Monday, October 10, 2011

Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you

Ade beberapa orang yang banyak memberi impak kepada kehidupan mommy iaitu arwah ayah mommy, bapa sedara mommy, daddy, ibu dan anak-anak mommy...

Allahyarham Abu Talib Alias
Mengapa? Sejak mommy kecil lagi, arwah berusaha keras untuk menjadikan family kami hidup mewah. Buktinya, arwah ayah menjana pendapatannya sebulan sehingga 5 angka! Arwah ayah seorang yang amat penting di IT Human Resource, UMW Toyota, Shah Alam suatu ketika dulu. Mommy masih ingat lagi, selepas beberapa bulan arwah ayah pergi meninggalkan kami, department tu ditutup kerana tidak ada sesiapa yang sanggup memikul tanggungjawab arwah. Mereka tidak diberhentikan tetapi diletakkan di bawah department-department laen. Sebelum arwah meninggal dunia, arwah sempat berpesan, "Along...belajarlah tinggi-tinggi sehingga ke penghabisan dan carilah suami yang baik dan penyayang sama seperti ayah. Ayah nak along belajar berdikari, cuba cari penyelesaian sendiri dalam membuat coding...Kalau tak tau, search kat yahoo (time dulu yahoo mmg femes). Ayah nak along berjaya jadi programmer hebat macam ayah!". Time tu, mommy sedang mengambil Diploma IT semester 1. Mommy masih ingat lagi, mommy suruh arwah ayah wat assignment mommy yang melibatkan coding. Sebab tu, pesanan arwah ayah kat email mommy (dulu nye email, skrg xleh bukak pon. waaaa!) tu masih kuat diingatan mommy. Ya, selepas arwah pergi, ia memberi kesan yang besar kepada mommy kerana pesanannya itu menjadikan mommy berjaya menguasai banyak bahasa pengaturcaraan! Menjadikan mommy mudah mempelajari bahasa pengaturcaraan yang baru! Dan kini, mommy berada di peringkat Master dan InsyaAllah, mommy akan tros menuju ke Phd pula. "Ayah, along akan berada di puncak tidak lama lagi!"


Dr. Md Azman Md Amin (Bapa saudara)
Mengapa?  Sewaktu mommy mendapat tawaran ke Universiti, mommy dapat Uitm Shah Alam tetapi arwah ayah mommy menolak. Oleh itu, bapa saudara ni la menolong mommy mendapatkan tempat di UTHM memandangkan pada ketika itu, Rektor Universiti adalah kawan akrab bapa saudara mommy. Salah satu sebab lain, adik beradik arwah ayah berada di johor. Jadi, jika arwah ayah pergi, adik beradik arwah ayah boleh tengok-tengok kan kami ni...Oleh sebab itu, mommy berjanji kepada diri mommy untuk tidak mengecewakan semua orang dan paling utama bapa saudara mommy ini! Mommy menjaga pointer dan akhirnya mommy graduate Diploma dan Degree dengan pointer 3.00-3.49. Range ni adalah dalam 2nd class upper. Okla tu kan??? Still atas pointer 3.00, btol tak? Bukan setakat itu sahaja, malah bapa saudara mommy ini merupakan sumber inspirasi mommy. Mommy juga ingin memiliki Phd seperti beliau, ade gelaran Dr. dihadapan nama...Family mereka ini banyak membantu kami sefamily termasuk daddy juga. Terima kasih makngah dan pakngah kerana banyak membantu kami! 

Daddy, ibu and my adorable kids!
Dan of course! Mommy's happy family....Merekalaaa sekarang ni menjadi sumber inspirasi mommy untuk teruskan belajar dan kuat bekerja untuk menjaminkan kehidupan yang sempurna untuk mereka. Daddy sangat memahami mommy dan daddy juga bertanggungjawab untuk memastikan semuanya serba-serbi lengkap. Ibu mommy plak banyak membantu mommy untuk menjaga anak-anak mommy yang semakin cerdik itu diketika mommy dan daddy mencari duit...Anak-anak mommy pula telah menyempurnakan lagi hidup mommy dan daddy. Kehadiran kamu semua memberi impak dan perubahan yang besar kepada mommy kerana kamu lah hidup mommy sempurna. Moga Allah memberkati keluarga mommy ini dan biarlah ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amiinnnnn~~~~

0 comments: