Friday, August 19, 2011

4th Anniversary

Alhamdulillah...Syukran Ya Allah....

Engkau telah menemukan dua hati menjadi satu, 
Engkau telah memanjangkan lagi jodoh kami dan 
Engkau telah memberi kami ketabahan, kesabaran, persefahaman kepada kami untuk menempuh segala ujian yang Engkau turunkan kepada kami...

Mengimbas kembali kenangan di saat mata bertentang mata di sebalik tiang dan kereta, lalu pandangan itu terus menembus ke dua hati, maka lahirlah sebuah cinta yang dinamakan "First love at the first sight". Tahun 2004 kami berkenalan selama 2 bulan, kemudian berpasangan (couple) pada 15 September 2004, mengikat janji dengan tali pertunangan pada 3 Jun 2006 dan bersatu hati, jiwa dan raga pada 19 Ogos 2007. Kini, sudah 4 tahun kami melayari bahtera bersama. Pelbagai dugaan dan ujian yang kami tempuh dan setiap satu nya membuatkan kami menjadi lebih dewasa. 

Syukran Ya Allah, 
Engkau memberi rezeki dan nikmat kepadaku untuk merasai kehamilan.
Syukran Ya Allah,
Engkau panjangkan umurku dan anak-anakku dengan selamat melahirkan mereka berdua walaupun melahirkan mereka pada 35 minggu (pre-mature) dan anak-anakku lahir dengan sihat dan sempurna!
Syukran Ya Allah, 
Engkau kurniakan suami yang sangat baik untuk ku, bertanggungjawab dan sangat penyayang dan paling penting suamiku memanduku ke arah jalan yang benar...

Sob...sob....sob...Terharu mommy...

Okla, mari kita ceria semula. Dah 4 tahun mommy kawen dengan daddy. Banyak pahit getir yang kami lalui bersama dan Alhamdulillah, dengan berkat dan keredhaan Allah, panjang jodoh kami. Setiap hari kami tak pernah lupa untuk berdoa agar dipanjangkan jodoh kami berdua, hanya maut sahaja memisahkan kami...Di sepanjang 4 tahun kawen ni, kami ade dua orang anak. Namanya Putri Nur Batrisyia (3tahun & 3bulan) dan Che Muhammad Danish Aqil (2tahun & 2bulan)...Yang zuriat sulong tu, mommy bunting pelamin tau. ehhehe...rezeki, rezeki...Ibu mommy, 4 tahun kawen baru dapat mommy. sob sob sob...Itu semua rezeki...Kita hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi hanya Allah tentukan segalanya....



Semalam...
Daddy: mommy nak hadiah ape?
Mommy: nak bagi hadiah ke tahun ni? (Dah 2 tahun tak terima hadiah anniversary dari daddy. Last pon dapat gelang emas 916 je. Tu cover utk 2 tahun tu. huhuhu)
Daddy: yelaa, daddy nak bagila ni...
Mommy: (buat muka comel kat daddy). Mommy nak hp Nokia C3 je...
Daddy: nak itu je?
Mommy: Yup!
Kami pon pergi beli...

Dikala isteri lain sebok mintak iphone, ipad, barang kemas, mommy nak hp Nokia C3 jerk??? Haaa...nak tau sebab ape? sebab hp tu je yang ade warna pink. Mommy kan addicted dengan warna pink...Tengok gambar bawah ye...






Haa...tu baru skek barang pink mommy tunjuk. ade banyak lagi. takot tak muat pulak dalam ni nak tayangkan kat korang. huhuh...


Okla yerp...sampai sini jela entry mommy kali ini...Mommy harapkan, anda semua doakan yang terbaek untuk kami yerp... :)


Monday, August 15, 2011

Alahaiii menitik air mata mommy

Pagi ini mommy buka facebook seperti biasa. Jumpa pula satu link ni ---> http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/3387-qabang-tunggu-mak-di-syurga-yaq.html. Mommy pon mula membacanya....Alahai sedeynyeee cerita ini. Buat menitik air mata mommy ni. Besarnya pengorbanan seorang ibu itu. Mommy tabik springgg doiiing doiingg kat makcik ni. Sangat tabah! Tak boleh mommy bayangkan kalau mommy tempat makcik ni. 


Makcik, Allah telah memilih makcik untuk tempuh dugaan seperti ini kerana Allah tahu kemampuan makcik untuk menganggung dan mengharungi dugaan itu dengan penuh sabar, redha dan tabah! Kagum saya dengan makcik kerana berjaya tunaikan tanggungjawab yang Allah berikan dengan sangat sempurna...Semoga roh arwah dirahmati Allah. Abang penghuni syurga!

Lukis dan warna dalam Adobe Photoshop

Haaa...hari ini mommy nak beritahu semua orang yang mommy dah boleh buat cartoon buatan mommy sendiri mengikut kekreatifan sendiri. Mula-mula mommy lukis atas kertas A4 dulu. Kemudian mommy snap lukisan mommy sendiri. Lepas itu, mommy transfer dalam lappy mommy...

Nila rupanya mommy lukis. Pakai pensil jer...

Untuk warnakan kartun mommy lukis itu, mommy guna Adobe Photoshop CS3. Mommy hanya gunakan Pen Tool sahaja untuk mewarnakannya. Sebelum mewarnakannya, anda perlu peka dengan layer. Create new layer before you colouring the toons...Berhati-hati ye, adobe ni bermain dengan layer. So, kenela peka....

Setelah 2 jam, inilah hasilnya....tarrrraaaaa....

Amacam? comel tak lukisan mommy setelah diwarnakan?


Anda bagaimana? Cubala ye...Pastu tunjuklah pada mommy yerp...Bye~~~

p/s: terima kasihla kepada belog cap ayam kerana sediakan tutorial. Mommy cuba banyak kali tau tapi xboleh kalahkan cute cartoons kamoooo....

Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah...

Haa...tengok tajuk entry pon, orang akan tahu, kita sedang mensyukuri rezeki yang diberi oleh Allah SWT. Mommy dengan muka masam datang ke kedai ITB sebab bertekak dengan seseorang tu pasal loan rumah dan streamyx. Ingat everything boleh settle hari ni tapi tak boleh la pulak. Hermmm...sampai je di kedai, mommy ternampak satu surat khas untuk mommy. Dari UTM la...Yuran mommy ke? Berdebar2 mommy nak bukak macam surat cinta la pulak. huhuh


Bila mommy bukak, mommy terkejut...Ooooo, result mommy rupenya...Alhamdulillah. Walaupon dah tahu dari online tapi mommy lebih suka yang dihantar ni. hehehe...


Yang bahagian IC tu, mommy blurr kan yerp. Bahaya...Next sem, mommy dah Final Year kalau mengikut jadual mommy. Ikutila pengembaraan mommy kalau nak. hehehe

Okla yerp, tu je entry mommy kali ni...Bye Bye :)




Thursday, August 4, 2011

sistem oooo sistem

Lepas je entry tadi, mommy tiba2 je nak cerita pasal sistem yang mommy nak buat kali ni. Tahukah anda di sebalik sistem canggih yang anda guna tu berapa ribu lines coding yang tersimpan? Banyakkkk....Sedangkan buat statistik simple je dah memerlukan hampir 3000 lines coding. Belum masuk yang guna graf. Mommy ni kalau dah start buat sistem, seperti ada gam punggung mommy ni. Sampai lupe nak mandi, makan dan urus rumah. Tapi bila daddy balik keje, mommy reti plak stop. Yela kan, sesibuk mana pon, daddy laaa keutamaannya. My lil princess and prince??? Haaa...mereka gemar mengacau mommy sedang buat keje. Terutama my lil prince, aktif sangat. Ada masa, mereka tertido disebelah lappy mommy. Penat tengok mommy wat keje. Mommy plak jenis akan gantikan masa keje mommy dengan membawa mereka berjalan2 walaupon sekadar ke taman permainan. Mommy pentingkan masa bersama anak2 dan suami. Dalam masa yang sama, mommy nak ucapkan ribuan trima kasih kepada ibu mommy yang banyak tolong mommy jaga anak2 mommy. Chewah! Macam nak terima anugerah ibu mithali plak. huhuhu...takdela, disebalik setiap kejayaan mommy, terselit ibu yang slalo tolong mommy jaga anak2.

Eh, dah lari topik ni. Berbalik pada tajuk entry kita, mommy sekarang bekerja di bawah seorang pensyarah UTM, Puan Norah yang bakal menerima PHD tak lama lagi. Mommy amek keputusan untuk quit jadi pensyarah di Cosmopoint kerana untuk mengejar cita2 mommy. Mommy plak dah sem 3 Master dan kene buat research. taught course dah abes...My result is so awesome! Mommy capai azam mommy tahun ni. Untuk research part, mommy dah fikir tajuk mommy tu tapi banyak nak kene baca international and local journal untuk pastikan tajuk mommy tu merupakan masalah yang runcing, barula boleh datang dengan idea sistem yang baru untuk mengatasi masalah itu. Tapi sampai sekarang mommy asyik buat keje Pn Norah bagi. waaaaa! Mommy kene belajar bahagikan masa ni. Sekarang, dah tambah keje mommy iaitu berblogging la plak sejak baca blog2 orang laen. hermmm....

