Thursday, September 22, 2011

Our Palace





Inilah Rumah kami Syurga kami...Mommy bukan nak cerita bagaimana proses mommy dapat rumah ni atau pindah masuk ke rumah ini ye...Tetapi mommy ingin menceritakan mengenai "grant". Tahukah anda ape itu Grant House? Mommy pon tak tau the exact meaning of grant house. Hehehe...Tapi mesti semua tau ape itu gran rumah bukan? Ok, ketika mommy dan daddy dalam proses mendapatkan rumah ni, kami tidak sedar bahawa rumah ini sebenarnya Master Grant...Bukan Individual Grant okeyyy...Master Grant tu, satu kawasan perumahan ni dalam satu gran je. So, bila ramai yang dapat tau, ramai ingin pecah gran. Maka, untuk pecahkan master grant kepada individual grant, kami perlulah membayar RM6800 ye tuan-tuan dan puan-puan...Bayar down payment kereta proton exora basic pon lepas tu. huhuhu. Kami baru menghuni rumah itu 1 year...Banyak pakai duit ye adik-adik bila ade rumah sendiri ni. Bila kami tau mereka nak pecah gran, kami dah mula sesak nafas. Seperti yang anda tahu sekarang ni, kes penipuan bff daddy semakin menyesakkan kami...Di ketika kami sedang mengumpul duit untuk gran rumah kami, berlaku pula kejadian ini...Terpaksa kami gunakan duit itu...Sedey kannn???

Dengar cerita, sekiranya tidak bayar pecah gran itu selepas habis tempoh, lawyer tu akan tambah RM1000 untuk setiap bulan yang lewat bayar...SATU RIBU tu tuan-tuan dan puan-puan....bukan SATU hengget tau...-_-' haih...Pelbagai betul dugaan dalam rumahtangga kami ni...Kerana dugaan itulah menjadikan kami lebih kuat, tabah dan matang dalam setiap perkara...Wahai En lawyer, bersimpatilah pada kami ni...sian kami, dahla kene tipu DUIT...kalo tipu tidak berkaitan duit takpe. Ok En Lawyer? ehhehehe...



Itu jelaa mommy nak cerita. Nasihat mommy, sebelum anda membeli rumah, sila pastikan mengenai Title Grant. Ini penting ye kerana jika apa-apa berlaku, gran rumah kita boleh membantu kita tapi dingatkan, ia adalah jalan yang terakhir untuk diambil...Selagi boleh di cari duit, carilah...Jangan sesekali gunakan gran rumah ye. Jika master grant, akan menyusahkan anda kelak. Mengapa? Setelah berhabisan duit untuk beli rumah dan pindah masuk ke rumah baru, baru nak pecah gran seperti kami, ia akan menyesakkan anda. Terutamanya golongan muda mudi seperti kami ni yang duit simpanan berapa kerat je...Oleh itu, pastikan rumah itu individual grant okeyyy...kerana kita boleh berbincang dengan pihak bank untuk masukkan ke dalam loan...So, kita bayar loan je tanpa perlu berfikir bagaimana ingin mencari duit untuk pecah gran...


Terima kasih ye semua kerana sudi meluangkan masa membaca coretan mommy ni...Sayang kamooo!

0 comments: