bersolek tapi ala kadar...Mesti pakai walaupon sedikit sebelum keluar BUT tak heavy laa...
  • Suka benda yang comel2, cantik dan kira rajin la...Semangat kuat dan mampu buat macam2...
  • Kalo dgn hubby, ehem ehem...melekat aje. Yela, time tu pon blaja lagi, dok jauh kan...No wonder la asyik rase nak melekat je dgn laki. hehehe...
  • Badan mengembang, SM pon banyak. wawawawa! Perot penoh dari kiri ke kanan...
  • Suka sangat makan benda2 masam. Hari2 mesti makan buah masam iaitu buah limau kasturi~~~ Kawan2 mommy kalo kuar makan dengan mommy, ngilu tgk mommy makan buah limau kasturi after abeskan air limau masam kaw kaw punya. Ni wajib amek EVERYDAY!
  • Pusat mommy tenggelam! uhuhuhu
  • Muka berseri2! Ramai yang memuji. Tiada jerawat sebutir pon tumbuh dan kulit semakin cerah...Sampai kene puji dengan mak bidan. huhuhu
  • Kene alahan selsema dan batuk sehingga 6 bulan kehamilan. Sampai jumpe doktor pakar hidung tau. Rupe2nya alahan mengandung je. huhuhu

Ketika mengandungkan Aqil
  • Mendapat alahan yang sangat terok sehingga 7 bulan! Tak boleh makan sebarang nasi. Sup2 pon kene campur dengan bihun. Pastu makan goreng tauhu EVERYDAY sebab tu je mommy mampu makan...sedey kan? Kurus mommy tau..Perot pon kecik je tau. Berat pon tak naek banyak, ciput je...huhuhu
  • Mommy merasakan diri mommy selekeh sangat. Ye, memang selekeh! Rambut mommy ni lurus tapi bile preggy kan aqil ni, tibe2 jadi alun. pelik betol...hermmmm
  • Kulit mommy gelap sedikit...Sampai rase rendah diri dan malu dengan hubby. Nak kuar berjalan dengan hubby pon malu tau...
  • Asyik nak gaduh dengan hubby je. Rase nak jauh je dengan hubby. Ada satu ari tu, siap lari bawak kakak gi jalan kaki. Tapi jap je, pastu balik rumah balik. uhuhuh...
  • Tak suka langsung nak bergaya. Rela pakai kain batik je atau baju kelawar nak kuar umah g IOI. hahaha...
  • Perot mommy memang kecik. Tapi ke depan. Kalo tengok dari belakang, orang tak tahu mommy preggy...
  • Pusat timbul. Time ni baru rase betapa senangnye nak cuci pusat. hahahah
  • Langsung takde SM (Strech Mark).
  • Sakit tulang dari pangkal punggung sampai la ke peha...Sakit wooo....

Mengandung kini....
  • Awal2 kehamilan muntah2 DAN kuat makan! Sama2 naik la...Muntah banyak, makan pon banyak. Buktinya, dalam mase 3 bulan kehamilan, berat naek 8kg. Banyak tak??? Doktor pakar marah kat mommy sebab tak control makan dan doktor ingat mommy tipu die yang mommy kate mommy banyak muntah. Betul doktor, saya muntah banyak tapi saya kuat makan. Sepatotnye, seimbang kan??? Sebab bila muntah, berat badan akan turun dan bile makan banyak, berat badan naek la. Tapi nape naek dengan mendadak ni? huhuhuhu
  • Mommy sangat suka makan benda2 masam seperti buah limau masam, buah pauh, buah epal hijau masam, strawberry dari cameron tau sbb baru masam dan juga buah limau kasturi. Air pon mesti masam juga...:)
  • Rase nak pakai inai. Mintak hubby lulurkan tapi hubby takmo. wawawawa...Tapi mommy teringin nak wat lulur dan mandi susu sekarang ni. cmne??? Esok balik kampong petik inai kat pokok, nak pakai penoh jari tangan dan kaki. huhuhu
  • Mommy suka bergaya tapi duitla nak kene kumpul dulu sebab baju, tudung yang mommy nak tu, mahaalll~~~ Pakai je la ape yang ade dan mesti nampak cantik. Jaga penampilan~~~ hehehe
  • Suke melekat dengan hubby sekarang ni. Dok tepi die hari2 pon boleh rindu sgt2. cmne??? huhuhu
  • Sedang terima alahan selsema dan batuk dari awal kehamilan lagi. Bile nak elok ni? Tak tahan dah ni...Baru2 ni sesak nafas. Dah dapat hadiah Ventolin Inhaler plak...huhuhu
  • Perot? Belom boleh tau lagi..kecik lagi ni...kulit? muka? semuanya akan kelihatan bile dah membesar...Tungguuuu~~~
  • Sakit dari pangkal punggung sampai la ke paha. Rasa sakitnye sama seperti time preggykan aqil...ouch!
Jadi, mommy pon tanye sepupu, ha cmne nak tau? Dua2 kehamilan sebelum ni ade dalam kehamilan sekarang ni? Tiada jawapan, tak tahu nak cakap cmne. Rasenya baby mommy ni sorok kot jantina die...Nak suprise kan mommy and daddy bila kuar nanti kot. huhuhuhu