First task yang diberi oleh Pn Norah, buat Book Chapters. Haish, mommy ni dahla lomah bab penulisan ni. Tapi xpe, untuk dapatkan pengalaman macam tu bukan senang kan? So, mommy berjaya buat dan abeskan sebelum due date nye...Second task, Pn. Norah upah mommy buat Online Survey System yang bernilai RM1300 je mommy amek. Sebenarnya, harga die RM1500 tapi mommy bagi diskaun la...hehehe...So, sistem tu mommy siapkan dalam masa 2 hari jer and dekat 3000 lines coding math mommy buat. Buat sendiri tau! xde gune editor ke hape ke...S.E.N.D.I.R.I...Next project, Pn Norah upah sekali lagi mommy untuk buat PAITS system. Ape tu??? Haaaa...Mommy pon xingat nama panjangnye. muahahahah! Tapi apa yang mommy bleh cakap ialah, sistem tu untuk identify pedagogy and andragogy using cognitive domain and IRT. Apa jadahlaa benda tu??? Ok, pedagogy dikaitkan dengan umur dibawah 18 tahun manakala andragogy untuk orang dewasa. Sistem tu akan dapatkan menentukan tahap pemikiran seseorang. Cognitive domain dan IRT tu try tanya pakcik google la ye kalau nak tau. So, mommy kene wat sistem tu sebagai E-learning, ada bank soalan, ada rekod keluar masuk pengguna, ada rekod berapa lama sesorang tu duduk dalam web page kita, ada video dan macam2 lagi. Sistem tu kena la intraktif kan? so, mommy baru je buat skek je dek non....baru je design template. tapi design template takdela se"cute" belog cap ayam. Berpadanan laa dengan sistem mommy. Nanti bila siap, mommy tunjuk screenshot yerp...Agak2 korang, berapa harga untuk sistem tu? Nak kene buat invoice dah ni nak bagi kat Pn. Norah...Setelah mommy tanye kepada yang pakar dalam bidang ni, die berkata harga sistem yang mommy nak wat ni RM5600. Kalau mommy nak bagi diskaun terpulang kepada mommy. Memang hebat sifu mommy tu, bleh imagine dah sistem yang mommy describe tu. Ape2 pon, mommy ingat nak buat dua bill untuk separate kpd 2 bulan. Lepas siap sistem ni, mommy kene wat ape plak? ade lagi ke extra income mommy ek??? 

Mommy dari zaman belajar diploma lagi dah amek tempahan wat sistem yang simple2. Time tu belom fames PHP ni. Tapi mommy dah score. so, banyak tempahan wat sistem utk Final project diploma and degree...Perbuatan ini dilarang ye adik adik sebenarnye. Disebabkan kesian kat dieorang yang bakal tersenarai dalam pelajar failed final project, mommy tolong gak tapi berbayar ye dek non...Kegemaran mommy wat sistem sampailaa ke hari ini. Kalau request gune bahasa laen pon, mommy akan buat becoz mommy fast learner...Mudah baca bahasa programming ni...Sebelom buat sistem, mommy suke verangan dulu. ehhehe....

Okla, dah banyak ni. Untuk tatapan semua, mommy letakkan orang2 yang banyak memberi semangat kepada mommy yerp...

 Mommy, Batrisyia (Kak debab), Ibu, Daddy, Aqil (Deq Kenit)

 Daddy dan Mommy di kedai ITB

Gile baca blog orang!

Wahh...setelah lame mommy tak hapdate, tetibe rase nak hapdate. ni semua penangan dari bace blog orang la...Sanggup tu mommy bace dari mule blog mereka wujud sampai abes. Daddy pening tengok mommy yang asyik bace blog. "Blog ni lagi??? tak penat ke baca tu mommy? keje mommy bile nak siap???"...Tula ayat daddy...Sorryla daddy ye, mommy tetibe addicted dengan blog dieorang xspecially yang blog comey2 secomey orangnye. huhuh...Okla, blog yang mommy dok addited tu ialah blog:



Blog ni mommy suke sebab elemen-elemen kartun yang die gunakan tersangaaaatttt la comey. entry die pon besh gak.

Blog ni plak buatkan mommy tau perkara2 yang tak penah mommy amek tau. memang xrugi la bace blog ni.

Blog ni mommy jumpe sejak asik pasal die kuar wall facebook. tak kenal KF tu tapi bile bace blog die, baru laaa mommy kenal. Sejak 2, 3 menjak ni citer mereka sedang hangat. Mommy sanggup bace dari 1st entry die tau becoz nak tau dari mule. Tapi mommy xmo komen apa2 pasal relationship die. :)

Secara kesimpulannya, mommy xbuat sistem lagi. waaaaa! Tengok, mommy abaikan kerja mommy. Design template dah wat. Start with coding. Mommy, tolong buat keje ok. Jangan asyik baca blog orang jerk. Bak kata daddy, "apala yang nak dikaji kat blog orang tu???"....Dah nama pon amek master, so memang slalo main research2 ni. hahahahah! Jangan marah yerp...