Wednesday, June 6, 2012

Suntikan semangat mommy!

Sedang mommy search2 tentang orang yang mengalami nasib yang sama seperti mommy, terjumpalah satu blog yang boleh dijadikan sebagai suntikan semangat mommy untuk mengharungi hari-hari tanpa kehadiran si comel Rizqin di sisi mommy...Link blog berkenaan ---> http://hayatisstory.blogspot.com/2011/03/menunggu-di-pintu-syurga.html


Bila mommy baca blog ni, apa yang mommy mampu berkata, 
"SUBHANALLAH! Ya ALLAH, Engkau kurniakan aku saham akhirat buatku untuk membantu aku di akhirat kelak...Syukur Alhamdulillah, aku dikalangan insan yang terpilih untuk mengharungi ujian hebat ini..."

Di sini, mommy minta copy paste ye untuk abadikan dalam blog mommy ini. Mungkin ada lagi yang senasib mommy, boleh membaca coretan mommy untuk mencari kekuatan seperti mana mommy lakukan dan orang lain lakukan. MASA AKAN MENGUBAT SEGALANYA...Seperti kata kawan mommy,
"jalan Allah itu indah, tiada tanding, tiada yg belah bagi...Dia sayang ko..syukur itu yg utama.."


Dari blog tersebut --->

Menunggu Di Pintu Syurga

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga". Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

...............................................................................

Menurut hadis Qudsi:

Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat pada anak2 :

''Masuklah kalian ke dalam Syurga''

Anak-anak itu berkata:
'' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''

Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah Berfirman lagi,
''Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''

Mereka menjawab,
'' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''

Allah pun berfirman,
'' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''


(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi SAW)


Istilah "al-wildan" dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama�mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid", artinya anak yang baru dilahirkan, yaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia.Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan
Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran),
masuk syurga."


Maksud hadits diatas, termasuk salah satu di antara rentetan peristiwa yang terjadi pada hari kiamat di padang masyar. Gambaran ringkas dari peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:

  1. Setiap orang dibangkitkan dari kuburannya masing-masing
  2. Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah kepadang Masyar. Setelah itu mereka dikelilingi oleh hewan-hewan dan apa saja yang ada sangkut pautnya dengan mereka. Juga dikelilingi oleh malaikat langit masing-masing tingkatan.
  3. Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu mil, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak oleh seribu kaki-kaki diatasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari,berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan siksanya.
  4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas airuntuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagiselama di alam Masyar itu. Demikian menurut beberapa Hadits.
  5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
  6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.
  7. Meniti shirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padangMasyar itu. Meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat menitishirat yang pertama.
  8. Mana yang sudah bersih benar baru diidzinkan masuk syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki surga. Tetapi mereka memohon syafa�at (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk surga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:

"Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu".

Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.


"Kami belum mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami".


Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itudatang dengan segera, denganfirman Allah Yang Maha Mengetahui:

"Masuklah kalian ke dalam surga bersama orang tua kalian".


Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qadla� dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadirat Nya. (Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk, CV. Diponegoro Bandung, 1984)

Tuesday, June 5, 2012

Apala yang boleh buat ketika berpantang tanpa baby?

Hari ini hari ke 11 mommy berpantang tanpa kehadiran si comel, Rizqin di sisi. Sepanjang pemergiannya, mommy berpantang seorang diri di rumah tanpa Puteri dan Putera mommy di rumah kerana ibu mommy membawa mereka pulang ke kampong untuk bercuti. Al-maklumlah, mommy bersalin pon time cuti sekolah. Dan mungkin mereka memberi peluang pada mommy untuk pulihkan diri...Namun keadaan still sama. 

Badan mommy dah sihat tetapi dalaman mommy masih belum pulih. Bila duduk sorang2 ni, bukan membantu kita pulihkan jiwa tetapi menambahkan kesedihan di hati kerana tiada teman untuk berbicara...Bile berpantang ni, macam2 kita tak boleh lakukan termasuklah bermain laptop dan membaca kerana boleh mengakibatkan mata kita kabur apabila kita tua nanti. Kesannya memang tak nampak sekarang tetapi di hari tua kelak. Kemudian, berpantang juga mambataskan kita dari buat kerja rumah seperti manyapu, mop, memasak yg memerlukan kita menumbuk dan macam2 lagi. Boleh kata, berpantang ini adalah masa untuk ibu2 berehat secukupnya. Sepatotnya, di dalam keadaan begini, ibu2 akan sangat sibuk menguruskan bayi baru dan juga anak2 yang sedia ada (untuk ibu yang dah ade anak). Tetapi mommy???


