Thursday, August 4, 2011

sistem oooo sistem

Lepas je entry tadi, mommy tiba2 je nak cerita pasal sistem yang mommy nak buat kali ni. Tahukah anda di sebalik sistem canggih yang anda guna tu berapa ribu lines coding yang tersimpan? Banyakkkk....Sedangkan buat statistik simple je dah memerlukan hampir 3000 lines coding. Belum masuk yang guna graf. Mommy ni kalau dah start buat sistem, seperti ada gam punggung mommy ni. Sampai lupe nak mandi, makan dan urus rumah. Tapi bila daddy balik keje, mommy reti plak stop. Yela kan, sesibuk mana pon, daddy laaa keutamaannya. My lil princess and prince??? Haaa...mereka gemar mengacau mommy sedang buat keje. Terutama my lil prince, aktif sangat. Ada masa, mereka tertido disebelah lappy mommy. Penat tengok mommy wat keje. Mommy plak jenis akan gantikan masa keje mommy dengan membawa mereka berjalan2 walaupon sekadar ke taman permainan. Mommy pentingkan masa bersama anak2 dan suami. Dalam masa yang sama, mommy nak ucapkan ribuan trima kasih kepada ibu mommy yang banyak tolong mommy jaga anak2 mommy. Chewah! Macam nak terima anugerah ibu mithali plak. huhuhu...takdela, disebalik setiap kejayaan mommy, terselit ibu yang slalo tolong mommy jaga anak2.

Eh, dah lari topik ni. Berbalik pada tajuk entry kita, mommy sekarang bekerja di bawah seorang pensyarah UTM, Puan Norah yang bakal menerima PHD tak lama lagi. Mommy amek keputusan untuk quit jadi pensyarah di Cosmopoint kerana untuk mengejar cita2 mommy. Mommy plak dah sem 3 Master dan kene buat research. taught course dah abes...My result is so awesome! Mommy capai azam mommy tahun ni. Untuk research part, mommy dah fikir tajuk mommy tu tapi banyak nak kene baca international and local journal untuk pastikan tajuk mommy tu merupakan masalah yang runcing, barula boleh datang dengan idea sistem yang baru untuk mengatasi masalah itu. Tapi sampai sekarang mommy asyik buat keje Pn Norah bagi. waaaaa! Mommy kene belajar bahagikan masa ni. Sekarang, dah tambah keje mommy iaitu berblogging la plak sejak baca blog2 orang laen. hermmm....

First task yang diberi oleh Pn Norah, buat Book Chapters. Haish, mommy ni dahla lomah bab penulisan ni. Tapi xpe, untuk dapatkan pengalaman macam tu bukan senang kan? So, mommy berjaya buat dan abeskan sebelum due date nye...Second task, Pn. Norah upah mommy buat Online Survey System yang bernilai RM1300 je mommy amek. Sebenarnya, harga die RM1500 tapi mommy bagi diskaun la...hehehe...So, sistem tu mommy siapkan dalam masa 2 hari jer and dekat 3000 lines coding math mommy buat. Buat sendiri tau! xde gune editor ke hape ke...S.E.N.D.I.R.I...Next project, Pn Norah upah sekali lagi mommy untuk buat PAITS system. Ape tu??? Haaaa...Mommy pon xingat nama panjangnye. muahahahah! Tapi apa yang mommy bleh cakap ialah, sistem tu untuk identify pedagogy and andragogy using cognitive domain and IRT. Apa jadahlaa benda tu??? Ok, pedagogy dikaitkan dengan umur dibawah 18 tahun manakala andragogy untuk orang dewasa. Sistem tu akan dapatkan menentukan tahap pemikiran seseorang. Cognitive domain dan IRT tu try tanya pakcik google la ye kalau nak tau. So, mommy kene wat sistem tu sebagai E-learning, ada bank soalan, ada rekod keluar masuk pengguna, ada rekod berapa lama sesorang tu duduk dalam web page kita, ada video dan macam2 lagi. Sistem tu kena la intraktif kan? so, mommy baru je buat skek je dek non....baru je design template. tapi design template takdela se"cute" belog cap ayam. Berpadanan laa dengan sistem mommy. Nanti bila siap, mommy tunjuk screenshot yerp...Agak2 korang, berapa harga untuk sistem tu? Nak kene buat invoice dah ni nak bagi kat Pn. Norah...Setelah mommy tanye kepada yang pakar dalam bidang ni, die berkata harga sistem yang mommy nak wat ni RM5600. Kalau mommy nak bagi diskaun terpulang kepada mommy. Memang hebat sifu mommy tu, bleh imagine dah sistem yang mommy describe tu. Ape2 pon, mommy ingat nak buat dua bill untuk separate kpd 2 bulan. Lepas siap sistem ni, mommy kene wat ape plak? ade lagi ke extra income mommy ek??? 

Mommy dari zaman belajar diploma lagi dah amek tempahan wat sistem yang simple2. Time tu belom fames PHP ni. Tapi mommy dah score. so, banyak tempahan wat sistem utk Final project diploma and degree...Perbuatan ini dilarang ye adik adik sebenarnye. Disebabkan kesian kat dieorang yang bakal tersenarai dalam pelajar failed final project, mommy tolong gak tapi berbayar ye dek non...Kegemaran mommy wat sistem sampailaa ke hari ini. Kalau request gune bahasa laen pon, mommy akan buat becoz mommy fast learner...Mudah baca bahasa programming ni...Sebelom buat sistem, mommy suke verangan dulu. ehhehe....

Okla, dah banyak ni. Untuk tatapan semua, mommy letakkan orang2 yang banyak memberi semangat kepada mommy yerp...

 Mommy, Batrisyia (Kak debab), Ibu, Daddy, Aqil (Deq Kenit)

 Daddy dan Mommy di kedai ITB

0 comments: