Monday, January 5, 2015

Kasihnyaaaaa Allah pada kami~~~

Assalammualaikum wbt...

Allahu...(tarik nafas) 
Ya Allah, berikanlah kekuatan pada diriku untuk menulis kisah anakku, Putri Nur Amni Azzalea Binti Che Muhammad Nur Idham.

Al-Fatihah....

Setelah hampir 3 bulan Amni tinggalkan mommy...
Alhamdulillah, mommy semakin pulih cuma mommy tak sanggup nak panggil 'Arwah' Amni Azzalea. Kerana ini merupakan kali ke 2 mommy kehilangan anak...Kini, mommy memiliki SEPASANG anak syurga! Alhamdulillah....Syukran Ya Allah, kerana memilih kami berdua untuk ujian ini sekaligus memberikan kami tiket ke syurga bersama-sama anak2 kami, iaitu Che Muhammad Danish Rizqin dan Putri Nur Amni Azzalea. Kasihnyaaaaa Allah pada kami!  Diberinya syafaat kecil kepada kami berdua.

P/S: Bagi sesiapa yang ketinggalan, kami kehilangan Arwah Danish Rizqin pada 25 May 2012.

Untuk kali ni, mommy akan menceritakan bagaimana pula Amni Azzalea hanya sempat melihat dunia selama 3 hari sahaja dan meninggalkan kami buat selama2nya...

Buat pengetahuan semua, mengandungkan Amni Azzalea adalah sesuatu yang sangaaaaaat indah kerana dengan kehadirannya di dalam rahim ini, mengutuhkan lagi kasih sayang, cinta kami berdua. Sepanjang mengandungkan Amni Azzalea, kami sekeluarga penuh dengan kecerian, gelak tawa, gurau senda tanpa ada sebarang pergaduhan. Indah kan? Sejukkkkk je kami sekeluarga. Di saat kali pertama mengetahui Amni Azzalea di dalam rahim, mommy seakan2 tidak percaya kerana kehadiranmu memang tidak dirancang. Malah mommy xtau bile LMP (Last Menstrual Period) mommy. Huhuhuhu! Seingat mommy, satu hari je keluar period mase bulan 2, 2014. Lepas tu, tak keluar2 period sehingga 2 bulan. Baru mommy sedar yang dah 2 bulan period tak datang. Kebetulan masa tu, mommy sakit kepala. Mommy ke klinik untuk dapatkan ubat tetapi doktor menyuruh mommy buat UPT (Urine Pregnancy Test).

Doktor: "Patotlaaaa awak pening. 2 line rupenya"
Mommy: "Betul ke doktor? Tak mungkin laaa...Saya berjaga2 hal2 ni. Ntah2, false kot..."
Doktor: "Takpe, awak pergi ke klinik pakar untuk check"

Kemudian, mommy pon ke klinik pakar dan tanpa disangka2 janin sedang growth in mommy's womb! Dari 8weeks naik ke 12weeks...Di masa 12weeks ni, anak sulong mommy, Batrisyia warded sebab Bronchopneumonia. Ini akan diceritakan di lain entry mengenai Bronchopneumonia ye. Batrisyia warded selama 5 hari. Mommy cukup letih dan bersilih ganti dengan daddy menjaga Batrisyia. Kucar Kacir kami ni dibuatnya. Di hari Batrisyia discharged, malam tu, selepas makan, tiba2 mommy terasa sesuatu keluar dari vagina mommy. Tros mommy meluru ke toilet dan melihat, banyak sangat fresh blood sehingga tembus seluar mommy. Ya Allah! Ape mommy buat sampai bleeding trok ni. Mommy tak mengharapkan ape2. Daddy tros hantar ke hospital tanpa sempat salin seluar. Dahlaaaa orang tegur2 mommy yg belakang mommy ade darah. Masuk Emergency, Doktor scan dan...

Alat scan cecah je perot mommy, Amni Azzalea menunjar2...Aktif berpusing2.
Doktor: "Alhamdulillah, takde ape2 jadi pada kandungan puan. Lihat, anak puan berpusing2, menolak2 badannya ke atas dengan kakinya"
(menitik air mata mommy)
Mommy: "Alhamdulillah...Syukur Ya Allah..."
Doktor: "Jangan nangis ye..Mari ke depan.."
..........................................................................
Doktor: "Dari kesimpulan saya, sebelum ni, ade ketulan darah diluar rahim awak yang menghimpit rahim awak. Nampaknya, ketulan darah tu sudah pecah dan keluar...Saya akan beri ubat duphaston, makan selama 2minngu. Jika ada apa2 berlaku, sila datang terus ke hospital. Awak ni kes specialist ni...Buat buku merah awal dan tros ke specialist kat HSA..."
Mommy: "Baik doktor...Terima kasih ye"

Mommy keluar buat muke sedih...
Daddy: "Baby dah xde ye mommy"
Mommy: "Hemmm...camne nak cakap ye..."
Daddy: "Takpela, takde rezeki lagi...Redha je laaa.."
Mommy: "A ah...Kena redha yang baby sangat aktif dalam perot ni...Tadi die siap menunjar2 dengan kakinya B...Ya Allah, seronok sangat tengok kat skrin tu...Aktif sangat B, die...Lebih aktif dari kakak, Aqil dan Rizqin. Mase 12weeks scan kakak, Aqil dan Rizqin, dieorang tdo, senyaaappppp je. Dapat dengar jantung je. Tapi baby ni punyalaaa aktif. Siap berpusing2 mase doktor cuba scan jantung die. Macam main kejar2 plak dengan alat scan tu. Hahahaha"
(Mommy pok pek pok pek)
Daddy: "Ye ke sayang...Beshnyeeee...Ala, rugi B tak dapat tengok tadi. Yela, budak2 ni kat luar, lasak btol. Ni dah boleh balik ke ni? Tapi yang keluar darah banyak tu, ape plak?"
Mommy: "Haaaa...yang tu, susah nak explain tu...Dipendekkan citer, ade ketulan darah dekat dinding rahim yang menghimpit rahim. Bende tu yang pecah. Tu yang keluar banyak darah tu. So, kene makan ubat duphaston ni selama 2weeks! dah, jom balik umah...Kene rest 2weeks ni, takleh aktif2"
Daddy: "Okey...dok umah jela ye...Jaga babiesssss (Batrisyia, Aqil dan baby)"



KANDUNGAN 16 WEEKS
Akibat berehat je, baru teringat nak buat buku merah. So, mase kandungan 16weeks, baru pergi ke klinik kesihatan, buat buku merah. Seperti yang dijangkakan, tros ditolak ke HSA sebab sane ramai pakar. Esoknya, awal pagi lagi kami pergi ke HSA. Dan set time untuk buat cerclage. 

Doktor Pakar: "Kes awak ni perlu dirujuk dengan big bos HSA ni ye. Saya check tadi, memang confirm awak ni cervical incompetence, sangat fragile! Jadi saya pon tak berani nak pasang cerclage sebab boleh failure lagi. Risikonya sangat banyak. Di antaranya, boleh terkoyak dinding2, jangkitan kuman yang menyebabkan air ketuban bocor seperti kandungan awak sebelum ni"
Mommy: "Saya baru nak cakap yang saya taknak buat cerclage lagi. Takot berulang lagi. Sedihla doktor..."
Doktor Pakar: "Saya paham.."

KANDUNGAN 17 WEEKS
Doktor Pakar (Big Boss): "Okey, i will insert this ring pessary ni...Jangan angkat punggung, relax..."
(Besar penumpuk kot ring pessary tu)
Mommy: "Ini tak boleh relax...(start crying, takottt)"
Doktor Pakar (Big Boss): "Sekejap je...Don't worry...Just relax..."
(Doktor tros buat sambil mommy menangis)
Slurppp...Dah masuk dah. Tak sampai 5 minit rupanya. Hahahaha
Doktor Pakar (Big Boss): "Macam mana? Tak sakit kan? Yang sakit tu dalam otak U tu..."
Mommy: "Hahahaha...A ah, tak sakit..."
Doktor Pakar (Big Boss): "U boleh aktif macam biasa...Tapi still tak boleh angkat berat."
Mommy: "Bila boleh bukak ring pessary ni?"
Doktor Pakar (Big Boss): "Selagi baby taknak keluar, takkan bukak. Kalo 40 weeks baby taknak keluar, baru kite bukak dan force keluar. Normally, at 37-38weeks U dah ade contraction." 
Daddy: "Ni boleh bawak jalan jauh la ni. Lagi beberapa hari lagi nak raya. Nak bawak balik kelantan. Boleh?
Doktor Pakar (Big Boss): "Boleh...Lagi seminggu nak raya, ade mase rehat before long journey. But make sure, stop in every 2hours. Jangan bagi die tahan kencing, tahan berak. Once die nak kencing or berak, tros stop. Okey?"
Daddy: "Okey doktor..."



Kami pon baliklaa beraya mase kandungan mommy 18weeks...Seronoknyaaa balik dalam keadaan mengandung. Masa berjumpa sanak saudara, seperti biasa adegan meneka2 jantina baby bermula. Seperti biasa, ibu saudara mommy dan ibu mommy memang pakar bab2 tengok perot ni. Macam dapat scan jantina anak dalam perot ni. Huhuhuhu! Kalo bapa saudara cakap, "Lelaki niiii...' Tapi ibu2 saudara kata, "Tidakkkkk, perempuan ni. Tengok perot pon dah tau". Hahahaha



KANDUNGAN 20 WEEKS
Sekali lagi Batrisyia warded sebab Bronchopneumonia. Kali ni Severe Bronchopneumonia sampai masuk NICU di HSA. Mommy tak tentu arah, tak tido malam risaukan Batrisyia. Menangis tu jangan cakapla. Menyesal plak marahkan die sebab nak manja2 sangat mase mula2 masuk emergency. SPO2 drop, susah Batrisyia nak breathing. Dah masukkan ventolin pon still tak reduce. Family semua datang pagi tu, masing2 berikan sumbangan berupa wang tunai untuk dapatkan Pneumococcal Vaccine. Alhamdulillah, Batrisyia pulih selepas sehari di NICU, dipantau rapi. Batrisyia warded ke katil biasa. Dan esoknya lagi, Batrisyia discharge. Tros mommy dan daddy planning untuk vaccinatekan Batrisyia dan Aqil. Vaccine diberikan dari umur 5years-17years di Columbia Asia, price RM300 seorang...Terima kasih kepada makngah, pakngah, maksu, paksu, atuk dan nenek memberi sumbangan kepada kami...Dalam kekalutan tu, hujan lebat menyebabkan mommy 2 kali tergelincir di dapur kerana ade kebocoran plak didapur. Alhamdulillah, takde bleeding cuma sakit perot. Mengeras2 je sepanjang malam...

Kemudian, semasa kami vaccinate Batrisyia dan Aqil, kami ambil kesempatan untuk check kandungan di Columbia Asia. 
Doktor: "U sudah pregnant 7 kali termasuk yang ini?"
Mommy: "Yerp...But 3 miscariage before 12weeks and 1 stillbirth"
Doktor: "Now U buat cervical cerclage?"
Mommy: "Nope, I buat cervical ring pessary.."
Doktor: "Okey, kita scan..Dah tau gender baby?"
Mommy: "Belom.."
...................................................................................
Doktor: "It's a girl!":
Mommy: "Really? Alhamdulillah...Dah 2 pairs"
Doktor: "2 pairs? good..."


Balik je dari hospital, kami tros fikir2 nama baby. Dari satu nama ke satu nama dan last skali, pilih nama Putri Nur Amni Azzalea yang bermaksud Puteri Cahaya Kebahagian, Kegembiraan Kekal Abadi. Mengapa maksud ini yang kami pilih? Kerana dengan kehadiran Amni Azzalea menjadikan hubungan kami, suami isteri semakin baik sama seperti baru bercinta, semua manis2 je...heheheh. DAN selalulah kami memanggil Amni Azzaleaaaaaa bile bermain perot. Takde panggil baby...Panggil nama tros...(Rindunyeee rase nak panggil lagi...sob sob sob)

KANDUNGAN 24 WEEKS
Tiba2, kaki mommy start membengkak. dalam hati mommy, "Takkan aku dah dekat nak bersalin kot". Minggu depannya plak, bengkak kat tangan2 plak. Dah terasa pelik menyinggah di hati. Mase tu, mommy tak terfikir langsung untuk ke hospital sebab ingatkan bengkak2 biasa. Mase 25 weeks plak, mommy dah mula rasa sesak2 nafas, sakit kat dada, sakit belakang...Kadang2 dekat tulang2 pon rase sakit. 


KANDUNGAN 26 WEEKS
Maternity check up dengan Doktor Pakar. Mase ni, Doktor Pakar dah dapat kesan sesuatu mase die buat doppler scan. Nampak seakan uri mommy mula kurang supply darah, makanan, oksigen dan sebagainya. Doktor Pakar nak pantau seminggu, datang untuk checkup semula. Mase ni, mommy mengadu yang mommy mula sesak2 nafas...Doktor Pakar kata, itu biasa simptom mengandung bile perot membesar. 

2 hari selepas check up, mommy mula contraction. Mommy warded kat HSA dan diberi injection dexa. 3 hari berkampung di hospital, still tak dapat detect sebab mommy sesak2 nafas. Mase scan, semuanya okey je. Tapi mereka terlupa sesuatu, simptom2 PE (Pre-Eklampsia) iaitu bermula dengan protein dalam kencing, darah tinggi dan edema...Nanti mommy cite pasal PE di lain entry ye.

Baru sehari discharge, dah warded semula. Malam tu, mommy tak boleh tdo sebab sesak nafas dan terasa sakit kepala, pandangan blur...Tros ke hospital dan sekali lagi mereka tak jalankan pengujian yang rapi pada mommy. Cuma cakap SEPERTI PE. Dalam hati mommy, "Whattt??? Aku ni rase dah cukup nafas. Itu je ujian yg korang buat? Ambik air kencing  dan darah je? Lps tu result, okey plak?" Discharge lagi. Warded discharge Warded Discharge...Cukup 1 week, dapat jumpe Doktor Pakar. Mase ni, tros usung mommy ke ICU. Di sini mommy terima rawatan rapi. Test Urine btol2 dan dapat kesan ade protein dalam urine. Agak tinggi...Kemudian, BP pon same, tinggi...Darah tinggi plak...Scan, baby xgrowth dlm 1 week. Mase tu, sedih sangat....

Terok sangat pengembangan mommy akibat PE.

KANDUNGAN 27 WEEKS
Di ICU, Doktor2 Pakar turun, pantau mommy. Dari satu jenis ubat ke satu jenis ubat untuk reduce darah tinggi mommy. And mereka suruh mommy puasa sebab jika tak boleh control BP mommy, emergency operation. Okey, ini mommy dah sangat2 gerun. Tak pernah kene czer selama 6 kali pregnant. Mase ni, mereka lupe nak buat doppler scan untuk tengok kembali result pantauan 1 week before. Alhamdulillah, selepas berpuasa hampir 24 hours, BP reduce. Pindah ke ward biasa untuk pantau 1 week lagi dan try control BP and protein dalam urine. Oh ya, mase ni mereka ade buat ujian 24hours protein. Maksudnye, kene sukat brape ml air kencing, brape ml air minuman...Kemudian, air2 kencing tu dikumpul dalam 1 gelen untuk check. 1 week dalam ward...Ramai sangat operation...Main baby2...Join group ibu2 buyong melawat katil2 yang dah bersalin. Macam itik pulang petang. Huhuhu...Dalam masa yang sama, mommy masih sesak nafas. Dari hari ke hari makin worse...

KANDUNGAN 28 WEEKS
Petang 12 Oktober 2014, Doktor Pakar buat doppler scan...Mommy sampai tak cukup nafas baring untuk tunggu doktor scan. Lepas Doktor Pakar 1 scan, die panggil Doktor Pakar 2 (pangkat atas Doktor Pakar 1) scan plak. Lepas tu, panggil plak Doktor Pakar 3 (pangkat atas Doktor Pakar 1 & 2) scan dan perkara ini yang mommy taknak dengar...

Doktor Pakar 3: "Susah I nak terangkan pada puan. Harap banyak bersabar ye, puan...Sekarang ni, puan mengalami penyakit Severe Pre-Eklampsia. PE adalah disebabkan uri. Uri baby puan sudah lumpuh. Anak akan lemas bila2 masa sahaja. Kite terpaksa buat emergency operation. Jadi esok, pukul 8 pagi puan start puasa. Potensi untuk baby puan hidup adalah 50-50. Begitu juga puan. Jika berlaku sesuatu semasa operation, kami akan memilih untuk menyelamatkan puan dahulu. Jadi, puan perlu bersedia malam ni untuk terima semuanya ya.."
(Antara mereka berbincang sementara mommy...Menangis semahu2nya...)
Doktor Pakar 1: "Sabar ye puan...Kami cuba selamatkan kedua2nya ya..."
Mommy: "Saya pernah kehilangan anak lelaki saya masa kandungan 7 bulan...Saya belum bersedia untuk kehilangan yang ini...Saya tak mampu doktor...Saya tak mampu..."

Sepanjang malam tu, mommy takleh tdo...Mommy menangis dan terus menangis sehingga BP mommy naik menggila...Keputusan protein semua dah dapat . Memang btol, mommy kene Severe PE. Susahnyaaa nak terima. Dahla nak kene emergency operation. Half plak tu. Ya allah....Tak dapat mommy bayangkan cmne...Bile tau plak kehilangan anak tercinta buat KALI KE 2! Ya Allah....


13 OKTOBER 2014
Seperti biasa, Doktor2 Pakar membuat lawatan dari katil ke katil. Kali ni, berhimpun Doktor2 Pakar ke katil mommy. Mommy pon dah start puasa. Daddy pon dah sampai awal pagi. Tak putus daddy beri kata2 semangat pada mommy...Mommy takot nak operate. Daddy suruh mommy fikir Amni Azzalea...Mendengar Amni Azzalea menangis...Nak tengok Amni Azzalea rupa sape...Mommy cuba dan tros cuba kuatkan semangat sehingga mommy tertido. Pukul 2ptg, dikejutkan oleh nurse...

Nurse: "Bangun puan, bilik OT dah panggil. Salin baju...Tros ke bilik saringan untuk tanggalkan ring pessary. Kemudian, kita pasangkan tiub kencing dan makan ubat untuk tahan muntah."
(Bergegas mommy buat semua tu...Adalah sangat tidak selesa pasang tiub tu. Mommy asyik nak berdiri je tapi mommy langsung tak dibenarkan berdiri kerana BP mommy, tinggi...)
Daddy: "B tau mommy kuat...Kuatkan semangat ye sayang.."

Mommy ditolak ke bilik OT kecil...Dalam 20minit, Doktor Kartik decide pindah ke bilik OT besar sebab banyak pakar2 di sana. Kes Severe PE sehingga sesak nafas...Di dalam bilik OT besar plak, Doktor Pakar Anes merupakan kawan kakak ipar mommy, kakti. Die menceritakan bagaimana keadaan mommy masa tu, sangat2 cemas...Asyik nak turun katil, xnak baring, nak duduk dan paling semua bengang, mommy nak cancel operate. Last2 dipaksa gak tolak ke bilik untuk dibedah. Mommy di inject dibelakang, separuh sedar...Pastu baring. Mommy mintak tinggikan bantal sbb takleh tdo flat. Masalah sesak nafas. Tu pon takleh tahan lame. Sementara tunggu bius tu jalan..

Doktor Kartik: "U nak operate pnjg mane. Besar ni ke atau kecik ni (sambil tunjuk pnjg pendek operate tu)"
Mommy: "Ofcoz nak yang pendek"
Doktor Kartik: "Jgn risau, boleh pakai bikini". 
Hahahaha, sempat wat lawak ye.

Dah 10 minit berlalu...Bius xjalan sangat. Doktor Pakar Anes pon dah cemas sbb mommy still boleh angkat kaki2 mommy. Doktor cakap badan mommy ni kebal. Huhuhuhu! Mereka dah kelam kabut, panggil Doktor Pakar Anes lain plak. Decide nak buat full bius tp masalah mommy batuk trok, sesak nafas lagi. Takot masuk tiub dari mulut tros ke peparu akan menyebabkan jangkitan kuman pd peparu, batuk akan berpanjangan dan susah nak elok. Mereka bincang2 dan mommy plak doa supaya jalanlaaa bius tu supaya xfull bius. Doktor Kartik dan Doktor Eliza tros start sbb takot ubat bius abes. Apelagi, rase perot kene toreh, laser sampai bau hangit, rase tangan doktor tu korek2 dalam perot mommy, rase doktor clamp, semua rase. SAKIT GILER! Mommy siap jerit dalam mask, "Allah!" banyak2 kali sambil tangan sebelah kiri gengam kuat2 besi tutup kain tu. Mase baby nak kuar, Doktor Eliza cakap, "baby is coming! Ready semua"...Terasa baby keluar, mase jahit pon mommy rase sampai mommy tanye doktor, "bile nak abes jahit ni? Sakittt!!!" Nurse yg tolong tu, soh mommy sedut ape ntah, yang ni memang buat mommy lali...Mommy sedut banyak2 kali...Last2 mommy terlelap...Mase nurse cube tanggalkan tu, mommy sedar dan mommy cakap, "jangan tanggalkan". Nurse ckp, "dah siap dah"...Tros mommy dipasang oksigen, diberi ubat darah tinggi ikot insert kat tangan ni. Memandangkan bius mommy dalam bilik OT dah nak abes, jadi mase kat luar bilik OT tu, dgn mudah mommy ikot arahan nurse. Soh angkat kaki, tros mommy angkat. So, tros tolak mommy ke bilik ICU. Daddy pon dtg. Mommy tros tanye pasal Amni Azzalea. Tak ingat dah sakit semua. Hahaha...Daddy cakap, Amni Azzalea comel sangat. Hidungnya tinggi, dagu runcing, muka bujur sireh, jari tangan runcing, kaki mcm daddy, Amni Azzalea bukak mata...Daddy geletek kaki Amni Azzalea, deria geli berfungsi...Aktif walaupon baru masuk incubator. Asyik gerak je...Mommy pon tros nak tegakkan badan, nak bangun sbb nk g tgk Amni Azzalea. Nurse nampak, nurse tanye, "Nak g mane ni? Takleh gerak mane2. Esok baru boleh. Oksigen dan darah tinggi tak stabil ni". Boleh bayang tak kekuatan seorang ibu untuk melihat anaknya yang ditunggu2?
Daddy balik umah...Doktor Kartik yang operate mommy td, datang jenguk mommy di ICU. Doktor sampaikan beberapa perkara dan ape yang terjadi semasa operate:
a) oksigen drop sampai 80.
b) darah tinggi naik menggila sampai 200/120.
c) hysterotomy: rahim tak matang, terpaksa operate lagi dalam dan byk sangat jahitan. Next pregnancy, sebelum 34weeks, dah kene operate utk keluarkan baby. Kalo tak, rahim boleh pecah.
d) pendarahan usus. Usus terkeluar. Jahit2, banyak kuar darah. Jahit2, kuar lagi...Dah byk kali, tukar Doktor Eliza...Alhamdulillah, Doktor Eliza yg tu skali buat, tros okey...Sempat Doktor Eliza yang wat lawak kat Doktor Kartik td, "inilah bezanya orang beriman dengan orang yang tak beriman".
e) Next pregnancy, xboleh lagi bersalin normal.
Sebenarnye, Doktor Eliza tu nak ikat, tapi bile tengok umur mommy, muda lagi...So, xjadi ikat. Plus, doktor tak tanye persetujuan daddy...

Ha! Mase Doktor Eliza cakap "baby is coming!", mommy tanye doktor, "is she alive?"...
Sempat berborak jap sampai lupe sakit2 mase belah perot tu. Mase tu plak, perot blom berjahit ponnn...Begitu kental mommy hanya nak melihat anakanda yang tersayanggg... :)

Fresh from oven

14 OKTOBER 2014
Alhamdulillah, betul kata Doktor Pakar tu, after keluar je uri, sesak nafas pon reduce...BP semua reduce...Mommy bangun sendiri, buat latihan untuk peparu mommy, dah remove oksigen coz dah stabil...Daddy awal pagi dah datang...Melawat mommy dan Amni Azzalea. Jeleslaaa mommy dengan daddy sebab die dapat tengok dari keluar lagi. Tapi sayangnya, daddy tak snap banyak2 gambar Amni Azzalea...sob sob sob...Dapat tengok dari tepi je...Lepas dah tengok Amni Azzalea, mulela die cerita ke'aktif'an Amni Azzalea tu. Eeeeee geramnyaaaaa! Mommy takleh lagi dibenarkan tengok. Besok baru boleh gi tengok. Tunggu BP cantek, baru boleh. Tapi mommy dah bangun2, jalan2...Tak cukup 24hours, dah remove tiub kencing, jarum kat tangan...Itulah kekuatan seorang ibu untuk melihat anaknya. Nampak tak betapa tak sabarnye nak tengok Amni Azzalea secara LIVE! Nak sentuh2. Betul ke sebijik muka mommy? Memiliki hidung lagi mancung dan tinggi dari mommy? Betul ke memiliki dagu lebih macam mommy? Betul ke memiliki muka bujur sireh seperti mommy atau mungkin lagi cantik dari mommy? Tak sabarnyeee...Petang2 sket, mommy dipindahkan ke ward biasa. Mommy pindah sendiri. Daddy datang jap je untuk alih2kan barang2 mommy. Lepas tu, die g tengok Amni Azzalea lagi. Ini buat mommy geram. Huhuhu! Sepanjang malam, every 1 hour, mommy perah2 susu walaupon keluar nya sesudu kecik je. huhuhu...Takpela, janji hadoooo....Kene rajin dan semangat untuk bagi kat Amni Azzalea untuk Amni Azzalea cepat sembuh...Cepat keluar dari NICU. Ketika ini, mommy tidak putus2 doakan kesembuhan Amni Azzalea. Dilahirkan pra-matang pada 7bulan, tidak cukup berat dan mengalami masalah oksigen dari dalam kandungan lagi kerana penyakit Severe PE mommy tu....

15 OKTOBER 2014
Hari yang ditunggu2...Asyik sms daddy suruh datang cepat sebab mommy tak sabar nak tengok Amni Azzalea. Tiba masa dapat g tengok, Ya Allah....Indahnyaaaa cipataanMu, Ya Allah...Cantiknyaaaa Amni Azzalea...Sangat2 comel. Betul kata daddy, hidungnya tinggi, dagunya lebih macam mat saleh, mukanya bujur sireh. Alhamdulillah....Tapi terpalit rase sedih apabila melihat Amni Azzalea kena penyakit kuning dan ade secalit darah di matanya. Terus hati mommy tak sedap. Tapi mommy sangkalkan perasaan tu dan mendoakan yang terbaek untuk Amni Azzalea. Mommy tak putus2 doakan Amni Azzalea, diberikan kesembuhan walaupon hakikatnya, Allah SWT sahaja yang tau perasaan mommy. Pertama, bayi pra-matang kena kuning boleh merumitkan kesembuhannya dan Kedua, secalit darah di mata tu seolah2 ada penyakit yang tersembunyi. Apabila melihat ventilator tahap maksimum sudah diberi pada Amni Azzalea baru Amni Azzalea SPO2 95%-100%. Ini pon merunsingkan mommy...Mommy main2 usik seluruh tubuh Amni Azzalea....Ya Allah, seronoknyaaaa perasaan tika itu...Kasih sayang mencurah2...Mommy sampai taknak balik, nak duduk je kat Amni Azzalea. Puas daddy pujuk mommy suruh balik ward. Seronok sangat usik2 Amni Azzalea. Daddy cakap, "dahla sayang..esok kita tengok lagi. Hari2 kita tengok Amni...Nanti die sejuk sebab terbuka je pintu incubator tu. Nanti kuman pon masuk. Anak kita kan pra-matang..." Mommy akur dan redha...Terus mommy balik ke ward...

Malam tu, sedang leka mommy borak2 dengan jiran katil mommy, tiba-tiba...
Kring Kring! Kring Kring!
Nurse angkat phone...Nurse panggil, "Siapa Nur Ayuni?"
Mommy pon angkat tangan. Nurse pon cakap, "Saya dapat panggilan dari NICU A4. Boleh call suami untuk datang sekali? Doktor Pakar kanak2 nak jumpe. Awak saya hantar ke sane.."
Mommy call daddy suruh datang cepat sementara mommy dah pon ke sana..

Sampai di sana, doktor pakar sudah menunggu...Mommy tros ke incubator Amni Azzalea...Mommy usik2 die dan ade sesuatu perasaan yang tak sedap semasa mommy menyentuhnya. Apekah sebenarnya Amni nak beritahu mommy ni??? Doktor Pakar kanak-kanak menghampiri mommy...

Doktor Pakar: "Puan Nur Ayuni?"
Mommy: "Ye, saya...Ade perkara buruk ke yang terjadi pada anak saya?"
Doktor Pakar: "Ada suami beritahu bagaimana keadaan sebenar anak puan? Suami dah berjumpa doktor ke belum?"
Mommy: "Suami saya cuma cakap, anak saya aktif dan okey"
Doktor Pakar: "Okey? Bermakna suami awak blom berjumpa dengan mane2 doktor selama 2 hari ni. Awak czer?"
Mommy: "Ye, saya czer...Emergency Op sbb Severe PE.."
Doktor Pakar: "Begini puan...Anak puan sebenarnya tidak okey seperti yang suami puan beritahu walaupun puan melihat dia aktif. Jika dilihat, SPO2 pon dah semakin menurun antara 80%-88% sahaja walaupon sudah menggunakan mesin ventilator dan oksigen paling maksimum. Semua ubat2 telah dinaikkan ke tahap maksimum. Dan disebabkan oksigen dalam badannya tidak mencukupi, darah2 beku mula terkumpul di kepala anak puan sejak dalam kandungan lagi. Dan sekarang anak puan mempunyai pendarahan dalam otak stage 4. Saya panggil puan untuk maklumkan kerana saya menjangkakan masanya tidak panjang. Saya taknak nanti puan dan suami terkilan kerana tidak dapat spent masa untuk saat2 terakhir bersamanya..."
(Mommy menangis2 mendengarkannya...)

"Ya Allah, dugaan apakah ini. Hanya hari ni sempat aku bermain dengan anakku..."

Daddy sampai dan menerangkan semula pada daddy...Mommy dan daddy lepak diluar NICU. Terduduk kaku, diam membisu...Tak tahu cmne nak ungkapkan perasaan tika itu. Nak berdoa macam mana. Bayangkan, jika kita diberi beberapa jam sahaja lagi untuk hidup, ape yang kita akan buat? Mesti kite nak buat solat taubat, memohon ampunkan dosa semahu-mahunya. Begitulah kami...Sujud kepada Allah, berdoa sehingga tertidur dan kemudian terbangun, sambung doa...Tak putus2 doa untuk kesembuhan Amni Azzalea. Mengharapkan secebis keajaiban berlaku. Mommy tdo2 ayam malam tu. Setiap kali deringan telefon di ward, mommy terjaga...Mommy takot kalo panggilan tu untuk mommy...Daddy balik rumah. Puas mommy pujuk suruh daddy duduk teman Amni Azzalea...Mommy takot daddy tak sempat datang..

16 OKTOBER 2014
Pukul 10pagi dapat panggilan dari NICU A4. Kali ni, nurse menelefon handphone mommy. 

Nurse: "Puan Nur Ayuni...Anak puan sudah nazak...Datang segera ke A4"
(Mommy menjerit pada nurse2 di situ untuk mintak hantar mommy ke A4)

Mase ni, mommy dah menangis gile2. Paling geram, boleh nurse sorang tu tinggalkan mommy depan ward. Kata ade nurse lain hantar. Mommy menjerit, "Sape nak hantar saya ni ke A4?! Anak saya nazakkkk. Tolong hantar saya sekarang!"

Barulah datang sorang lagi nurse...Tolak mommy sehingga depan NICU, A4...

Mommy tros jalan laju ke Amni Azzalea. Menangis2 mommy semahu2nya...
Mommy: "Ya Allah...Amni....Jangan tinggalkan mommy, Amni...Istimewa sangat Amni pada mommy dan daddy...Amni...Maafkan mommy, kalo dari awal mommy tau mommy kene PE, mommy akan cuba sedaya upaya untuk control PE mommy...Amniii sayanggg....Mommy, daddy, kakak, abang sayangggg Amni. Nape Amni pilih untuk bersama abang Rizqin, Amni?"

Tiba2, doktor pakar kanak2 datang...
Doktor Pakar: "Puan, nak pegang anak?"
Mommy: "Nakkk..."
(Nurse bawak keluar Amni Azzalea ke pangkuan mommy)
Mommy terus cium2 Amni Azzalea...Mommy letak Amni Azzalea di dada mommy...
Nurse: "Selesanyaaaaa dia bile dah duduk di pangkuan maknya..."
Mommy: "Ya Allah...Untuk kali ni, berikanlah kesembuhan ke atas anakku, Putri Nur amni Azzalea. Berikanlah keajaiban...Berikanlah aku sedikit masa untuk melihatnya membesar...Jika Engkau tidak izinkan, berikanlah aku kekuatan untuk menerima dugaanMu ini. Dan aku redha dari melihat anakku ini bertarung melawan sakitnya..."

Tidak putus2 mommy bercakap pada Amni Azzalea depan nurse, doktor...
Tidak putus2 mommy cium Amni Azzalea dan usik2nya...
Tika ini, daddy masih tidak sampai2. 
Puas mommy cakap dengan Amni Azzalea, "Tunggu daddy, sayang...jangan pergi dulu...tunggu daddy sayang...."

Mommy berbisik lagi pada Amni Azzalea, "Amni....Amni ni sangat indah buat mommy dan daddy...Mommy nak Amni tau yang mommy, daddy, kakak dan abang sayaaaaangggg sangat2 kat Amni. Kakak dan abang tak sabar2 nak tunggu Amni balik rumah. Kakak dan abang tak sabar nak main dengan adiknya...Amni la...Mesti berebut2 nak main Amni. Tapi Amni...Allah lebih sayangkan Amni dari kami semua...Tunggu mommy daddy kat sane ye, Amni...Mommy redha kalo Amni pilih untuk tinggalkan kami. Mommy tau, di dalam kandungan lagi, ketika ditiupkan roh, kita boleh pilih untuk melihat dunia, melihat dunia sementara dan tidak melihat dunia. Abang Rizqin pilih untuk tidak melihat dunia...Amni plak pilih untuk melihat dunia sementara, untuk mengubati kelukaan kami..."
Berulang2 kali mommy bisikkan pada Amni Azzalea diselang selikan dengan ayat Syifa...

Anak mata Amni Azzalea kejap pandang mommy, kejap anak mata ke atas...
Mommy tau, Amni Azzalea tak lama je lagi...
Tiba2 Amni Azzalea menangis, mommy pujuk sambil nyanyikan, "Subhanallah walhamdulillah wala ila haillah wallahu akbar"...
Amni Azzalea gerakkan kepala bila belakang kepalanya tidak selesa. Maafkan mommy, jika mommy terpegang tempat sakit...
Lama kelamaan, tangan dan kaki Amni Azzalea lemah...Matanya pon mula ke atas...

1 jam Amni Azzalea dipelukan mommy dan akhirnya Amni Azzalea menghembuskan nafasnya terakhir di pangkuan mommy...Mommy panggil nurse...Doktor datang...DAN..

Doktor: "Maafkan saya puan, anak puan telah pergi.."
Mommy: "Amniiiii!!!!!!...Ya Allah, Amniiiii.....Innalillahiwainnahirojiun..."
Daddy pon sampai...
Mommy: "Daddy...Amni dah tinggalkan kite....Amni tak dapat nak tunggu daddy...Lame sangat daddy nak sampai....Anak kita dah pergi..."
Daddy menangis...
Mommy menangis...
Ibu pon menangis...

Kami semua diminta tunggu diluar NICU sementara mereka cabut semua wayar dan bungkus Amni Azzalea...Tak lama kemudian, kami dipanggil...

Pegang Amni Azzalea tanpa seurat wayar, bersih...Ya Allah, indahnyaaa....
Semua pegang2, cium2...Ibu cakap, "Comelnyaaa Amni ni long...Tinggi btol hidung Amni ni, kalah ibu dan onyang die...dagu mat saleh die amek ni...Comel btol...Untung ko, long... Dah sepasang kat syurga. Tiket tros ke syurga ni..."

Selepas semua puas pegang2 dan cium2 Amni Azzalea buat kali terakhir, Amni Azzalea dihantar ke bilik mayat untuk uruskan jenazahnya. Sementara abang ipar mommy, abang jik uruskan tanah kubur untuk urusan pengebumiannya. Terima Kasih abang jik sebab dapatkan tanah kubur selari dengan abang Amni Azzalea, Arwah Che Muhammad Danish Rizqin...Daddy plak uruskan keluarkan mommy dari hospital...

Setelah semua selesai...Kami balik dan berjumpa di bilik mayat. Batrisyia dan Aqil pon datang, abang jik yang ambil mereka dari taska...Kami bersama2 membawa jenazah ke tanah kubur. Mommy pegang jenazah bergilir2 dengan ibu...Batrisyia dan Aqil pon dukung Amni Azzalea...

Batrisyia: "Mommy, nape bungkus Amni? Amni mati ke mommy? Kakak nak Amni, mommy..."
Aqil: "Mommy mommy mommy...Amni sama macam Rizqin ke?"
Mommy: "(Dengan perasaan sedih) Ye sayang...Amni dah takde...Amni dan Rizqin kat syurga...Mereka takde bersama kita"
Batrisyia: "Syurga tu best ke mommy?"
Aqil: "Syurga tu banyak mainan tak mommy? Aqil nak bagi mainan kat Rizqin..."
Batrisyia: "Kakak pon...nak bagi mainan kat Amni..."
Mommy: "Dekat syurga, Amni dan Rizqin dijaga oleh Nabi Ibrahim A.S sayang...Mereka bermain2 dalam syurga. Syurga tu besttt...Penuh mainan, makanan, minuman...Apa saje mereka nak, semua dapat...Satu hari, kita semua pasti ke sana. Kakak dan Aqil kene jadi anak yang baik, dengar cakap ibu bapa, dengar suruhan Allah...Baru boleh pergi syurga.."
Batrisyia dan Aqil: "Bestnyaaaaaaa syurga!"

Sesampai di tanah kubur...(Tok Adi takde)
Sebelum turun ke liang lahad, kami semua dibenarkan melihat Amni buat kali terakhir. Sudah tentu Batrisyia dan Aqil paling excited untuk melihatnya...
Selepas baca doa, kami semua pulang...Pulang dengan kegembiraan dan juga kesedihan..

Mommy dan daddy puas dapat melihat Amni Azzalea, dapat bermain seketika dan paling mommy puas, dapat peluk Amni Azzalea di saatnya nazak dan menghembuskan nafasnya terakhir di pangkuan mommy...

AR 552 - Che Muhammad Danish Rizqin, AR 581 - Putri Nur Amni Azzalea
Di malam hari, kami bercerita mengenai Amni Azzalea...Jiwa kosong ketika itu. Begitu pantas semuanya berlaku. Seperti baru semalam melahirkan Amni Azzalea. Luka di dalam perot masih berdarah, Amni Azzalea meninggalkan mommy. Daddy dapat bersama Amni Azzalea selama 3 hari manakala mommy, sehari sahaja...Walaupon sehari, ia cukup bermakna pada mommy apabila Amni Azzalea nazak dan menghembuskan nafas terakhir dipelukan mommy...

Kini, sudah sepasang anak syurga kami...
Jika semua bertanya, sudah berapa anak kamu?
Dengan bangganya kami menjawab, "Kami mempunyai 4 orang anak, 2 orang di dunia dan 2 orang di syurga"
Putri Nur Batrisyia
Che Muhammad Danish Aqil
Arwah Che Muhammad Danish Rizqin
Arwah Putri Nur Amni Azzalea

Siti Khadijah juga pernah kehilangan 3 orang puteranya...
Hasil dari kesabarannya ialah jalan ke Syurga dan hijab dari api neraka. 
Sabda Nabi S.A.W yang bererti: "Tidaklah ada dari kamu seorang perempuan yang mati tiga orang anaknya, melainkan anak-anaknya itu menjadi hijab baginya (bagi perempuan itu) dari Api Neraka". Seorang perempuan telah bertanya, “Sekiranya dua orang?”. Sabda Rasulullah S.A.W: "Walaupun 2 orang". 
Sabda Nabi S.A.W yang bererti: “Tidaklah ada dari dua orang muslim (sepasang suami isteri) yang kematian tiga anaknya yang belum sampai umurnya melainkan dibawa anak-anak itu pada Hari Kiamat sehingga ke pintu Syurga, lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu semua ke dalam Syurga". Mereka menjawab: "Kami tidak akan masuk sehingga ibubapa kami masuk”. Lalu dikatakan kepada anak-anak itu: "Masuklah kamu semua dan juga ibubapa kamu". 
InsyaAllah, janji Allah SWT itu pasti.

Allah SWT telah memilih kami berdua untuk ujian sehebat ini...
Tandanya Allah SWT sangat sayangkan kami...
Di setiap ujianNYA, Allah SWT menaikkan darjat kami..
Dan kematian anak2 kecil merupakan syafaat kecil buat kami...
Untungnya kami...Bersyukurnya kerana kami yang Allah SWT pilih dari ramai2 hambaNYA...

Pergilah sayang Putri Nur Amni Azzalea menemui Allah SWT dengan tenang...Mommy dan daddy redha...Akan tetapi, kesedihan itu tetap ada kerana perasaan itu yang Allah tinggalkan untuk kami apabila rindukan kamu berdua...
Sayang Putri Nur Amni Azzalea...Kamu akan dijaga oleh Nabi Ibrahim A.S...Beliaulah penjagamu sehingga di hari kebangkitan kelak. Di saat itu, kamu dan abangmu, Che Muhammad Danish Rizqin akan berhenti bermain dan teringat akan kedua orang tuamu, iaitu mommy dan daddy...
Bermainlah kamu dengan abangmu, Che Muhammad Danish Rizqin...Jangan gaduh2 ye?
Tunggu mommy dan daddy ye...
Doakan kami dari sana semoga kami di dunia ini, tabah dan kuat dalam menghadapi semua ujian2 Allah SWT untuk berjumpa kamu berdua di sana....
Doakan juga untuk kakakmu, Batrisyia dan abangmu, Aqil agar mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah agar memudahkan jalannya untuk menemui kita semua di syurga kelak...
Aminnn...

Salam sayang,
Mommy Ayu



2 comments:

Unknown said...

Semoga tabah hadapi dugaan allah dear. Sangat kuat mommy amni dan danish ni.

www.mysecretvitamin.blogspot.com.my

EdaDarus said...

salam ayu, sedih sy membaca kisah ayu. Membuat sy teringat kembali kisah saya 2 thn yg lepas. Saya kehilangan twins adam dan adib ketika sy hamil 20 minggu. pagi tuh sy sakit dibawah, sy travel 8jam dan smpai jb terus turun darah. Pintu dah buka, 3 ari warded dan saya bersalinkan mereka. hanya berkesempatan beberapa minit mendengar mrk menangis dan bergerak sblm mrk meninggalkan kami selama2nye.. dan srkarang sy hamil 17weeks. Masih dipantau pakar hsa. Ikutkan hati kami nk buat cerclage terus, tp doc ckp baru gugur srkali. Allah, ati sgt berdebar tiap saat. Takut srjarah berulang kembali. Doakan saya dan bayi selamat ye ayu. Sudah 5 tahun kahwin dan masih tiada zuriat. Yg ade 2 putera syurga kami.😢