Wednesday, May 30, 2012

Arwah Che Muhammad Danish Rizqin...

Assalammualaikum wbt...

hermmmm............

Sukarnya untuk menulis entry kali ini. Semakin ligat jari jemari ini menaip, semakin laju air mata ini berlinangan. Tidak dapat mommy menahan sebak dihati apabila anak yang dikandung selama 7 bulan, meninggal di dalam kandungan sebelum sempat melihat keindahan di dunia ini. Rizqin, nama diberi yang membawa maksud pembawa rezeki dilahirkan pada 25 Mei 2012 bersamaan 4 Rejab, pukul 8.07am, hari Jumaat...Arwah telah selamat dimandikan dan dikafankan selepas solat Jumaat dan dikebumikan di pusara saleng sebelum waktu Asar. 

~ Al-Fatihah ~  

 Sudah tentu ramai rakan mommy bertanya, bagaimana ia boleh terjadi? Pemergiannya disebabkan sakit apa? Dan macam-macam soalan yang diajukan kepada mommy tetapi mommy tidak mampu untuk menjawab di kala ini kerana setiap kali mommy cuba menceritakannya, sudah pasti air mata ini laju je mengalir. Apa yang mampu mommy jawab, mommy akan menceritakan semuannya di blog kesayangan mommy ini agar soalan tidak ditanya acap kali kerana ia akan membuatkan mommy lebih sedih dan akan berada dalam kemurungan...

Rakan-rakan sekalian,
Doktor Pakar di hospital mengesahkan arwah Rizqin meninggal di dalam kandungan adalah disebabkan air ketuban kering. Oleh itu, Rizqin lemas di dalam perot mommy tanpa mommy sedari. Ketika itu, Rizqin lemas tidak lebih dari 2 hari kerana tiada kesan kecut atau kemek di seluruh anggota badannya. Rizqin dalam keadaan normal seperti bayi yang lain!

Mungkin ramai yang tahu, mommy menjalankan pembedahan kecil ketika kandungan 15 minggu, mommy telah membuat cervical cerclage yang telah ditulis di entry INI...Selepas dari itu, semuanya dalam keadaan normal sehingga pada usia kandungan 24 minggu, terjadinya sesuatu iaitu mommy bleeding...

Untuk pengetahuan semua, dari awal kandungan 3 minggu, mommy hanya bertemu dengan Doktor Pakar untuk memastikan kandungan mommy selamat sehingga cukup bulan. Apabila mommy bleeding, mommy terus berjumpa dengan doktor tersebut. Ketika itu, bayi mommy dalam keadaan normal (Air Ketuban cukup, berat bayi 540g). Doktor Pakar mengesahkan terdapat early contraction dan sedikit infection di tempat cerclage. Darah dah tiada, ubat antibiotik dan hentikan contraction juga diberi. Alhamdulillah...semuanya kembali normal...

Pada usia kandungan mommy 25 minggu, air ketuban mommy keluar secara tiba-tiba. Mommy terus jumpa doktor dan resultnya, air ketuban mommy sedikit tetapi masih cukup untuk bayi. Ketika itu, berat bayi turun 520g. Air Ketuban pon dah tak turun lagi. Doktor nasihatkan mommy untuk bedrest dan pantau dari rumah sehingga hari check up. Jika keluar darah dan air ketuban lagi, teros ke hospital. Mommy pujuk daddy untuk pergi terus ke hospital (serah diri untuk tahan diwad sehingga cukup bulan) tetapi daddy ingatkan mommy kepada kelas Master mommy. Mommy cuba mendapatkan pelepasan kelas utk kelas yg hanya berbaki lagi 3 minggu je (3 kali lg) tetapi pensyarah mommy memberi 2 kata putus sama ada pergi ke kelas atau tangguh. Setelah 1 semester mommy laluinya n hanya berbaki 3 kali lg kelas, masakan mommy nak kene tangguh??? Sungguh tidak berhati perot pensyarah yang sorang nih! Mommy redha dan akur...

Mommy jalani kehidupan seperti biasa. Fully bedrest dan adakalanya bila daddy cuti, kami keluar untuk membeli barang keperluan untuk sambut orang baru dalam keluarga kami. Boleh kata, semua barang telah dibeli dan hanya tunggu masa untuk anak comel mommy ni keluar je...sob sob sob...

2 hari sebelum check up, mommy rasa bayi mommy kurang gerak tetapi degupan jantungnya masih ada.

1 hari sebelum check up, mommy rase bayi tidak gerak dan degupan jantung bayi lemah. Mommy ajak daddy untuk g check tetapi daddy suruh mommy tunggu esok kerana esok hari check up.

Awal pagi lagi mommy bangun sahur. Sementara tunggu azan Subuh, mommy terlelap dan mommy mimpi yang mommy melahirkan seorang anak dalam keadaan yang sangat merah dan bayi itu meninggal dunia! Mommy terjaga dan mendengar azan Subuh...Jantung mommy berdegup kencang. Mommy cuba berlagak seperti biasa dan tidur semula. Semasa check up, doktor pakar scan seperti biasa. Di saat alat scan berada di perot mommy, tiada lagi degupan jantung kelihatan. Belon yang mengandungi air ketuban kempis, hanya tinggal badan bayi mommy je...Ya Allah! Apa yang terjadi pada anakku ini...Ko kuatkanlah semangatku jika apa yang aku rase ini benar...

Doktor Pakar: (Dengan muka yang pucat)...Puan, saya harap puan banyak bersabar. Jantung anak puan dah takde. Mengikut scan ini, bayi puan baru meninggal dunia kerana tiada kesan kemek atau kecut di mana-mana anggota badannya. Dianggarkan tidak lebih 2 hari bayi puan meninggal dunia. Puan boleh panggil suami puan sebentar...

Mommy terasa dunia ni gelap gelita. Air mata mengalir laju dan mommy seakan ingin meraung di bilik doktor itu. Apa yang mommy buat ni??? Nape tak sedar anak mommy lemas dalam perot mommy??? Mommy memanggil daddy yang sudah lama menunggu di luar. Doktor jelaskan kepada daddy dan seraya itu, air mata daddy turut mengalir jua...

Kami keluar dari situ dan terus menuju ke Hospital Sultanah Aminah untuk dapatkan pengesahan 2 atau 3 orang doktor pakar mengenainya. Setibanya kami di sana, mommy di bawa masok ke bilik saringan dan scan semula...2 orang doktor pakar berada ketika itu dan mereka discuss dalam bahasa doktor. Mommy cuba calm down dan berharap anak mommy masih bernyawa. Namun, apabila salah seorang doktor menjelaskan kepada mommy:

Doktor Pakar 1: Ada 2 berita saya ingin sampaikan pada puan. Yang pertama, air ketuban puan sudah kering. dan yang kedua, maaf puan, bayi puan sudah meninggal dunia...Dari apa yang dilihat, bayi ini meninggal tidak lebih 2 hari lagi kerana anggota badannya masih normal.

Dang! Kali ini mommy tak boleh mengatakan TIDAK! Ia TIDAK BENAR! Mommy terus menangis dan menangis. Tiada apa yang mommy boleh buat selain menangis. Doktor membenarkan mommy keluar berjumpa daddy di luar. Ketika itu, kakak ipar mommy yang menjadi doktor di hospital situ datang menjenguk mommy...Kakak ipar yang sentiasa bersama mommy, banyak bertanyakan mommy sepanjang kehamilan mommy yang ini dan kali ini bersama mommy menangisi pemergiannya anak mommy yang ini. Mommy tidak boleh tahan dan menangis dengan kuatnya...Kakak ipar pujuk mommy dan seraya berkata:

Kak ti: Ayu...sabar banyak-banyak ayu...Allah lebih sayangkan dia...Anak ayu dah tunggu ayu di Syurga. Ayu bertuah, hanya orang terpilih saja yang dapat ujian ini. Anak ayu nanti akan tarik ayu di ketika ayu jatuh di titian shiratul mustaqim nanti...

Walaupon kak ti cuba memberi semangat pada mommy dalam keadaan menangis teresak2, namun ia tidak dapat menghentikan air mata mommy dari terus mengalir. Apa yang mommy tau, mommy ingin keluarkan secepat yang mungkin anak mommy dari perot mommy kerana mommy nak anak mommy dalam keadaan sempurna dan tiada kemek atau kecut di mana-mana bahagian sekali pon...

Semasa di wad, mommy sangat terkilan dengan pengurusan HSA ni. Dengan doktor yang oncall moody, dengan labnya bengong sampai rase nak letop kan je. Mommy takleh terima yang pihak HSA melewat-lewatkan mommy bersalin. Darah mommy di ambil dan dijadikan 4 sampel ujian untuk diuji. Tetapi bila sampai di lab, (ujian darah tu ambil mase 3 jam je untuk tau result) org lab kate "didn't receive any samples from this patient!" setelah 1 ari berlalu. Esoknya, amek lagi darah sbb lab dah ckp cmtu...Lusa baru tau resultnya...Dah tau je result semuanya normal, pukul 12 tengah hari, doktor masok ubat ikot bawah (tak ingat nama ubat tu, biji macam pil yang kite telan) 3mg skaligus amek sampel dari bawah untuk diuji.

Pukul 4 ptg, baru mommy start contraction. Mommy happy sebab dah ade contraction. Mommy tidak sabar untuk keluarkan anak mommy ini (tidak sanggup panggil arwah lagi time ni)...

Pukul 8 malam, mommy keluar air. Doktor yang oncall bernama Doktor Ili (mommy anti gile dengan doktor ni) panggil mommy untuk VE. Check punya check, baru bukak 1 cm...

Pukul 12 tengah malam, contraction makin kuat. Mommy pergi jumpa doktor dan buat VE lagi. Baru bukak 2 cm...Mommy minta dengan kawan mommy doa Nabi Yunus tu...Mommy baca sambil usap perot setiap kali contraction...

Pukul 4 pagi, mommy keluar darah dan mommy inform doktor ili tu balik. 
Doktor Ili: Takpela kalo keluar darah. Tak penting pon...Yang penting kalo air ketuban pecah...(dengan muka bengang dan  tak pandang pon mommy)

Pukul 5.30 pagi, mommy call ibu dan borak-borak dengan ibu sambil tahan sakit. Time ni sakit dah 3 minit skali...Tetapi mommy troskan berborak dengan ibu sehingga 1 jam. Bile sakit, mommy bace doa Nabi Yunus tu...

Pukul 6.40 pagi, sakit dah makin kuat. Terasa dah nak kuar dah...Tetapi mommy gagahkan diri untuk gosok gigi dulu...Lepas tu, mommy jumpa balik doktor ili tu dan berkata, "Doktor, saya dah tak tahan sangat ni...rasa dah nak keluar.." Time tu, semua orang dah bangun, nurse tukar shift...Semua lihat mommy yang gagah tahan sakit contraction yang makin kerap, 1 min sekali...
Doktor Ili: (Tanpa pandang mommy, buat-buat basuh tangan)...Nurse, dah bagi injection tahan sakit ke kat patient ni? bawa die ke katil die semula...
Nurse tergamam...Tiba-tiba kene marah dengan doktor pasal mommy. Datang sorang nurse yang prihatin, tanpa pedulikan doktor Ili tu, datang membawa wheel chair...Tolak mommy ke observation room dan paksa doktor Ili tu buat VE. Bukaan rahim 7 cm! Doktor Ili tanye nurse, kene bawak ke labour room ke eeekkk??? Nurse tak pedulikan doktor Ili tu tros ambil stretcher dan tolak mommy ke labour room...Sampai je di labour room, mommy terus push dan anak bujang mommy keluar pada pukul 8.07 am...


Sayang Rizqin... 

Nurse tunjuk jasad Rizqin depan mommy. Mommy usik setiap anggota badan Rizqin tau. Dan di saat Rizqin keluar, barula mommy tau, mommy mengandungkan anak lelaki...Bertambah mommy sedih apabila melihat belakang kepalamu telah kemek. Mommy amat terkilan dengan pengurusan HSA yang melambatkan proses mengeluarkan mu dalam keadaan sempurna, mommy sungguh terkilan! Mommy terkilan lagi, belum pon sempat mommy cium Rizqin, nurse bawa Rizqin pergi...Pergi tinggalkan mommy buat selama-lamanya...Kemudian, chik ngoh (kak ti) datang ke labour room dan terus tengok Rizqin...Lepas tu, daddy pon sampai, terus tengok Rizqin...Daddy menangis...Mommy pon menangis...Daddy datang usap kepala mommy acap kali...Daddy lihat mommy keletihan menahan sakit...Kemudian, daddy pergi keluar, mencari kekuatan dan tenaga. Daddy gagahkan diri untuk mengisi perot kerana selepas ini, banyak urusan yang perlu diselesaikan...Daddy terus ke rumah mayat dan ketika menuju ke situ, ayah ngoh (abang jik) datang...Datang untuk memberi kekuatan pada daddy mengharungi hari ini...

Mommy pula disoal siasat oleh MO di situ untuk mengenalpasti punca kematian mu, Rizqin...Sampel dari placenta dan uri Rizqin di ambil untuk di hantar ke KL. Lagi 2 bulan, mommy boleh tahu keputusannya. MO telah pesan kepada mommy, sayang...MO kata, "Jika keputusannya semuanya normal, terimalah pemergianmu sayang dengan redha...Sayang telah memilih untuk pergi dan tunggu mommy disyurga...". MO seakan yakin bahawa semua keputusan sampel kita berdua normal, sayang...

Di saat daddy melihat kamu dimandikan, daddy menangis....
Di saat daddy melihat kamu disembahyangkan, daddy menangis lagi...
Di saat perjalanan membawa kamu ke kubur, daddy mendukungmu sehingga ke kubur...daddy menangis lagi...Mommy sms daddy untuk sampaikan pesan pada mu sayang...Lalu daddy membisikkan ke telinga mu sayang...

AR 552, itulah nombor batu nisan dikuburmu, sayang...Mommy akan pergi melawatmu selepas mommy abes pantang ye, sayang...Mommy amat merinduimu...Terima kasih, sayang kerana memilih kami berdua sebagai insan yang terpilih untuk menerima dugaan ini...



Punca Air Ketuban Bocor?

1) Sebelum memasang cerclage, mommy tidak jalankan beberapa ujian untuk memastikan mommy clear dari sebarang infection. Oleh itu, semasa memasang cerclage, doktor pakar baru mendapat tahu ade sedikit infection dan doktor cuba merawat selepas siap pasang cerclage. Akan tetapi, infection tetap berada di situ. 

2) Apabila perot semakin besar dan menghampiri kawasan cerclage, infection TERBOCOR kan belon yang mengandungi air ketuban itu dan air ketuban keluar dengan kuantiti yang sangat sedikit tanpa disedari.

3) Serviks incompetence bermaksud pintu rahim mudah terbuka apabila kandungan semakin membesar dan berat kerana pangkal rahim mommy pendek. Hanya dijamin 50% atau mungkin kurang untuk bersalin cukup bulan. Oleh itu, potensi bersalin awal tinggi dan paling lama boleh bertahan sehingga kandungan 35 minggu seperti kedua-dua anak mommy sebelum ini...


Tanda-tanda Air Ketuban Bocor dengan kadar yang sedikit?

1) Kerap kencing...Air ketuban mampu bertahan selama 3 minggu atau kurang untuk kering sepenuhnya.

2) Kaki dan tangan sembap seperti orang dah nak bersalin.

3) Baby semakin kurang gerak dari hari ke hari


Untuk rakan-rakan mommy yang sedang mengandung, setiap kali check up, scan, sila check air ketuban dan berat baby anda selari dengan usia kandungan anda...kerana ini sangat penting selain kita ingin tahu jantinanya atau melihat mukanya atau apa yang sedang die buat dalam kandungan kita...

Mommy kini sedang berpantang tanpa mendengar tangisan bayi dirumah...Mommy teringin sangat nak pelok cium bayi, dakap bayi, susukan bayi, mandikan bayi dan sebagainya. Namun, apakan daya...Allah turunkan ujian seberat ini untuk kami berdua...

Doakan arwah, doakan kami agar kami tabah untuk mengharunginya...

P/S: Untuk makluman sekalian, mommy telah kehilangan anak buat KALI KE 2...Cerita di entry --> Kasihnyaaaaa Allah pada kami