Oleh kerana itu, mommy sangat bosan. Semuanya terbatas nak buat. Jika sekarang mommy suci, mommy dah baca Al-Quran, dekatkan diri pada Allah. Yang hanya boleh buat ialah berdoa di dalam hati untuk kuatkan diri ini dalam menempuh ujian hebat yang diturunkan oleh Allah SWT. Bila duduk sorang2 ni, sudah pasti mommy teringat dengan Rizqin. Mustahil seorang ibu boleh delete moment begitu sahaja. Walaupon Rizqin tu adalah anak ke 3 mommy...Sudah pasti kita akan teringat kerana kehadirannya sangat dinanti2kan. Namun, setelah mommy membaca beberapa blog yang mempunyai pengalaman yang sama seperti mommy, mereka mengatakan bahawa MASA AKAN MERUBAT SEGALANYA...


Mommy cuba meluahkan perasaan mommy di facebook tetapi mommy tahu, sudah tentu ramai akan bosan dengan luahan mommy. Jadi, mommy luahkan di blog mommy ini. Di samping itu, mommy membzkan diri mommy dengan menulis blog kerana mommy rasa lega apabila dapat meluahkan segala perasaan mommy ketika ini. Mommy telah melanggar pantang larang ketika berpantang tetapi apa yang mommy mampu buat ketika berpantang ini? Itu tak boleh, ini tak boleh...Semuanya berkaitan dengan kesihatan...Apa nak buat??? Tengok ASTRO, borink! Tengok MOVIE, cite ape best? MOVIE MELAYU out! ENGLISH MOVIE, rakam wayang, so out! Hermmm...borink, borink, dan borink... Bile bukak facebook, jadi tension bila membaca wall orang yang terpampang di page Home kita. Terutama mengenai pregnant dan bersalin nampak baby baru...Cari kawan kat facebook utk berborak, sape sudi nak luangkan masa? Paling tidak, setakat beberapa hari je tahan...


Kesimpulannya, mommy dapatkan nasihat dari kawan yang senasib mommy, apa yang dilakukan ketika berpantang ini. Jadi, mommy pon telah cuba dengan membaca blog mengenai stillbirth ni atau dikenali sebagai IUD (Intra Utarine Death)...Macam2 mommy jumpe tapi belum lagi jumpe ada kaitan dengan cerclage yang mommy pakai. Ada yang menarik perhatian mommy, sejenis infection dari faraj membocorkan air ketuban. Ada juga yang mengatakan jika paksa baby untuk keluar akan mencederakan rahim. Ada yang mengandung semula selepas abes pantang, rahim belum dalam keadaan sedia dan akhirnya, dia keguguran semula. Oleh itu, mommy berpendapat bahawa masa yang diperlukan untuk rahim mengecut dan pulih adalah 3 bulan atau 3 kali datang period, barulah boleh mengandung semula kerana rahim dalam keadaan bersedia...Selain itu, ibu yang pernah mengalami stillbirth ini juga perlu memulihkan emosi terlebih dahulu sebelum mengandung untuk seterusnya. Kerana kesediaan mental dan emosi sangat penting untuk memastikan kandungan seterusnya selamat.


Untuk setakat 11 hari ini, boleh kata hari2 lagi mommy mengalirkan air mata. Tak puas ke menangis? Tak kering ke air mata mommy ini? Jawapannya, TIDAK! Biarla masa yang akan merubat segalanya...Sekembalinya anak2 mommy dan ibu di rumah ini setelah abes bercuti, mungkin mommy akan bz semula. Dan mungkin mommy tidak lagi menangis...Hanya ia kekal di dalam ingatan sahaja...Doakan yang terbaik untuk mommy ya!

Friday, June 1, 2012

Berpantang tanpa Arwah Rizqin...

Hari ini merupakan hari ke 7 mommy berpantang tanpa kehadiran si comel Rizqin. Dan ini bermakna sudah 7 hari Rizqin meninggalkan mommy dan daddy...

