Wednesday, September 28, 2011

No tiru tiru okeeeyyhhh

Entry kali ni mommy nak menceritakan betapa sedeynyeeee mommy bila dapat tau ade seseorang meniru gaya/style atau cara penulisan mommy dalam blog peribadi mommy ni. Mommy wonder, orang seperti ini tiada identiti sendiri ke?

"Awak, awak, awak...cube awak tengok blog archive saya bila saya start ber 'blog' ni? Dah lama okeeyyhhh...Dan sekian lama tu la saya mencari identiti saya sendiri untuk menulis blog dengan lebih menarik iaitu dengan mengambil satu perwatakan saya. Walaupon tak banyak readers, saya tak kesah tau, awak...Janji penulisan saya berbeza dengan gaya penulisan orang laen :)...Untuk mencari identiti ni kan awak, memerlukan masa yang panjang kerana penulisan ni menggambarkan perwatakan seseorang itu tau. Tak elok tau awak tiru gaya orang. Bukan berdosa tetapi H.I.P.O.K.R.I.T namanya tu awak kerana itu bukan awak...Jangan marah ye awak...saya cuma menasihati jeee...Say Peaaaccceeee no war!"

Mommy ni takdela istimewa tetapi mommy mengambil personaliti yang mungkin pada pandangan orang tak suke melihatnya. Daddy suka kan mommy yang manja, gediksss, sangat ceria dan funny...Perwatakan yang orang tak suka ni la mommy jadikan identiti mommy dalam penulisan blog mommy ni...Maka terwujudlaa gaya-gaya seperti:
  • puuuurrrrfff!(sedang marah)
  • okeeeeyyhhh (sedang menggedikss)
  • eeeeeuuuuuu (sedang geli)
  • eloooo (mula nak marah) 
dan banyak lagi kalo anda perasan...

Seperti yang adik mommy kate, blog mommy tak femes...Takpe sayang, mommy tak kesah as long mommy tak tiru orang lain. 

Banyak orang kata, kalo suka tiru-tiru ni orang panggil copycat...Untuk orang yang meniru tu, Please ya, No copycat...Carila identiti sendiri dari perwatakan anda yerp...InsyaAllah anda akan temui nanti. Jadi, kembali semua kepada penulisan awak sebelum ni okeeeyyy?

Cube tengok piccas Copycat bawah ni yerp. Semoga semua readers ceria selalu!



Tuesday, September 27, 2011

Pesta Konvo UTM berlangsung lagi~~~

Haaaa...Bila sebut je pesta konvo UTM, pasti mommy, ibu dan anak-anak mommy tak ketinggalan memenuhi ruang pesta konvo tu. Hampir setiap hari sepanjang pesta tu berlangsung kami pergi, tidak kira siang ataupun malam. Sampai penat, letih anak-anak mommy berjalan membeli belah...Bila berjalan tu, takkanla balik dengan tangan kosong kan...Soooooooooooooo, untuk pesta konvo kali ni, kami beli baju-baju, tudung-tudung dan permainan anak-anak mommy.


Ni patung angry bird anak-anak mommy. Yang biru tu kakak punye dan hitam tu aqil punye. Patung ni bila diketuk berbunyi burung angry bird macam dalam game tu. Harganya dari RM15, mommy tawar dapatla RM10 setiap satunya. hihihihi




Semua gambar-gambar di atas baju t-shirt kakak dan aqil (depan & belakang baju). Warna kuning tu aqil punye manakala kakak punye warna biru. Kain nye sedap tau, lembut dan sejuk. Sehelai RM15 sahaja setiap satunya. Asalnya RM25 tapi disebabkan beli hari terakhir, dapat gak tawar habis-habisan. uhuhuhu...Terima kasih ya bang!


Yang ni plak baju dirumah...cantik kan? Depan dan blakang baju ni gambar same...Kain ni pun sejuk dipakai. Tengok seluar nya pon ade gambar tak berwarna....hehhe...Biru terang tu kakak punya manakala biru gelap tu aqil punya...Yang ni plak RM20 je setiap satunya.

Ni tak perlu cakap pon semua dah tahu sape punye baju tido kan? Tentulah kakak bushuk! Kainnya sejuk gak. Harganya pon same, RM20...


 Abaikan ye garisan dari mane wujudnya tu. Dalam lappy ok, bila upload jadi cenggini plak. Hurrmmm...Biarla...Ok, baju ni sudah tentu baju untuk aqil sempena aqil yang pandai sepak bola. Mommy puji aqil yang pandai main bola sepak. Oleh itu, mommy belikan baju ni untuk die. Tengok baju tu nama sape? F.A.H.M.I okeeeyyyh...Walaupon mommy xsuka fahmi ni tapi mommy grab je baju ni sbb pasukan bola sepak Harimau Malaya ni, mommy cuma kenal fahmi jerk. Hahahaha...Itupon sebab gosip die dengan cik jejariruncing tu. Kalau tak, takdelaaaa mommy amek tau pasal bola ni. huhuhu! Ok, stop bergosip jap. Harga baju ni RM10 sahaja....

Ni baju dan tudung mommy tapi onni sebagai modelnya laa...Tudung tu harganya RM15 dan baju tu harganya RM30...

Yang ini onni punya...Polkadot comey-comey jerk. dalam gambar xnampak plak polkadot nya. Cantik tak onni punya? Tudung tu hadiah dari kawan mommy, Noorarlenawaty...Sempena mommy mula-mula berhijrah dari free hair ke bertudung...Harga baju ni ialah RM30...




Nak panggil ape baju-baju ni ek? Dress ke? Bantai jela...Ok, yang ini plak mommy punye. Panjang tau, hanya sesuai untuk orang tinggi macam mommy atau orang lebih tinggi dari mommy. Kalau rendah dari mommy, nampak gayanya sapu lantai je la...Kain English cotton... Harganya RM30 setiap satunya...



Sebenarnya ada lagi DUA tudung onni teramatlaaa lupa mommy nak snap. hahahaha...Takpela, nanti mommy upload lagi okeyyy ape yang mommy borong di pesta konvo. Maklumlaaa, lepas ni konvo setahun sekali jerk. So, tunggu jela pesta konvo tahun depan ye...Tunggu mommy upload picas dua tudung onni yerp...adiosss

Sunday, September 25, 2011

Why mommy very tension today???

Mommy nak story mory dengan u olls semua why mommy really really really tension today...

1. Mommy geram kerana pekerja yang dulunya rajin, punctual dan fokus kini sudah bertukar. Dah 2 hari tak datang kerja. Semalam inform tapi today tak inform pon. "Awakkkk....Kenapa camtu awak? Awak ada masalah ke awak? Awak dah banyak cuti sebelum raya, ketika raya dan selepas raya. Datang keje tersangatlaa lambat minggu ni. Pastu seminggu ni awak bad mood je. Nape awak? Kalau ade masalah, bagitau la saya...Saya ni good listener and good advisor okeeeyyy...(puji diri sendiri, ekekeke)".

2. Daddy beri mommy baca sms kawan baik daddy tu bagi. Ya Allah! Geramnya mommy bace...Dahla tu, certain words mommy cannot  understand. puurrfff!!! 
"Helo en bestfriend, awak tau tak yang saya ni banyak bukti untuk jatuhkan awak? Awak lupa ke pada setiap sms yang awak bagi pada en suami saya tu dan sms liza dan ibu saya? Awak lupe ke? Saya snap pic semua sms tu dan match kan tau...Saya print nanti, dan sertakan dengan resit-resit bank, bank statement dan report polis okeeeyyy...Lepas tu, saya binding dan wat 3 copies ok? 

Lepas tu kan en bestfriend, awak lupa ya pada saksi-saksi yang terlibat dalam kencah masalah awak ni...Saksinya ialah liza, ibu dan pakcik liza. Haaaa camne awak??? Still nak buat report polis mengatakan kami upah orang utk ugut awak dan family ke? Dan tuduh kami buat laporan palsu ke?

Awak awak awak...awak ni tak tahu bezakan antara UGUT dan REMIND ke? Nak saya jelaskan ke? Kami mengingatkan awak je untuk bank in duit kami sepantas kilat...Sarjan polis tu pon berbuat demikian...Tidak ada berunsurkan ugut. Awak tu yang salah paham....Nanti kami saman malu plak, nak tak?

Awak ce pk jap...Kalau naik mahkamah kan, saya ade banyak bukti dan saksi. Dan awak pula hanya awak dan ayah awak je dengan bukti yang senang cerita xdela bukti yang kukuh. Awak bayangkan jap ye, sekiranya kes tu saya menang, awak kene bayar duit saya, bayar lawyer dan kalau saya saman malu skali, brape banyak awak kene keluar duit untk bayar??? Banyakkkk awak....

Dahla awak, penat la saya dah...Saya REMIND sekali lagi ye...Sila bank in duit RM1900 kepada kami SEMINGGU DARI SEKARANG yerp..."


Fuhh, sesi meluahkan perasaan yang marah. Sebab tu tulisan warna merah tu. Bila tak luah, jadi tension. Satu keje pon mommy tak boleh buat...Okla, itu je hari ini...

Saturday, September 24, 2011

Pink...Pink...

Wahhh, seronoknyeeee mommy! Mommy beli pencil case baruuuu. Warna ape? Of course warna pink! Ape yang wat mommy lagi gembira ialah pencil case tu gambar Angry Birds. Dapat plak warna pink, tros mommy grab. Mintak duit dengan daddy dengan penoh gediks. Time tu dah tau harganye. Murah je, RM4.70...Murah kan???

Mommy: daddy...nak RM5 bleh? RM5 je...
Daddy: nak beli ape?
Mommy: Ermmm...adelaaa...(Kalo bgtau daddy time ni, sure daddy tarak kasik)
Daddy: nah...

Mommy pon teros berlari keriangan membeli pencil case pink Angry Bird. Opps! Lupe nak bagitau bagaimana mommy boleh tau pencil case tu? Mommy gi ke kedai sebelah beli stok makanan utk duduk di kedai daddy. Maklumlah, pekerja daddy hari ni cuti, so kami berdua je tinggal...Time nak bayar, tiba-tiba banyak plak stok pencil case sampai. Mata mommy tertumpu pada satu yang berwarna pink...Comelnyaaaaa! Mommy memang sangat pantang tengok benda-benda comel okeyyyhh...nafsu mommy tak boleh tahan bila tengok benda comel. Tau plak harganya murah, mommy lagi tak boleh tahan...huhuu...Tu je la ceritanyaaa...

Abaikan ye dalam body my pencil case tu. huhuhu

Thursday, September 22, 2011

Our Palace





Inilah Rumah kami Syurga kami...Mommy bukan nak cerita bagaimana proses mommy dapat rumah ni atau pindah masuk ke rumah ini ye...Tetapi mommy ingin menceritakan mengenai "grant". Tahukah anda ape itu Grant House? Mommy pon tak tau the exact meaning of grant house. Hehehe...Tapi mesti semua tau ape itu gran rumah bukan? Ok, ketika mommy dan daddy dalam proses mendapatkan rumah ni, kami tidak sedar bahawa rumah ini sebenarnya Master Grant...Bukan Individual Grant okeyyy...Master Grant tu, satu kawasan perumahan ni dalam satu gran je. So, bila ramai yang dapat tau, ramai ingin pecah gran. Maka, untuk pecahkan master grant kepada individual grant, kami perlulah membayar RM6800 ye tuan-tuan dan puan-puan...Bayar down payment kereta proton exora basic pon lepas tu. huhuhu. Kami baru menghuni rumah itu 1 year...Banyak pakai duit ye adik-adik bila ade rumah sendiri ni. Bila kami tau mereka nak pecah gran, kami dah mula sesak nafas. Seperti yang anda tahu sekarang ni, kes penipuan bff daddy semakin menyesakkan kami...Di ketika kami sedang mengumpul duit untuk gran rumah kami, berlaku pula kejadian ini...Terpaksa kami gunakan duit itu...Sedey kannn???

Dengar cerita, sekiranya tidak bayar pecah gran itu selepas habis tempoh, lawyer tu akan tambah RM1000 untuk setiap bulan yang lewat bayar...SATU RIBU tu tuan-tuan dan puan-puan....bukan SATU hengget tau...-_-' haih...Pelbagai betul dugaan dalam rumahtangga kami ni...Kerana dugaan itulah menjadikan kami lebih kuat, tabah dan matang dalam setiap perkara...Wahai En lawyer, bersimpatilah pada kami ni...sian kami, dahla kene tipu DUIT...kalo tipu tidak berkaitan duit takpe. Ok En Lawyer? ehhehehe...



Itu jelaa mommy nak cerita. Nasihat mommy, sebelum anda membeli rumah, sila pastikan mengenai Title Grant. Ini penting ye kerana jika apa-apa berlaku, gran rumah kita boleh membantu kita tapi dingatkan, ia adalah jalan yang terakhir untuk diambil...Selagi boleh di cari duit, carilah...Jangan sesekali gunakan gran rumah ye. Jika master grant, akan menyusahkan anda kelak. Mengapa? Setelah berhabisan duit untuk beli rumah dan pindah masuk ke rumah baru, baru nak pecah gran seperti kami, ia akan menyesakkan anda. Terutamanya golongan muda mudi seperti kami ni yang duit simpanan berapa kerat je...Oleh itu, pastikan rumah itu individual grant okeyyy...kerana kita boleh berbincang dengan pihak bank untuk masukkan ke dalam loan...So, kita bayar loan je tanpa perlu berfikir bagaimana ingin mencari duit untuk pecah gran...


