Saturday, December 24, 2011

Kepentingan laman sosial kepada anda???

Setelah dah lama tak post entry baru, hari ni mommy ingin berkongsi sedikit mengenai kebaikan dan keburukan laman sosial di dalam kehidupan mommy...Sebelum tu, mommy ni sebenarnya sangat busy tetapi bila nak release tension, laman sosial laaa tempat persinggahan mommy dan adakalanya sehingga jelajah wall2 orang lain. huhuhu! Saje...Wanna to find what i'm missing...Sebab tulaa mommy selalu ketinggalan keretapi. hahaha!

Dah lain topik ni...Ok, pernah dengar facebook? Eleeeeyyyy semua tahu facebook tu ape, fames sgt! Tentu semua tahu kebaikan dan keburukannya, btol tak? Dan setiap orang pasti ade pengalaman sendiri hanya kerana facebook ni, btol? 


Yang mommy nampak sangat facebook ni ialah boleh berhubung dengan rakan yang lama dan baru, yang jauh didekatkan, yang terputus dihubungkan semula...Terkenalnya facebook ini sehingga warga tua juga main facebook. Atuk atau nenek yang tak pernah sentuh komputer sepanjang umurnya, akhirnya bermain komputer dan paling mengejutkan ade akaun facebook! Betapa besarnya pengaruh facebook ini sehingga semua golongan masyarakat tak kira muda mahupon tua memiliki akaun facebook ini.

Bermain facebook itu tidaklah salah tetapi jika facebook itu punca bermusuhan atau wujudnya perasaan atau penyakit hati, lebih baik berundur dari terus berhubung. Bukan bermakna kita taknak kawan tetapi cara ini lebih baik dari terus berlanjutan dan semakin teruk....Lebih baik jarang berhubung di telefon atau berjumpa dari setiap hari berjumpa di facebook kalo terjadinya macam tu. Ini adalah kerana kita ingin memelihara hubungan yang dah sedia terjalin...:)

Pengalaman mommy sepanjang menggunakan facebook ini:
  • mommy sangat anti pada orang yang suka post status menggunakan bahasa mencarut atau bahasa kasar. Mommy akan tros unfriend orang macam tu. 
  • Melihat kisah sedih dan gembira orang lain dan paling banyak sekali ialah tentang cerita kehamilan dan kelahiran bayi...
  • Mommy suka melihat gambar2 yang menarik perhatian mommy, sure mommy akan singgah dan lihat satu persatu...
  • Ada juga yang post kurang menyenangkan seperti mengumpat atau mengutuk orang...itupon mommy tak suka tapi kalo post yang menanyakan pendapat, mommy suka sbb boleh berkongsi idea dan informasi yang kita ada bersama2 orang lain...
  • Ada juga penceroboh facebook seperti orang menceroboh facebook untuk mencari sesuatu untuk dijadikan bahan di wall post mereka. Yang part ni mommy sangat tidak suka kerana sikap cmni adalah sikap yang tidak elok. Seterusnya akan mencerminkan peribadi kita yang sebenar...Walaupon facebook tu takdela ape sangat tapi ia juga umpama diary elektronik kita dan termasuk dalam privasi kita sendiri. Bagaimana perasaan anda jika ade yang menceroboh dalam senyap?
  •  Ada juga yang menegur mommy dengan berhemah, mommy ucapkan terima kasih kerana ia sekaligus dapat perbaiki diri mommy yang tak sempurna ni...

 Bagaimana dengan anda pula?

Kadang-kadang mommy terfikir, kenapa laman sosial seperti facebook ini tidak dijadikan medium pembelajaran??? Pembelajaran berterusan sehingga ke rumah itu juga kan penting untuk anak2? Tidak adakah orang yang ingin menjadikan facebook ini tempat untuk belajar secara konstruktivisme atau visualisasi atau inkuiri penemuan??? Rasenya facebook ini cukup segala aspek yang diperlukan dalam teori pembelajaran...Apa pendapat anda?


Oklah, setakat di sini dahulu ye entry kita pada hari ini...Jumpe lagi di entry yang lain...bubbye!

Thursday, October 27, 2011

Design Wedding Card customer~~~

Ok, mommy kejap je ni. Just nak update. Today, mommy kene design wedding card customer daddy kat kedai ni. Apa yang menariknya ialah, mereka nak letak gambar wedding cartoon. Kat pakcik google memang banyak tapi tak sesuai utk kita yang bersifat ketimuran ni. Maka, mommy pon ambil kertas, pensil dan pemadam. Mommy pon start melukis....


Kemudian, mommy pinjam hp Nokia C3 daddy untuk snap pic yang mommy lukis ini. Mommy transfer masuk computer dan mommy start mewarna menggunakan Adobe Photoshop CS3...Hasilnya:




Comelnyeeeee! Hehehe...Seterusnyeee mommy start buat wedding card guna Adobe Illustrator CS3. :) Sekian sahaja entry mommy kali ni.Opps!, pilihla dulu, mane satu ok? hehehe

Saturday, October 15, 2011

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.

Hermmm...entry yang ni mommy dah buat dah bulan 9 aritu...Kes mengenai childhood friend daddy. Jika ada yang tidak mengikutinya, Sila klik:

So, mommy taknak citer atau ulang lagi kisah itu. Walaupon tindakan telah di ambil, tetapi pihak berkuasa (polis) seperti tidak melakukan apa-apa tindakan dan ia telah berlalu begitu sahaja. Akhirnya kami akur, mungkin ade hikmah disebalik semuanya. Duit RM1.9k hilang, rezeki 2 kali ganda datang, who knows? God's doing kan...Lebih elok kita berdoa agar Allah SWT bukakan dan bersihkan pintu hati rakan karib daddy yang terkunci itu agar pulangkan semula duit itu...Kemudian, YAKIN bahawasanya rezeki itu datangnya dari Allah SWT dengan usaha mencari rezeki yang halal....

Okeyh! Oleh kerana surat telah pon ditulis sekian lama, maka ari ni mommy nak tulis surat yang BUKAN menyakiti hati mommy tetapi surat TERBUKA. Wow! Cemane tu? 

Salam buat awak yang teristimewa...

Maaf sekiranya surat ini akan membuat awak terguris hati atau apa sahaja. Saya ingin menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon maaf terlebih dahulu ye. Tujuan saya menulis surat ini kepada awak adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada awak kerana berfikir dan mengambil tindakan yang betul iaitu tidak membicarakan tentang sesuatu yang boleh mengaibkan ramai orang yang terlibat atau tidak terlibat secara langsung. Meluahkan secara terbuka itu tidak salah ye awak...Tetapi perlulah rahsiakan siapa orang itu kerana dikhuatiri akan menjadi bahan bualan orang ramai terutama sekali jika ia melibatkan sebuah keluarga... 

Saudara/saudari, 
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana saya rasa bersyukur awak mempunyai sifat bertimbang rase. Tahniah! :) Saya cuma ingatkan sahaja (termasuk diri saya sendiri), laman sosial seperti facebook ini, sangat mudah tersebar. Dalam masa sehari je, mutual mutual mutual friends dapat link kita. Begitu mudah kan sekarang ni? Semakin tinggi teknologi, semakin banyak keburukan dicipta oleh manusia. Dah bertambahla akta-akta baru dalam undang-undang teknologi & komunikasi...Jadi, bila kita tersilap sedikit pon, dah tersebar beberapa peringkat. Hebat kan??? 

Saudara/saudari,
Apa yang terjadi dari peristiwa lepas, janganla disimpan terlalu lama. Lebih elok kita membersihkan hati kita dari sifat-sifat keji yang Allah SWT murka. Lupakanlah perkara yang lepas, tak perlu dikenang. Anggaplah ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup kita.  Hidup ni karma. Doa kita tidak ikhlas jika hati masih ade sifat-sifat keji seperti dendam, marah walaupon sisa-sisa sahaja kerana itu sifat-sifat syaitannirrajim!

Saudara/Saudari,
Hidup ni banyak pelakonnya dan banyak kepura-puraan...Hidup ini seumpama kitalah director, kita yang menulis skrip, kita lah mengarah, kita lah pelakonnya...Ramai orang menyaksikan hidup kita tanpa kita sedari. Oleh itu, kita berusaha untuk mengikhlaskan diri berbaik dengan semua orang. Saya cakap ni bukan untuk awak je ye tapi untuk diri saya juga. huhuhu

Lots of Love,
Mommy

Friday, October 14, 2011

Day 12- How you found out about Blog and why you made one

Blog ni? Camne mommy bleh tahu pasal blogspot ni? Sebenarnyeeeee, blog ini adalah salah satu assignment mommy time degree dulu. Subject ape ntah mase tu. Kami dikehendaki membuat satu blog dan letak hot news and try buat duit dengan menggunakan blog. Tak silap mommy tahun 2007 camtula. Abes je sem tu, maka blog ni pon terkubur...huhuhu.

Kemudian, blog ini mula diaktifkan semula pada tahun 2009 ketika mommy kerja di Panasonic. Mommy berkenalan dengan rakan-rakan yang suka berblogging. Mommy pon start aktif semula. Lama-lama kurang dan recently ni je mommy baru aktif semula. hahaha...Sehari tak berblogging, rase pelik je. 

TRANSFORMATION
Asalnya blog ni bukan personal blog tapi blog subject...Lepas je sem tu, mommy jadikan blog ini sebagai personal blog sehinggalah kini....

Tahun lepas mommy telah wujudkan satu blog subject. Untuk sesiapa yang ingin pelajari Flash, singgahla di blog mommy kerana mommy telah menyediakan tutorialnya...

Tahun ni plak mommy telah wujudkan satu lagi blog subject untuk tutorial...tapi linknya akan diberi selepas abes sem ni ye...sebab blom siap lagi content didalamnya...huhuh

Okeyh! Itu sahaja dari mommy...Sekian...Siap Day12...

Day 11- Another picture of you and your friends.

Haih...Boleh tak mommy letak je piccas mereka yang tertinggal pada Day03 yang lalu? hehehe...Mommy malas betol nak korek gambar dalam album dan scan...Leceh okeeeyyy...So, mommy letak je yer piccas mereka, yup?

Untuk members mommy, jangan marah ye mommy amek piccas korang dari dalam album fb korang untuk diletakkan dalam blog mommy ni yerp. hiihihii :)

SMKWM 2
 Ni hanis...Ni la member mommy yg kawen paling awal tau. Gambar ni die sedang grad Master UTM. Die la banyak bagi petua kat mommy. Boleh berkongsi apa saja dgn die. Dan die la memberi semangat kepada mommy...sooooo sweet u hanis! Die dapat anak sepasang. Anak lelaki die tu sebaya kakak tau...

 Yang ni plak, ros...Ni pon same, rajin tanya khabar mommy. Terharu rasenye~~~ Sesebok mane pon, die tetap tanye khabar rakan-rakannya. Die kawen awal sehari je dari mommy. hohohoho...Sweet kan? Ni pon dapat anak sepasang...Anak lelaki die sebaya kakak...

SMTDSMZ
Ni jun...Kami sebelah dorm je tapi satu kelas time form 5...5 Pke Alfa...Die ni suke sangat mencubit. Kalo cubit tu, adoiiiit mau seminggu hilang lebam. huhuhu...Die keguguran tahun lepas, beberapa bulan sebelum mommy plak keguguran anak ke-3 mommy... Reason miscarriage pon same.

UTM
Ni laa faizah yang mommy cakap tu. Dari 1st sem bersama-sama dengan dia. Kalo wat group, mesti dengan die. Seronok kerja kumpulan dengan faizah ini...Same-same berusaha untuk dapat A tau...hehehe


Siap dah Day11...Next!

Tuesday, October 11, 2011

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Haih entry ni pon macam susah je sebab mommy ni bukan suka sangat dengar lagu-lagu ni...Time remaja dulu, sukala. Lagu ape yang mommy tak hafal? Semua mommy hafal...Mommy suke g karoake kan...Now, setelah meningkat dewasa, mommy suka dengar semua lagu. Camne nak jawab entry ni? hahahaha...

Okeyh, mommy main letak je lagu-lagu yang rase sedap di dengar yerp :)

Untuk mood H.A.P.P.Y,


Lagu Baby dari Justin Bieber ni siap jadi ringtone hp mommy tapi mommy set kan untuk daddy je...So, bile daddy call, dengar lagu Baby ni, mommy tau daddy yg call...weeeeee :) :) :)


Untuk mood S.A.D,


Lagu Listen sebenarnya Beyonce punye lagu tapi mommy lagi suke Charice Pempengco yang nyanyi. She had a great voice okeyyhhhh....Time sedih, mommy dengar laaa sebab bile dengar lagu ni, mommy dapat semangat. hahaha...kalo dengar dan menghayati bait lirik tu...


Untuk mood B.O.R.E.D,


Bagi mommy lagu Cinta Muka Buku ni boring. So, sesuai dengan mood mommy yang sedang boring....ehhehe




Untuk mood H.Y.P.E.D (ade ke? mommy gantikan dengan lain la yerp. Music Dance je laaa. hahahah!),

Kalo dengar lagu ni, rase nak menari je tau. Mommy suka menari tapi nak ade orang guide. Sape nak jadi sifu mommy???




Untuk mood M.A.D,
Bile mommy marah, mommy dengar lagu ni dan nyanyi kuat-kuat. hahahaha! Time tu rase macam dunia mommy yang punya tau.


Untuk mood C.O.O.L,

Rase tenang je dengar lagu ni...haihhh...tenangnyeee~~~

Siap Day10! 20days more to go babeeeeh~~~~~

Day 09- Something you’re proud of in the past few days.

Hermmm...Ape yang nak mommy show off kat semua readers ek in the past few days? Rasenye macam takdelaaa...Mommy didn't buy anything, mommy just went to desaru for short holiday and the story already written in Day05...What else then? But i think for 1 thing...

Ermmmm....

Ok, mommy cuma berbangga kerana Supervisor Master mommy, Dr. Norafandy Yahya memberi kepercayaan kepada mommy untuk menyambung research Phd beliau dengan membangunkan sebuah sistem A.I (Artificial Intelligence). A.I ni ade beberapa cabang seperti expert system, neural network, fuzzy, Intelligent Tutoring System dan ade beberapa lagi...(Dah lame tinggal okeeeyyyy). So, pada awalnya, Dr. fandy mencadangkan Expert System dan setelah berbincang semalam dan mengambil kata putus, Mommy memilih ITS (Intelligent Tutoring System)...Yang ni agak menarik tetapi senang ke nak develop? Kita tungguuuuuu....InsyaAllah, mommy harap VIVA 1 sem ni akan merubah kehidupan mommy sem depan. Terima kasih Dr fandy kerana memberi semangat dan peluang kepada saya. InsyaAllah, saya buat sehabis baik! Caiyok caiyok caiyok mommy!

Okeyh mama rosa...21days more to go~~~

Monday, October 10, 2011

Day 08- Short term goals for this month and why.

Matlamat mommy untuk bulan ni ialah menyiapkan sistem PAITS mommy lerrr sebab sistem tu paling susah diantara yang susah lagi susah untuk dibuat. hahahah...Tapi ini cabaran bagi mommy kerana dengan berjayanya hasilkan sistem ini, maka mommy dapat ilmu coding yang hebat lagi! Hehehe...

Mengajar budak Uitm yang sanggup berguru dengan mommy di kedai daddy. Katanya nak blaja wat sistem menggunakan PHP. Hari ni baru kelas yang pertama. So far, nampak macam ok je die. Tengok sehari dua cemane...Yang penting, matlamat mommy, budak Uitm itu berjaya menguasai ilmu PHP dalam tempoh kurang dari sebulan ni...

Siapkan website yang adik ipar minta tolong watkan. "Yat, akak tok bice nge yat lagi neh...Bile mau online? Data-data mano? Dop email lagi ko?". Mommy fikirkan, website yat ni mommy nak soh budak Uitm tu buat sebagai task pertama die terima job. Kene bagi gak pengalaman sebenar membuat system. Hehehe...

Itu jela setakat ni matlamat mommy untuk bulan ni. Semoga mommy berjaya menunaikan matlamat mommy ni yerp. Caiyok mommy!

Untuk mama rossa, 22days more to go~~~

Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you

Ade beberapa orang yang banyak memberi impak kepada kehidupan mommy iaitu arwah ayah mommy, bapa sedara mommy, daddy, ibu dan anak-anak mommy...

Allahyarham Abu Talib Alias
Mengapa? Sejak mommy kecil lagi, arwah berusaha keras untuk menjadikan family kami hidup mewah. Buktinya, arwah ayah menjana pendapatannya sebulan sehingga 5 angka! Arwah ayah seorang yang amat penting di IT Human Resource, UMW Toyota, Shah Alam suatu ketika dulu. Mommy masih ingat lagi, selepas beberapa bulan arwah ayah pergi meninggalkan kami, department tu ditutup kerana tidak ada sesiapa yang sanggup memikul tanggungjawab arwah. Mereka tidak diberhentikan tetapi diletakkan di bawah department-department laen. Sebelum arwah meninggal dunia, arwah sempat berpesan, "Along...belajarlah tinggi-tinggi sehingga ke penghabisan dan carilah suami yang baik dan penyayang sama seperti ayah. Ayah nak along belajar berdikari, cuba cari penyelesaian sendiri dalam membuat coding...Kalau tak tau, search kat yahoo (time dulu yahoo mmg femes). Ayah nak along berjaya jadi programmer hebat macam ayah!". Time tu, mommy sedang mengambil Diploma IT semester 1. Mommy masih ingat lagi, mommy suruh arwah ayah wat assignment mommy yang melibatkan coding. Sebab tu, pesanan arwah ayah kat email mommy (dulu nye email, skrg xleh bukak pon. waaaa!) tu masih kuat diingatan mommy. Ya, selepas arwah pergi, ia memberi kesan yang besar kepada mommy kerana pesanannya itu menjadikan mommy berjaya menguasai banyak bahasa pengaturcaraan! Menjadikan mommy mudah mempelajari bahasa pengaturcaraan yang baru! Dan kini, mommy berada di peringkat Master dan InsyaAllah, mommy akan tros menuju ke Phd pula. "Ayah, along akan berada di puncak tidak lama lagi!"


Dr. Md Azman Md Amin (Bapa saudara)
Mengapa?  Sewaktu mommy mendapat tawaran ke Universiti, mommy dapat Uitm Shah Alam tetapi arwah ayah mommy menolak. Oleh itu, bapa saudara ni la menolong mommy mendapatkan tempat di UTHM memandangkan pada ketika itu, Rektor Universiti adalah kawan akrab bapa saudara mommy. Salah satu sebab lain, adik beradik arwah ayah berada di johor. Jadi, jika arwah ayah pergi, adik beradik arwah ayah boleh tengok-tengok kan kami ni...Oleh sebab itu, mommy berjanji kepada diri mommy untuk tidak mengecewakan semua orang dan paling utama bapa saudara mommy ini! Mommy menjaga pointer dan akhirnya mommy graduate Diploma dan Degree dengan pointer 3.00-3.49. Range ni adalah dalam 2nd class upper. Okla tu kan??? Still atas pointer 3.00, btol tak? Bukan setakat itu sahaja, malah bapa saudara mommy ini merupakan sumber inspirasi mommy. Mommy juga ingin memiliki Phd seperti beliau, ade gelaran Dr. dihadapan nama...Family mereka ini banyak membantu kami sefamily termasuk daddy juga. Terima kasih makngah dan pakngah kerana banyak membantu kami! 

Daddy, ibu and my adorable kids!
Dan of course! Mommy's happy family....Merekalaaa sekarang ni menjadi sumber inspirasi mommy untuk teruskan belajar dan kuat bekerja untuk menjaminkan kehidupan yang sempurna untuk mereka. Daddy sangat memahami mommy dan daddy juga bertanggungjawab untuk memastikan semuanya serba-serbi lengkap. Ibu mommy plak banyak membantu mommy untuk menjaga anak-anak mommy yang semakin cerdik itu diketika mommy dan daddy mencari duit...Anak-anak mommy pula telah menyempurnakan lagi hidup mommy dan daddy. Kehadiran kamu semua memberi impak dan perubahan yang besar kepada mommy kerana kamu lah hidup mommy sempurna. Moga Allah memberkati keluarga mommy ini dan biarlah ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amiinnnnn~~~~

Sunday, October 9, 2011

Day 06- Favorite super hero and why?

Fuhhh...Mommy ade hutang 2 entry iaitu Day 07 & Day 08. Mommy tengah kejarla ni. hehehe...Jangan marah ye mama rosa. Lately ni mommy sangat sangat sangat busy. Sampai blog pon tak sempat nak jengah. Asyik leka buat sistem and design-design...

Okeyh, berbalik pada entry ari ni...Siapa super hero mommy tu yerp? Dan kenapa mommy kata die super hero?


Ini laaa super hero mommy dan semua rakyat Malaysia dan dunia (i guess)...Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri dari 1981-2003. Buku mengenai beliau sudah tersebar di seluruh Malaysia dan boleh dapatkannya di MPH atau secara online (http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675997228).



Kenapa ye mommy katakan Tun ini super hero? Mari kita rungkaikan sedikit satu persatu...Tun was MORE than:
  • a Prime Minister with a vision
  • a politician
  • a Great Malaysian Hero
  • a man, was the best thing for Malaysia like a god sent him to us!
Without Tun, Malaysia will NO:
  • Proton
  • Petronas Twin Towers
  • KLIA
  • Formula 1
  • Multimedia Super Corridor (MSC)
  • Knowledge Based Economy
  • ERL, LRT, MRT, KTM and etc...
  • Putrajaya
  • Wawasan 2020 projects
  • and many moreeeeeeeeeeeeeesssssssssssssss...huhuhu
Speaking plak mommy yerrrr~~~Senang nak cakap. Senang cerita, apa yang kita semua dapat menikmati hari ini adalah usaha beliau memodenisasikan kita punya negara. Mommy tersangat bangga dengan Tun dan minat dengan Tun sejak dulu lagi. Tun juga menaikkan martabat orang IT. Tanpa orang IT, tiadala teknologi. Kerana setiap Teknologi yang dicipta, mempunyai program dan orang yang buat program itu adalah dari orang IT...Sebab tu la Tun merupakan super hero mommy. Mommy berasa bangga mengambil Diploma, Degree dan Master dalam IT. Cuma Master jela IT + society...hehehe.

Okeyh, mari kite saksikan video super hero mommy nih:





Sekian sahaja dari mommy...24days more to go~~~

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.

Entry ni sangat menarik. Menceritakan tentang tempat yang mommy pernah pergi. Kalo di ikotkan hati ni, banyak tempat mommy nak pergi. huhuhu! Tetapi perlulah kumpul duit dan rancang hari serta flight (jika jauh). Tiada tempat yang mommy sentiasa kunjungi kerana mommy teringin nak pergi ke semua tempat-tempat menarik di Malaysia ini....

Okeyh, berbalik pada tajuk entry ni. Jumaat lepas iaitu 7 Oct 2011, kami pergi ke Desaru. Pada asalnya, mommy dan daddy plan nak duduk kat rumah je memandangkan kami dah lama tak cuti. 24/7 keje je...Dalam pukul 10 pagi tu, mommy dan daddy rase boring.

Daddy: Nak pergi jalan tak sayang?
Mommy: Boleh gak...Nak gi mane ek?
Daddy: Ntahla sayang...bosan laa kat jb ni, takde ape...takde yang menarik. Cuba mommy search yang mane dekat tapi tempat besh dan tak pernah kita gi?

Mommy bukak lappy dan search "tempat-tempat menarik di johor" di incik google...Search punye search, jumpe plak website ni...Link nye ---> http://pulaidesaru.com/
Daddy teruja sangat tengok gambar-gambar di website tu. Daddy suruh mommy call dan booking. Mommy pon apelagi, tros amek hp pinky mommy and call...Mommy booking standard room for 4pax and included 3 coupon for breakfast. Kami pon teros kemas beg dan berdesummmmmm pergi. Ikot jalan Senai Aiport, dekat sket dengan highway Senai-Desaru tu.

Ni die tiket dari tol Senai. Tiket dah rupa kad dah...huhuhu

Daddy: Jambatan ni kat mane ek? Kita lalu ke nanti?
Mommy: Ntahlaa sayang...macamlaa mommy pernah pergi. (gelak) Agaknya kita lalu laa nanti.

Macam tak sabar rasenya nak sampai. Perjalanan dari tol Senai ke Tol Desaru cuma 35 minit - 45minit sahaja. Untuk pertama kali datang dengan perasaan yang tak sabar, terasa lama perjalanan...huhuh...Akhirnya, kami sampai juga di jambatan tu...

Ni laa jambatannye dari jauh...
Eh, ade kapal besarlaaa kat seberang ni. Muat ke lalu bawah jambatan ni? Jambatan ni ponnn dah cukup tinggi. uhuhuh

Time sampai tu, rase tak sabar nak masuk bilik sebab nak tengok sangat bilik tu sama tak macam dalam website. Nampak besar dan sangat cantik. Bila dah dapat je kunci dan masuk bilik, TERNYATA BENAR laaaa! 

Wardrobe untuk letak baju and bags...Siap ade peti besi lagi tau untuk letak barang-barang berharga and boleh set sendiri passwordnya....
Luas kan? Kalo tengok sendiri, fffuuuhhh, besh dan luas...
 Sofa pon besh...
 Ade astro tau...
 Ni laluan ke toilet. Sebelum ke toilet, ni la tempat untuk make up2, touch up2, keringkan rambut dan segala-galanya laa...
Ni pintu masuk...
Dalam bilik air ni, ade lagi tempat shower dalamnya...Time snap tu, xmasuk dalam toilet. So, tak dapat nak letak gambar shower dalam tu...besar tau...
Hair dryer disediakan ye...asyik nak keringkan rambut je. Dengan daddy skali keringkan rambut setiap kali lepas solat. hohohoh
 
Ade fridge okeeeyyyy...Tros masukkan air dan ais krim.
Amboi anak dara mommy ni. Bersiap sakan nak keluar...

Lepas solat zohor, kami semua bersiap-siap dan mencari makanan di sekitar resort tu. Kemudian, kami berjalan-jalan di tepi pantai dan bermandi-manda di swimming pool. Kenapa mommy tak mandi di laut? Sebab mommy dah check di Malaysian Meteorological Department terdapat ribut di beberapa tempat. Linknya---> http://www.met.gov.my/?lang=english. Jadi, mommy ambil langkah berhati-hati dengan tidak mandi di laut. Malang tak berbau, tiada siapa yang tahu. Ade sape yang boleh bau bile malang tak berbau nak datang??? hahahaha....

 


Time sedap-sedap mandi, tiba-tiba hujan turun dengan selebat-lebatnyaaa...Kami semua pon berlari keanak-anakan. Seperti yang mommy jangkakan, ribut pon ade...bukan ribut taufan yeee...Hujan lebat dan ribut...Sebelum kita merancang perjalanan atau percutian yang tidak dirancang, perlulah check ramalan kaji cuaca terlebih dahulu. hehehe....Ketika menanti hujan berhenti, kami berada di bilik, bersihkan badan dan solat asar. Kemudian, mommy pon turun ke bawah dan tanya mengenai spa. Mommy hadiahkan ibu dengan memanjakan diri ibu di spa. hehehe...Dapat gak ibu merehatkan tubuhnya dan mencantikkan badan sekali. ekekeke...




Sementara tunggu ibu yang sedang memanjakan diri tuuu, mommy dan daddy bawak anak-anak gi bermain di satu bilik yang khas untuk kanak-kanak bermain...




Time anak-anak bermain, mommy g rest room (toilet) jap. Sekali mommy masuk, waaaaaahhhhhh cantiknyeeeee rest room kat sini. uhuhu




Daddy: Jom mommy, naek bilik. Daddy nak tido la...nak rehat.
Mommy: Ok...Jomlaaa...Lagipon anak-anak dah puas bermain. Tengok tu, berpeloh-peloh anak-anak mommy neh. huhuhu


Sebelum naik, mommy sempat snap piccas di sekitar resort tu...


 

Lepas mommy snap piccas beberapa tempat, kami semua pon naek ke bilik. Time ni ibu blom abes lagi tau memanjakan diri. Haaa...berapa lame tu? huhuhu...Tiba-tiba perot semua lapar. Kami pon order dinner. Kami bayangkan mesti makanan die skit dan tak sedap. Tetapi TERNYATA SALAH. Banyakkkkk dan sedap! Fuhhh...kenyang giler malam tu. Sambil layan cerita Tahajjud Cinta, kami berbaringan di katil. Anak-anak yang dari pagi tak tido, mengantok dan tido...Samela dengan ibu mommy...Lepas abes cerita tu, mommy and daddy gi tengok live band perfomance malam tu...Time masuk tu, tros order air coke je. Ingatkan besh tapiiiii....biarlah ornag len yang judge. Mommy and daddy layankan aje band tu nyanyi...Suara mereka sedap cuma sexy okeeeyyy...

View dari bilik kami...


Kami pulang ke bilik pukul 11.30malam...Kami pon lepak dekat beranda sambil minum air panas. Pukul 12.00malam, kami masuk tido..zzzzzzz


Esok paginya, lepas solat subuh gajah (nak abes waktu solat subuh), kami bersiap-siap untuk gi breakfast...Makan sampai ponoh-ponoh perot masing-masing! Rase nak pinjam perot orang len, vley ke? hahahah...Lepas breakfast, kami jalan-jalan lagi tepi pantai. Kemudian, bersiap-siap untuk balik ke istana kami semula. Sebelum balik, sempat gak kami poing-posing dulu...hehhehe...




Itu sahaja cerita dari short holiday kami...Semoga semua readers enjoy membaca coretan mommy ini...Fuhhh...25days more to go okeeeyyyy...