~ Al-Fatihah ~

Sayangku, Rizqin...

Mommy masih teringat di hari pertama mommy menjejakkan kaki ke rumah kita, Rizqin. Di sepanjang perjalanan, air mata mommy mengalir tanpa henti sambil melihat pemandangan di luar. Pemandangan yang kosong...Mommy sedih kerana Rizqin tidak bersama mommy pulang ke rumah seperti kebiasaannya ibu bersalin. Sebelum pulang ke rumah, daddy telah kemas semua barang-barangmu, Rizqin di tempat yang jauh dari penglihatan mommy. Daddy khuatir mommy tidak kuat untuk mengharungi hari-hari tanpa kamu, Rizqin...

Di ketika mommy turun dari kereta, mommy merasakan kaki mommy tidak berpijak di bumi ini. Mommy menangis teresak-esak, cuba melepaskan kesedihan yang telah lama bertakuk di hati. Ketika itu, mama tok (ibu daddy) berada di rumah, menjemput mommy dan daddy masuk dan makan. Sungguh mommy tidak lalu untuk makan atau jamah makanan sekalipon. Apa yang ada difikiran mommy adalah kamu, Rizqin...

Kemudian mama tok kamu cuba memberi kata-kata semangat kepada mommy tetapi ia tidak mampu menghentikan air mata mommy ini dari terus mengalir di pipi...Mommy katakan pada mama tok yang mommy teringin sangat nak ada baby, pelok cium baby, susukan baby dan sebagainya. Tahu apa mama tok cakap, "ok...ok...ok...cukup setahun, mengandung lagi". Huhuhu...Walaupon mommy akan mengandung lagi namun ia tidak boleh menggantikan kamu, Rizqin...Bagi mommy, kamu adalah yang istimewa! Semakin rancak berbicara dengan mama tok kamu, air mata mama tok pula mengalir...Mengenang cucunya ini yang merupakan cucu pertama menjejakkan kaki ke Syurga...Yang akan menunggu ahli keluarganya yang lain untuk bersamanya...

Tahukah kamu Rizqin bahawa mama tok kamu sanggup cari seribu jalan untuk datang juga ke sini semata-mata untuk melihat keadaan kita??? Mama tok datang untuk memberi kekuatan pada mommy dan daddy...Mama tok sedih melihat keadaan kamu dalam kemerahan. Mommy bersyukur kerana cik ngoh (kak ti) bekerja sebagai doktor di HSA, maka dapatlah sekeping dua gambar jasad kamu, Rizqin...Jasad yang dalam kemerahan dengan belakang kepalamu kemek, dan wajah dalam kelemasan. Ya Allah, sedihnyaaa melihat kamu dalam keadaan tu, Rizqin! Mommy cuba meletakkan diri mommy di dalam keadaan kamu, tidak mendapat oksigen. Ya Allah! 

herrmmm....

Hari ini hari ke 7 mommy berpantang...Nenek (ibu) kamu dah membawa kakak dan abang kamu bercuti di kampung selama 2 minggu. Maka, tinggallah mommy keseorangan di rumah, menanti kepulangan daddy dari mencari rezeki. Hidup mommy kosong tanpa mendengar tangisan bayi. Sunyi, sepi tanpa menguruskan bayi...Jika ada kamu, Rizqin sudah tentu mommy sibuk menguruskan kamu, basuh CD kamu, kumpul stok susu kamu dan macam-macam lagi...Tetapi semuanya itu takkan berlaku! Kesudahannya, mommy teringat kamu dan menangis saban hari ini...


Sayang Rizqin...Mommy tak sabar nak abeskan pantang ni sebab mommy tak sabar nak menjenguk kamu di kubur. Macam-macam mommy nak cakap dengan kamu...Nanti mommy hias kubur kamu cantik-cantik ye...Oh ya, ada satu soalan yang singgah di fikiran mommy ni. Adakah kamu akan berjumpa dengan atok dan ayah tok kamu???



Mommy akan cuba abadikan setiap apa yang mommy lalui di dalam blog kesayangan mommy ini. Hanya dengan cara ini yang dapat meluahkan isi hati mommy ini...Di hadapan orang, susah mommy untuk meluahkannya tetapi di sini.......Di sinilah tempatnya.