Wednesday, May 30, 2012

Arwah Che Muhammad Danish Rizqin...

Assalammualaikum wbt...

hermmmm............

Sukarnya untuk menulis entry kali ini. Semakin ligat jari jemari ini menaip, semakin laju air mata ini berlinangan. Tidak dapat mommy menahan sebak dihati apabila anak yang dikandung selama 7 bulan, meninggal di dalam kandungan sebelum sempat melihat keindahan di dunia ini. Rizqin, nama diberi yang membawa maksud pembawa rezeki dilahirkan pada 25 Mei 2012 bersamaan 4 Rejab, pukul 8.07am, hari Jumaat...Arwah telah selamat dimandikan dan dikafankan selepas solat Jumaat dan dikebumikan di pusara saleng sebelum waktu Asar. 

~ Al-Fatihah ~  

 Sudah tentu ramai rakan mommy bertanya, bagaimana ia boleh terjadi? Pemergiannya disebabkan sakit apa? Dan macam-macam soalan yang diajukan kepada mommy tetapi mommy tidak mampu untuk menjawab di kala ini kerana setiap kali mommy cuba menceritakannya, sudah pasti air mata ini laju je mengalir. Apa yang mampu mommy jawab, mommy akan menceritakan semuannya di blog kesayangan mommy ini agar soalan tidak ditanya acap kali kerana ia akan membuatkan mommy lebih sedih dan akan berada dalam kemurungan...

Rakan-rakan sekalian,
Doktor Pakar di hospital mengesahkan arwah Rizqin meninggal di dalam kandungan adalah disebabkan air ketuban kering. Oleh itu, Rizqin lemas di dalam perot mommy tanpa mommy sedari. Ketika itu, Rizqin lemas tidak lebih dari 2 hari kerana tiada kesan kecut atau kemek di seluruh anggota badannya. Rizqin dalam keadaan normal seperti bayi yang lain!

Mungkin ramai yang tahu, mommy menjalankan pembedahan kecil ketika kandungan 15 minggu, mommy telah membuat cervical cerclage yang telah ditulis di entry INI...Selepas dari itu, semuanya dalam keadaan normal sehingga pada usia kandungan 24 minggu, terjadinya sesuatu iaitu mommy bleeding...

Untuk pengetahuan semua, dari awal kandungan 3 minggu, mommy hanya bertemu dengan Doktor Pakar untuk memastikan kandungan mommy selamat sehingga cukup bulan. Apabila mommy bleeding, mommy terus berjumpa dengan doktor tersebut. Ketika itu, bayi mommy dalam keadaan normal (Air Ketuban cukup, berat bayi 540g). Doktor Pakar mengesahkan terdapat early contraction dan sedikit infection di tempat cerclage. Darah dah tiada, ubat antibiotik dan hentikan contraction juga diberi. Alhamdulillah...semuanya kembali normal...

Pada usia kandungan mommy 25 minggu, air ketuban mommy keluar secara tiba-tiba. Mommy terus jumpa doktor dan resultnya, air ketuban mommy sedikit tetapi masih cukup untuk bayi. Ketika itu, berat bayi turun 520g. Air Ketuban pon dah tak turun lagi. Doktor nasihatkan mommy untuk bedrest dan pantau dari rumah sehingga hari check up. Jika keluar darah dan air ketuban lagi, teros ke hospital. Mommy pujuk daddy untuk pergi terus ke hospital (serah diri untuk tahan diwad sehingga cukup bulan) tetapi daddy ingatkan mommy kepada kelas Master mommy. Mommy cuba mendapatkan pelepasan kelas utk kelas yg hanya berbaki lagi 3 minggu je (3 kali lg) tetapi pensyarah mommy memberi 2 kata putus sama ada pergi ke kelas atau tangguh. Setelah 1 semester mommy laluinya n hanya berbaki 3 kali lg kelas, masakan mommy nak kene tangguh??? Sungguh tidak berhati perot pensyarah yang sorang nih! Mommy redha dan akur...

Mommy jalani kehidupan seperti biasa. Fully bedrest dan adakalanya bila daddy cuti, kami keluar untuk membeli barang keperluan untuk sambut orang baru dalam keluarga kami. Boleh kata, semua barang telah dibeli dan hanya tunggu masa untuk anak comel mommy ni keluar je...sob sob sob...

2 hari sebelum check up, mommy rasa bayi mommy kurang gerak tetapi degupan jantungnya masih ada.

1 hari sebelum check up, mommy rase bayi tidak gerak dan degupan jantung bayi lemah. Mommy ajak daddy untuk g check tetapi daddy suruh mommy tunggu esok kerana esok hari check up.

Awal pagi lagi mommy bangun sahur. Sementara tunggu azan Subuh, mommy terlelap dan mommy mimpi yang mommy melahirkan seorang anak dalam keadaan yang sangat merah dan bayi itu meninggal dunia! Mommy terjaga dan mendengar azan Subuh...Jantung mommy berdegup kencang. Mommy cuba berlagak seperti biasa dan tidur semula. Semasa check up, doktor pakar scan seperti biasa. Di saat alat scan berada di perot mommy, tiada lagi degupan jantung kelihatan. Belon yang mengandungi air ketuban kempis, hanya tinggal badan bayi mommy je...Ya Allah! Apa yang terjadi pada anakku ini...Ko kuatkanlah semangatku jika apa yang aku rase ini benar...

Doktor Pakar: (Dengan muka yang pucat)...Puan, saya harap puan banyak bersabar. Jantung anak puan dah takde. Mengikut scan ini, bayi puan baru meninggal dunia kerana tiada kesan kemek atau kecut di mana-mana anggota badannya. Dianggarkan tidak lebih 2 hari bayi puan meninggal dunia. Puan boleh panggil suami puan sebentar...

Mommy terasa dunia ni gelap gelita. Air mata mengalir laju dan mommy seakan ingin meraung di bilik doktor itu. Apa yang mommy buat ni??? Nape tak sedar anak mommy lemas dalam perot mommy??? Mommy memanggil daddy yang sudah lama menunggu di luar. Doktor jelaskan kepada daddy dan seraya itu, air mata daddy turut mengalir jua...

Kami keluar dari situ dan terus menuju ke Hospital Sultanah Aminah untuk dapatkan pengesahan 2 atau 3 orang doktor pakar mengenainya. Setibanya kami di sana, mommy di bawa masok ke bilik saringan dan scan semula...2 orang doktor pakar berada ketika itu dan mereka discuss dalam bahasa doktor. Mommy cuba calm down dan berharap anak mommy masih bernyawa. Namun, apabila salah seorang doktor menjelaskan kepada mommy:

Doktor Pakar 1: Ada 2 berita saya ingin sampaikan pada puan. Yang pertama, air ketuban puan sudah kering. dan yang kedua, maaf puan, bayi puan sudah meninggal dunia...Dari apa yang dilihat, bayi ini meninggal tidak lebih 2 hari lagi kerana anggota badannya masih normal.

Dang! Kali ini mommy tak boleh mengatakan TIDAK! Ia TIDAK BENAR! Mommy terus menangis dan menangis. Tiada apa yang mommy boleh buat selain menangis. Doktor membenarkan mommy keluar berjumpa daddy di luar. Ketika itu, kakak ipar mommy yang menjadi doktor di hospital situ datang menjenguk mommy...Kakak ipar yang sentiasa bersama mommy, banyak bertanyakan mommy sepanjang kehamilan mommy yang ini dan kali ini bersama mommy menangisi pemergiannya anak mommy yang ini. Mommy tidak boleh tahan dan menangis dengan kuatnya...Kakak ipar pujuk mommy dan seraya berkata:

Kak ti: Ayu...sabar banyak-banyak ayu...Allah lebih sayangkan dia...Anak ayu dah tunggu ayu di Syurga. Ayu bertuah, hanya orang terpilih saja yang dapat ujian ini. Anak ayu nanti akan tarik ayu di ketika ayu jatuh di titian shiratul mustaqim nanti...

Walaupon kak ti cuba memberi semangat pada mommy dalam keadaan menangis teresak2, namun ia tidak dapat menghentikan air mata mommy dari terus mengalir. Apa yang mommy tau, mommy ingin keluarkan secepat yang mungkin anak mommy dari perot mommy kerana mommy nak anak mommy dalam keadaan sempurna dan tiada kemek atau kecut di mana-mana bahagian sekali pon...

Semasa di wad, mommy sangat terkilan dengan pengurusan HSA ni. Dengan doktor yang oncall moody, dengan labnya bengong sampai rase nak letop kan je. Mommy takleh terima yang pihak HSA melewat-lewatkan mommy bersalin. Darah mommy di ambil dan dijadikan 4 sampel ujian untuk diuji. Tetapi bila sampai di lab, (ujian darah tu ambil mase 3 jam je untuk tau result) org lab kate "didn't receive any samples from this patient!" setelah 1 ari berlalu. Esoknya, amek lagi darah sbb lab dah ckp cmtu...Lusa baru tau resultnya...Dah tau je result semuanya normal, pukul 12 tengah hari, doktor masok ubat ikot bawah (tak ingat nama ubat tu, biji macam pil yang kite telan) 3mg skaligus amek sampel dari bawah untuk diuji.

Pukul 4 ptg, baru mommy start contraction. Mommy happy sebab dah ade contraction. Mommy tidak sabar untuk keluarkan anak mommy ini (tidak sanggup panggil arwah lagi time ni)...

Pukul 8 malam, mommy keluar air. Doktor yang oncall bernama Doktor Ili (mommy anti gile dengan doktor ni) panggil mommy untuk VE. Check punya check, baru bukak 1 cm...

Pukul 12 tengah malam, contraction makin kuat. Mommy pergi jumpa doktor dan buat VE lagi. Baru bukak 2 cm...Mommy minta dengan kawan mommy doa Nabi Yunus tu...Mommy baca sambil usap perot setiap kali contraction...

Pukul 4 pagi, mommy keluar darah dan mommy inform doktor ili tu balik. 
Doktor Ili: Takpela kalo keluar darah. Tak penting pon...Yang penting kalo air ketuban pecah...(dengan muka bengang dan  tak pandang pon mommy)

Pukul 5.30 pagi, mommy call ibu dan borak-borak dengan ibu sambil tahan sakit. Time ni sakit dah 3 minit skali...Tetapi mommy troskan berborak dengan ibu sehingga 1 jam. Bile sakit, mommy bace doa Nabi Yunus tu...

Pukul 6.40 pagi, sakit dah makin kuat. Terasa dah nak kuar dah...Tetapi mommy gagahkan diri untuk gosok gigi dulu...Lepas tu, mommy jumpa balik doktor ili tu dan berkata, "Doktor, saya dah tak tahan sangat ni...rasa dah nak keluar.." Time tu, semua orang dah bangun, nurse tukar shift...Semua lihat mommy yang gagah tahan sakit contraction yang makin kerap, 1 min sekali...
Doktor Ili: (Tanpa pandang mommy, buat-buat basuh tangan)...Nurse, dah bagi injection tahan sakit ke kat patient ni? bawa die ke katil die semula...
Nurse tergamam...Tiba-tiba kene marah dengan doktor pasal mommy. Datang sorang nurse yang prihatin, tanpa pedulikan doktor Ili tu, datang membawa wheel chair...Tolak mommy ke observation room dan paksa doktor Ili tu buat VE. Bukaan rahim 7 cm! Doktor Ili tanye nurse, kene bawak ke labour room ke eeekkk??? Nurse tak pedulikan doktor Ili tu tros ambil stretcher dan tolak mommy ke labour room...Sampai je di labour room, mommy terus push dan anak bujang mommy keluar pada pukul 8.07 am...


Sayang Rizqin... 

Nurse tunjuk jasad Rizqin depan mommy. Mommy usik setiap anggota badan Rizqin tau. Dan di saat Rizqin keluar, barula mommy tau, mommy mengandungkan anak lelaki...Bertambah mommy sedih apabila melihat belakang kepalamu telah kemek. Mommy amat terkilan dengan pengurusan HSA yang melambatkan proses mengeluarkan mu dalam keadaan sempurna, mommy sungguh terkilan! Mommy terkilan lagi, belum pon sempat mommy cium Rizqin, nurse bawa Rizqin pergi...Pergi tinggalkan mommy buat selama-lamanya...Kemudian, chik ngoh (kak ti) datang ke labour room dan terus tengok Rizqin...Lepas tu, daddy pon sampai, terus tengok Rizqin...Daddy menangis...Mommy pon menangis...Daddy datang usap kepala mommy acap kali...Daddy lihat mommy keletihan menahan sakit...Kemudian, daddy pergi keluar, mencari kekuatan dan tenaga. Daddy gagahkan diri untuk mengisi perot kerana selepas ini, banyak urusan yang perlu diselesaikan...Daddy terus ke rumah mayat dan ketika menuju ke situ, ayah ngoh (abang jik) datang...Datang untuk memberi kekuatan pada daddy mengharungi hari ini...

Mommy pula disoal siasat oleh MO di situ untuk mengenalpasti punca kematian mu, Rizqin...Sampel dari placenta dan uri Rizqin di ambil untuk di hantar ke KL. Lagi 2 bulan, mommy boleh tahu keputusannya. MO telah pesan kepada mommy, sayang...MO kata, "Jika keputusannya semuanya normal, terimalah pemergianmu sayang dengan redha...Sayang telah memilih untuk pergi dan tunggu mommy disyurga...". MO seakan yakin bahawa semua keputusan sampel kita berdua normal, sayang...

Di saat daddy melihat kamu dimandikan, daddy menangis....
Di saat daddy melihat kamu disembahyangkan, daddy menangis lagi...
Di saat perjalanan membawa kamu ke kubur, daddy mendukungmu sehingga ke kubur...daddy menangis lagi...Mommy sms daddy untuk sampaikan pesan pada mu sayang...Lalu daddy membisikkan ke telinga mu sayang...

AR 552, itulah nombor batu nisan dikuburmu, sayang...Mommy akan pergi melawatmu selepas mommy abes pantang ye, sayang...Mommy amat merinduimu...Terima kasih, sayang kerana memilih kami berdua sebagai insan yang terpilih untuk menerima dugaan ini...



Punca Air Ketuban Bocor?

1) Sebelum memasang cerclage, mommy tidak jalankan beberapa ujian untuk memastikan mommy clear dari sebarang infection. Oleh itu, semasa memasang cerclage, doktor pakar baru mendapat tahu ade sedikit infection dan doktor cuba merawat selepas siap pasang cerclage. Akan tetapi, infection tetap berada di situ. 

2) Apabila perot semakin besar dan menghampiri kawasan cerclage, infection TERBOCOR kan belon yang mengandungi air ketuban itu dan air ketuban keluar dengan kuantiti yang sangat sedikit tanpa disedari.

3) Serviks incompetence bermaksud pintu rahim mudah terbuka apabila kandungan semakin membesar dan berat kerana pangkal rahim mommy pendek. Hanya dijamin 50% atau mungkin kurang untuk bersalin cukup bulan. Oleh itu, potensi bersalin awal tinggi dan paling lama boleh bertahan sehingga kandungan 35 minggu seperti kedua-dua anak mommy sebelum ini...


Tanda-tanda Air Ketuban Bocor dengan kadar yang sedikit?

1) Kerap kencing...Air ketuban mampu bertahan selama 3 minggu atau kurang untuk kering sepenuhnya.

2) Kaki dan tangan sembap seperti orang dah nak bersalin.

3) Baby semakin kurang gerak dari hari ke hari


Untuk rakan-rakan mommy yang sedang mengandung, setiap kali check up, scan, sila check air ketuban dan berat baby anda selari dengan usia kandungan anda...kerana ini sangat penting selain kita ingin tahu jantinanya atau melihat mukanya atau apa yang sedang die buat dalam kandungan kita...

Mommy kini sedang berpantang tanpa mendengar tangisan bayi dirumah...Mommy teringin sangat nak pelok cium bayi, dakap bayi, susukan bayi, mandikan bayi dan sebagainya. Namun, apakan daya...Allah turunkan ujian seberat ini untuk kami berdua...

Doakan arwah, doakan kami agar kami tabah untuk mengharunginya...

P/S: Untuk makluman sekalian, mommy telah kehilangan anak buat KALI KE 2...Cerita di entry --> Kasihnyaaaaa Allah pada kami

16 comments:

Anonymous said...

Slm.
sabar, redah n kuatkan semangat ye. dlm pantang ni klu xkuatkan semangat takut nanti jadi xsehat.
I'Allah, Dia bagi ganti yg soleh solehah gak nanti, utk join die skali kat syurga kelak

hanimku said...

ayu.. sedihnya.. sambil baca blog ayu.. bergenang air mata anim.. ayu.. semoga tabah menghadapi dugaan ni ye.. Allah memilih ayu dan dehe untuk menghadapi dugaanNya.. Rizqin sedang menunggu ayu dan dehe di syurga...

haslinda hamdan said...

Sya lg risau, hari ni dah masuk hari ke 2 air ketuban sya kuar dan masih x berhenti. Yg pelik nye sya Xde Rse sakit lg. Dan sya dah cukup 40 minggu. Tye doktor semua kate Xpe di hospital kite tgk kan. Ubat utk Rse sakit pun dah masuk Tpi still Xde Rse sakit. Entahlah Xtau nk wat ape. Tension sgt dlm keadaan gni pas kat hospital lama2 lg suami plk Xde di sisi. Dtg aje kena halau . Tension betul la

Aine Ainun said...

menangis saya baca...
kebelakangan ni kandungan saya kurang gerak...saya risau sgt...
dan akhirnya saya jumpa blog ni...

Ya,
dia menanti si Syurga,...
itulah hikmahnya...
semoga saat ni awak dah tenang...

aida said...

Kes awak same dgn sy..air ketuban bocor 4ari n bby dlahirkan ketika br 22 minggu. X dpt diselmtkn. Skrg mengndung lg br 5 bln..terlantar di hspital pantai dgn air ketuban bocor lg. X taulah bby nk bleh brtahan ke x. Ble jd gni x tau nk refer kt spe sbb doc pn cm sruh baring je xwat pape. sedihnya tuhan je yg tau tp masih brharap anak ini akan slmat.

nurul said...

salam..
sy pun alami bnd yg sama..usia kndungan genap 9bln tp bby xdpt nk diselamatkn..sedih xtrkata time dktor ckp bby dh 2hr mninggal..btl2 awl muharram yg lepas..=(

farhana_alhakim said...

Ya ALLAH..sedihnya. kamu adalah org yang terpilih utk jalani sume ni. baby kamu tggu kamu di sana. saya pon pernah khilangan baby sy stelah 3 hari dilahirkn. smoga kita dikurniakan rezeki anak yang soleh dan solehah ..

Adam's Mom said...

Assalamualaikum Ayu....
Hi ni Mimie officemate Ayu kt Panasonic dlu....
Ingat lg x?
mimie skang dh nak masuk 9 bln...
Sebelum ni pn baby mimie kurang gerak....
Mimie ragu2 nak g hospital...
Sebab sblm ni pn pernah ada bleeding and warded 1 hari kt hospital...
But at last doctor cakap xde pe2....
wpun semua doctor jumpa bg jawapan yg lain2....
Ada yg kata kencing kotor, keputihanlah, poblem usus lah and last doctor pakar cakap baby mengeras...
dah suma doctor bt muka dgn i and nak minta mc utk rehat 2 hari kt umah pn xdpt....
Then bila bt followup check up bila tanya ada kemungkinan ke baby mengeras blh menyebabkan kta rsa sakit perut and bleeding...
Tapi doctor yg review tu cakap xmungkin sbb kandungan masih kecil dan sebarang pgerakkn bby jarang bagi efect rsa sakit kt mommy....
Time tu mimie baru 29 weeks.
Last2 doctor tu cakap ada masalah kt usus sbb Mimie slalu sakit and rasa perut mengeras di belah kiri....
Padahal Mimie xde masalah pn buang air time tu...
Doctor bagi ubat pn mimie xmakan....
Tu yg bila kali ni bby mimie kurg gerak mcm ragu2 je nk terus g hosptal....
Tapi bila mimie google pasal baby kurang gerak ni and terjumpa plak blog Ayu....
Baru mimie sedar benda ni xboleh diambil ringan...
Memang cerita Ayu banyak bagi pengajaran utk semua mommy....
Klu mimie pn xtau nak hadapi macam ne....
Thank you so much for sharing your story.....
Ada masa jengah2 lah blog baru Mimie:
adamsmomdiary.blogspot.com
(blog lama dh tutup buka buku baru)

Hana Hussein said...

Saya juga telah kehilangan cahaya mata ketika dalam kandungan 28 minggu pada 13/7/2013. Sedih mmg sedih. Baby saya baby boy dan anak sulung kami. Sbb kematian masih belum tahu lg... Pengalaman puan sama seperti saya.menyambut lebaran dgn hati yg hiba.

Anonymous said...

Sedih baca, sy juga baru mengalami keguguran nk masuk minggu ke sebelas sedih sngt kerana kami sekeluarga telalu menghrp kehadiranya , kami sekeluarga selalu memasang angan2 yang indah apabila lahirnya nanti.. Emmm rezeki x de kami pasrah dan redha

Anonymous said...

Al-fatihah,sedih sgt menintis air mata ni.. sye pon penah mengalami nasib yg sama mcm Puan..sye kehilangan baby girl yg cukup sifat da cukup 9 bln sebab lemas mase nk bersalin.

ShineLight said...

Terima kasih dengan perkongsian daripada puan..sangat memberi panduan bagi ibu to-be mcm saya..saya doakan puan agar diberikan keberkatan daripada Tuhan..hanya Tuhan yang mengetahui rencananya.

Anonymous said...

Asalam..mngalir air mata baca blog akak..keadaan yg sama sy alami mcm akak..smbut lebaran tanpa Cahaya sulong kami (21/07/2014) dia pergi tinggalkan kami..semoga kite same2 tabah ye akak..

jazilah ilyas said...

Was at this situation before. Tp kat hospital kajang. Air ketuban kering trus.

X ramai doktor yg berpengalaman utk servical cerclage ni. Dan x semua condition blh buat cerclage.

1st baby sy exprem, 2nd gugur ketuban kering. 3rd cerclage dan 4th skrg juga on cerclage. Skrg tgh sakit contraction dan kna tahan kat labour

Sbr bnyk2 ye dear. Ada hikmah di sebaliknya. Allah nk bg kita yg lebih baik, Allah dh letak pembntu kita di sana insyaAllah

Mommies yg nk tau psl servical incompetence dan servical cerclage blh singgah blog sy.. Mungkin ada yg blh sy bagi pendapat based pd pengalaman yg ada insyaAllah

Anonymous said...

slm.air mata berguguran tnp henti saat mambaca coretan puan.keadaan yg lbh kurang sama.kndungan saya kini sdh mnjngkau 28 mggu.tp Dr mngatakn bby mngkin boleh survive 1wk sj lg.bby vry sick.setiap ari n saat saya seolah mnggu masa utk berpisah dgnya...bby disahkn hydrop fetalis....saya hny mngetahui keadaan bby pd usia kndgn 26wk.itupun sbb g scan nk tau jntina bby n sakit dada berlarutan.

F|EDA said...

Saya pn mgalami nsib yg sama seperti puan sekarang sudah 23 hari berpantang tanpa anak disisi.hanya allah yg tau prasaan ni.smga dri ini tabah dn kuat dn smga puan sntsa berbhgia bsama kluarga