Terima kasih ye semua kerana sudi meluangkan masa membaca coretan mommy ni...Sayang kamooo!

Wednesday, September 21, 2011

update kisah "Kerana DUIT...."

Sewaktu mommy di dalam kelas tadi, daddy telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis mengenai penipuan duit oleh kawan baiknya. Mommy telah ceritakan di SINI. Apa yang terjadi??? Menurut cerita daddy, ketika sedang mengarang laporan, adik daddy merangkap adik ipar mommy call daddy untuk menanyakan tentang kes ini. Kemudian, adik ipar pon memberi nombor telefon adik kawan baik daddy kepada daddy. Terima kasih Yat! Sebelum itu, daddy cuba menelefon kawan baiknya itu. Guess what??? Kawan baiknya offkan hp! Daddy pon beri nombor telefon adik kawan baiknya kepada sarjan Latif. 

Sarjan Latif menghubungi kawan baik daddy. 

Sarjan: Hello...ini ttuuuuuttt ke? Abang awak bernama tuuuuttttt ke?
Adik BFF: Ya saya...Ini siapa?
Sarjan: Saya Sarjan Latif, polis dari kulaijaya. Saya menerima aduan dari en idham mengatakan abang anda tidak membuat sebarang kerja setelah menerima duit sebanyak RM1900. Abang anda ada di situ?
Adik BFF: Tiada sarjan. Abang keluar.
Sarjan: Ok, sekiranya dapat menghubungi dia, beritahu dia yang saya ingin berbincang dengannya sama ada pulangkan duit atau memulakan kerja pembaikan di rumah ibu mommy (alamat umah ibu mommy). 
Adik BFF: Baik sarjan. Terima kasih sarjan.

Selang beberapa minit...Sarjan Latif menelefon daddy.

Sarjan: Hello en idham...Saya telah menelefon tttuuuuttt dan dia berjanji akan memulakan kerja pada hari sabtu. Diharapkan anda bersabar. Sekiranya hari sabtu itu dia tidak melakukan sebarang kerja, kami akan buka kes dan akan terus menangkap dia. Jadi, en idham perlu menunggu sehingga hari sabtu. 
Daddy: Terima kasih sarjan!

Selang beberapa minit, daddy menerima sms dari kawan baiknya. Mommy sungguh tidak puas hati apabila membaca sms pertama dari kawan baiknya tetapi apabila baca sms berikutnya, dia meminta maaf, mommy sejuk sedikit...Nasihat mommy pada rakan baik daddy tu, jangan takut untuk berkata benar hanya kerana takut hilang job. Kalau benar anda ada job di tempat lain, maklumkan perkara sebenar dengan kami. Tidak perlu dengan menipu kami mengatakan anda berada di rumah ibu mommy, dah dekat nak sampai rumah ibu mommy and pelbagai alasan yang anda berikan. Setiap sms anda dari tarikh 15/9/2011 sehingga hari ini, kami kumpulkan dalam satu document sebagai bukti. DUIT jangan dipermainkan okeeeeyyyyy....

Apa yang mommy, daddy dan ibu perlu lakukan sekarang ini ialah menunggu sehingga tibanya hari sabtu. Sekiranya dia tidak datang seperti yang dijanjikan, kami tidak teragak-agak untuk membuka kes...Jadi, kami tengah dan sedang bersabar yang amat tinggi okeeeyyyy....

Tuesday, September 20, 2011

Kerana DUIT....


Duit atau wang ni ada hantu ke??? Yup! memang ada hantu sebab tu manusia boleh lakukan apa sahaja kerana DUIT
DUIT boleh mengaburi mata seseorang sehingga lupa yang mana baik dan buruk. 
Kerana DUIT juga boleh merenggangkan atau memutuskan hubungan atau silaturrahim yang telah lama dibina.

Apa yang mommy nak cerita ialah mengenai kawan baik daddy yang dikenali sejak zaman kecil lagi...Tapi siapa sangka kawan baik sejak kecil lagi boleh menipu daddy hanya terdesak kerana DUIT

Rumah ibu mommy di KL menghadapi kerosakan besar yang menelan berbelanja 4-5ribu untuk dibaiki. Oleh kerana kawan baik daddy ada di KL, daddy dengan pantasnya meminta tolong rakan baiknya untuk amek job tu. Ibu mommy beri deposit RM1900 kepada dia untuk membeli barang-barang kerana percayakan dia dan ade niat ingin tolong kawan. Apa yang terjadi ialah, kawan baiknya menipu daddy. Tidak angkat call dan balas sms daddy. Malah kerja langsung tidak dilakukan. Start pon tak, okeyyyy...Tersangatla geram! Mommy dah cakap dengan daddy yang kawan baik daddy tu macam menipu tapi daddy marah mommy kata begitu. Mommy kata yang mommy dapat rase yang kawan baik daddy tu memang menipu daddy tapi daddy tidak percayakan mommy. Mommy cakap tu bukan sebarang cakap tapi ia datang dari kata hati mommy dan juga tanda-tanda dari mimpi mommy tu.

Akhirnya, sampai ke hari ini, kawan baiknya lesap ntah ke mana...nasi sudah menjadi bubur....Mana nak cari duit RM1900 dalam mase singkat untuk ganti duit ibu mommy tu??? InsyaAllah, hari ini daddy g ke balai polis untuk membuat report...Kemungkinan, kawan baik daddy itu terdesak perlukan duit. KEBETULAN rumah ibu mommy kat KL rosak, jadi kawan baik jadi sasaran untuk kes penipuan...Untuk ibu mommy, daddy guna duit modal kedai daddy untuk ganti duit ibu tu. Dalam masa yang sama, daddy serahkan pada pihak polis untuk tangkap kawan baik daddy tu. Secara tidak langsung, terputusla hubungan sesama manusia hanya kerana DUIT...

Oleh itu, rakan-rakan mommy, berwaspadalah....Tidak semua kawan baik boleh dipercayai 100%...Bukan senang nak cari kawan baik yang benar-benar baik dan kekal sampai ke akhir hayat...Jadikan kisah mommy ini sebagai pengajaran...

Monday, September 19, 2011

Mommy fenin~~~ tulun!

Kenapa? Kenapa? Kenapa? 
Actually, mommy tengah pening buat tutoring system ni. Mane taknya, mommy kene wat quiz yg ade 62 soalan dan soalan tu kene random keluar. Lepas tu, setiap soalan tu ade level iaitu easy, medium dan difficult yang mewakili markah 1, 2, dan 3 diasingkan mengikut chapter...Boleh bayangkan tak? Mommy tengah pening part tu. Ada sesiapa boleh tolong mommy? Mommy dalam kebuntuan sekarang ni...Siap je part ni, mommy kene wat automated chapters. Ape tu? student kene baca chapter by chapter dan wajib jawab quiz. Sekiranya student tak lepas quiz chapter tu, chapter berikutnya tidak akan dibuka. haaaaa...ni pon tengah fenin...Kat bawah ni, mommy nye front page system...enjoy!

Thursday, September 15, 2011

7th anniversary!

Brape kali mommy nak anniversary ni? huhuhu....Sebenarnya, kami start bercinta a.k.a bercouple pada 15/09/2004. Jadi, hari ini genaplah mommy and daddy 7 tahun bercouple. Kami bertunang pada 03/06/2006, maka dah 5 tahun bertunang...Kami kahwin pada 19/08/2007, maka dah 4 tahun berkahwin...Pejam celik, pejam celik dah 7 tahun...sape sangka??? Hehehe...Mommy doakan semoga percintaan kita sentiasa mekar dalam rumahtangga kita sampai bila-bila...Mommy nak hidop bersama daddy dan cahaya mata kita. Bersama-sama kita mendidik anak-anak kita menjadi baik, cerdik dan kuat tiang agamanya...Aminnn.....

Wednesday, September 14, 2011

Register...register please...

Hai u ols!!! Hehehe...

Pejam celik pejam celik dah semester 3 dan juga merupakan tahun akhir pengajian Master mommy, InsyaAllah...Mommy baru je abes register subject dan paling penting skali research study 1 (dissertation)...Ape maknanye tu? Maksudnya mommy dah kene start wat research, kene siapkan proposal dan thesis supaya sem depan mommy boleh viva...Lepas viva, maka mommy pon boleh graduate..bunyi macam senang je kan? Sebenarnya tidakla semudah yang disangka...huhuhu......Research ni penting untuk mommy kerana penentu kepada mommy untuk dioffer amek PHD...Destinasi terakhir mommy tu dan impian mommy...Ape yang mommy harapkan ialah doa dari semua untuk kejayaan mommy...