Oklah, mari pula kita lihat Chinese Lunar Calendar yang diperkenalkan oleh kawan sekolah mommy, Siti Hanis. Di ingatkan ye, 50-50 sahaja yang betul dan tepat. Ia cuma ramalan sahaja....Lagipon calendar2 ni mintak month conceive sedangkan kite tak tahu bile ia conceive...so, agak2lah bile ia berlaku...kalo kite haid awal bulan, jadi maybe conceive dalam bulan tu juga. Jika kite haid tengah bulan, ia boleh jadi di antara bulan tu atau bulan berikutnya. Dan jika kite haid akhir bulan, sudah tentu berlaku pada bulan berikutnya. Bile nak tengok umur tu pula, ikot tarikh lahir. Jika anda preggy sebelum tiba tarikh lahir anda pada tahun itu, maka umur tu yang anda kene tengok. Contohnye:

Birthday: 5/1 = 26
Tahun preggy: 2011
Bulan conceive: December

 
Mommy pon cubala dengan mengingati tarikh2 mereka ni dan hasilnya:
Batrisyia: Girl
Aqil: Boy
Baby dalam perot: RAMALAN baby girl.


Selain dari itu, ada juga link yang tak perlu teknik2 melihat jantina anak ni. Ade di sediakan calculator mengikut due date. Wow! Menarik kan??? Ini pula link yang diberi oleh biras mommy, fatihah...Jom, kite tengok plak ape hasilnya....(Nasib baik mommy ingat due date korunk lagi. huhuhu)


Batrisyia: Girl
Aqil: Boy
Baby dalam perot: RAMALAN baby girl

Samelah! Huhuhu...Tapi diingatkan, ia hanya sekadar ramalan dan juga kebetulan...okeyh, sampai di sini sahaja...panjang sangat dah ni...Sehingga bertemu di lain entry yerrrr...

Friday, March 9, 2012

Cirvical Cerclage (Jahit Pangkal Rahim)

Salam semua…Entry kali ini khas untuk rakan-rakan mommy yang ingin tahu bagaimana rasa dan proses cerclage (jahit pangkal rahim) itu. Atas permintaan ramai...ramai ke? Huhuhuhu...Atas permintaan beberapa rakan, mommy pon menulis di blog mommy untuk tatapan mereka tanpa mommy menerangkan berulang kali pada mereka. Di harap semua yang sudi membaca terhibur dengan cerita mommy ini...

9 Mac 2012
Seperti biasa di pagi hari, mommy siapkan anak sulong mommy iaitu batrisyia untuk pergi ke sekolah. Tetapi kali ini, mommy bersama2 bersiap dengan kakak. Kemudian, mommy dan daddy hantar kakak ke sekolah dan terus bertolak ke Perdana Specialist Maternity Centre di Taman U, Skudai, Johor. Ketika di dalam perjalanan, tiba-tiba mommy menerima panggilan dari tempat tersebut:

Nurse: Ayuni, awak dekat mane?
Mommy: (Tertanya-tanya...sape ni?) Saya OTW ke Taman U. Nape ye?
Nurse: Cepat skek. Doktor bius takleh tunggu lame sebab doktor ade kes kat HSA.
Mommy: Nurse kata semalam pukul 8.30pg. Sekarang baru 8.10pg...
Nurse: Yela, awak datang je cepat.
Mommy: okey2...

Matikan panggilan...


Setiba je kami di situ, nurse kelam kabut menyuruh mommy isi beberapa dokumen dan menandatangani surat kebenaran untuk dibius dan operate. Lepas tu, mommy pon tergesa2 masuk ke dalam tetapi di tahan oleh nurse.

Nurse: laju je nk masuk ke dalam? Taknak jumpe suami ke?
Mommy: (Tersipu-sipu malu...) Ha? Hehehe...okey2...
Mommy: (Salam daddy)...Daddy, maafkan mommy ye di atas semua salah mommy dan halalkan makan minum mommy ye...
Daddy: Okey sayang...daddy doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mommy dan anak kita selamat...
Nurse: Dah? Jom masuk...

Daddy pon cium mommy...hehehe...dan mommy dengan langkah bismillah, masuk ke dalam...


Mommy duduk di bilik saringan dulu. Nurse suruh buka semua pakaian mommy dan pakai baju khas yang disediakan. Sebelum tu, nurse suruh gi kencing puas-puas. Huhuhu...Kemudian, mulalah kerja nurse dengan pasang drip di lengan mommy. Mommy sangat tidak suka pasang di tepi ni sebab sakit. Kalau pasang ditelapak tangan tu, takdela sakit sangat...Lame gak mommy tunggu sebelum nak masuk bilik OT (Operation Theater) itu. Rupa2nya kat dalam ade patient sedang ceaser sebab urinya melekat. Bersalin anak ke 4. Sempat gak mommy tengok nurse2 kat situ bersihkan baby, potong tali pusat, basuh uri dan macam2 lagilah kerana semuanya di lakukan di bilik mommy tunggu. Lepas je dah settle semua, tiba giliran mommy...Time doktor pakar O&G suruh masuk ke dalam, tiba-tiba mommy rase nak kencing. Hahahaha...Maka mommy pon gi la kencing lagi, then baru masuk bilik OT. Time tu, hati dah tak berdebar. Cuma banyak persoalan. Ape yang nak dilakukan oleh doktor...
Ketika mommy naik atas katil tu, nurse pasang tempat letak lengan dan gantung kaki tu. Name benda tu mommy tak tahu ye...Itu kena search...Kirenye tangan mommy didepakan dan kaki mommy digantung...Kemudian, mommy pon mula tanye doktor...

Mommy: Doktor, kene bius ke?
Doktor: Tak...saya akan masukkan ubat tido di tempat drip awak ni. Baca selawat dan mengucap kalimah syahadah sehingga awak tido.
Mommy mula membaca selawat 3 kali dan mengucap sehingga mommy tido. Time ni kepala berputar2, mata tak boleh buka langsung...Maka mulalah kerja jahit menjahit ni...


TETAPI ade insiden yang agak mengejutkan iaitu mommy tersedar ketika doktor belum menghabiskan kerjanya. Hanya tinggal dihujung2 kerja je...Mommy sedar tetapi mata tidak boleh dibuka...Mommy sempat merasa kesakitan tu dan menjerit:

Mommy: Doktorrr!!! Sakit!!!!
Nurse: Haip, tido2...Sambil tidokan mommy...


Tak sangka, ubat itu tak cukup sampai habis doktor wat kerja sampai mommy sempat merasai kesakitan...Nasib baik tinggal dihujung2 je kerja...Mommy kan kuat. Hehehehe...


Selepas semuanya selesai, nurse2 turunkan tangan dan kaki mommy. Drip pon dihentikan. Kemudian, mommy pindahkan diri mommy sendiri sehingga ke katil ward kerana mommy sedar cuma tak boleh bukak mata je. Kalau mommy bukak mata, mommy akan lihat berputar2 dunia ni...Jadi, baik mommy tdo dan rest sampai kul 12tghari. Mommy bangun dan teros berkejar ke toilet nak kencing. Hehehe...Time tu tgk ade bleeding skek. Mommy pon salin semula baju asal mommy. Tak lama tu, nurse pon datang dan terkejut...

Nurse: Eh, dah bangun? Dah salin baju? Pening lagi tak?
Mommy: A'ah...tapi  tak pening cuma lapar je...Nak makan...
Nurse: Call suami suruh datang ye...Minum air susu tak?
Mommy: Boleh juga...:)

Nurse pon bawakan air untuk mommy...Mommy tak dibenarkan balik sehigga kul 3ptg kerana nak stabilkan mommy and baby dulu...Untuk soalan apakah mommy rase? Untuk jawapan tu, mommy boleh katekan seperti takde rase jahit dan ade tape kat dalam. Rase biasa je...Cume ade bleeding skek tapi sungguh! memang tak rase ape2, rase biase je...

Doktor dan nurse ade menerangkan bagaimana proses jahitan tu. Doktor kate, "kalau masukkan jari dari bawah, boleh rase tape tu. Cukup 37-38weeks, kita akan buka. Time tu akan check pintu rahim sekali. Kalau dah buka, awak akan bersalin 2 atau 3 hari selepas buka jahitan tu"...Nurse kata kes mommy ni, satu dalam seribu. Selama mereka beroperasi, baru 3 orang termasuk mommy yang kene kes macam ni. Kes macam mommy masih tak jumpe sebab sebenar ia boleh terjadi. Nak kata rahim tak kuat, tetapi boleh tampung baby lebih 7bulan dan baby takde masalah. Biasanya kalau rahim tak kuat, tak lepas trimester 1 or 2...Yang pasti, jalan mudah terbuka apabila baby semakin membesar...


Rasenya sampai di sini sahaja cerita mommy mengenai pengalaman buat cerclage ni...Tidak ade rase sakit dari bawah, rase biasa sahaja. Buktinya, mommy sedar kul 12tghari tu, mommy siap lawat bilik orang lain tengok baby orang. Huhuhuhu! Kalau anda ade masalah berkenaan dengan sakit puan, datangla berjumpa doktor pakar di sini. Sangat bagus! Nama doktor tu, Doktor ISA tau! Mommy kalau boleh nak ceritakan kejadian yang menimpa pesakit sebelah katil mommy tetapi akan jadi lebih panjang plak entry ni...Nantila ye, kemudian ye? Oklah semua, sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca...:)