Friday, June 1, 2012

Berpantang tanpa Arwah Rizqin...

Hari ini merupakan hari ke 7 mommy berpantang tanpa kehadiran si comel Rizqin. Dan ini bermakna sudah 7 hari Rizqin meninggalkan mommy dan daddy...

~ Al-Fatihah ~

Sayangku, Rizqin...

Mommy masih teringat di hari pertama mommy menjejakkan kaki ke rumah kita, Rizqin. Di sepanjang perjalanan, air mata mommy mengalir tanpa henti sambil melihat pemandangan di luar. Pemandangan yang kosong...Mommy sedih kerana Rizqin tidak bersama mommy pulang ke rumah seperti kebiasaannya ibu bersalin. Sebelum pulang ke rumah, daddy telah kemas semua barang-barangmu, Rizqin di tempat yang jauh dari penglihatan mommy. Daddy khuatir mommy tidak kuat untuk mengharungi hari-hari tanpa kamu, Rizqin...

Di ketika mommy turun dari kereta, mommy merasakan kaki mommy tidak berpijak di bumi ini. Mommy menangis teresak-esak, cuba melepaskan kesedihan yang telah lama bertakuk di hati. Ketika itu, mama tok (ibu daddy) berada di rumah, menjemput mommy dan daddy masuk dan makan. Sungguh mommy tidak lalu untuk makan atau jamah makanan sekalipon. Apa yang ada difikiran mommy adalah kamu, Rizqin...

Kemudian mama tok kamu cuba memberi kata-kata semangat kepada mommy tetapi ia tidak mampu menghentikan air mata mommy ini dari terus mengalir di pipi...Mommy katakan pada mama tok yang mommy teringin sangat nak ada baby, pelok cium baby, susukan baby dan sebagainya. Tahu apa mama tok cakap, "ok...ok...ok...cukup setahun, mengandung lagi". Huhuhu...Walaupon mommy akan mengandung lagi namun ia tidak boleh menggantikan kamu, Rizqin...Bagi mommy, kamu adalah yang istimewa! Semakin rancak berbicara dengan mama tok kamu, air mata mama tok pula mengalir...Mengenang cucunya ini yang merupakan cucu pertama menjejakkan kaki ke Syurga...Yang akan menunggu ahli keluarganya yang lain untuk bersamanya...

Tahukah kamu Rizqin bahawa mama tok kamu sanggup cari seribu jalan untuk datang juga ke sini semata-mata untuk melihat keadaan kita??? Mama tok datang untuk memberi kekuatan pada mommy dan daddy...Mama tok sedih melihat keadaan kamu dalam kemerahan. Mommy bersyukur kerana cik ngoh (kak ti) bekerja sebagai doktor di HSA, maka dapatlah sekeping dua gambar jasad kamu, Rizqin...Jasad yang dalam kemerahan dengan belakang kepalamu kemek, dan wajah dalam kelemasan. Ya Allah, sedihnyaaa melihat kamu dalam keadaan tu, Rizqin! Mommy cuba meletakkan diri mommy di dalam keadaan kamu, tidak mendapat oksigen. Ya Allah! 

herrmmm....

Hari ini hari ke 7 mommy berpantang...Nenek (ibu) kamu dah membawa kakak dan abang kamu bercuti di kampung selama 2 minggu. Maka, tinggallah mommy keseorangan di rumah, menanti kepulangan daddy dari mencari rezeki. Hidup mommy kosong tanpa mendengar tangisan bayi. Sunyi, sepi tanpa menguruskan bayi...Jika ada kamu, Rizqin sudah tentu mommy sibuk menguruskan kamu, basuh CD kamu, kumpul stok susu kamu dan macam-macam lagi...Tetapi semuanya itu takkan berlaku! Kesudahannya, mommy teringat kamu dan menangis saban hari ini...


Sayang Rizqin...Mommy tak sabar nak abeskan pantang ni sebab mommy tak sabar nak menjenguk kamu di kubur. Macam-macam mommy nak cakap dengan kamu...Nanti mommy hias kubur kamu cantik-cantik ye...Oh ya, ada satu soalan yang singgah di fikiran mommy ni. Adakah kamu akan berjumpa dengan atok dan ayah tok kamu???



Mommy akan cuba abadikan setiap apa yang mommy lalui di dalam blog kesayangan mommy ini. Hanya dengan cara ini yang dapat meluahkan isi hati mommy ini...Di hadapan orang, susah mommy untuk meluahkannya tetapi di sini.......Di sinilah tempatnya.

6 comments:

Anonymous said...

semoga kuat dan terus kuat... Rizqin menanti mu di syurga.... :)

kak ina said...

salam...pahit kan manis akhirnya. tuhan menguji kita krn kita mampu menghadapinya. adik punya 2 permata hati penyejuk mata di dunia, 2 di sana....alhamdulillah. Mereka menunggu ibu dan ayah mrk, akn membrikan air kpd ibu dan ayh mereka nanti....takziah. akak menunggu kehadiran baby selama 10 thn, dan dikurniakan baby bulan nov lepas, dan baby meninggalkan akak di usianya 5 bln dlm kandungan dik...pahit utk ditelan. dan sekarang gembira sgt2 sbb allah bg kita aset tk ternilai di sana, tmpt abadi kita...kuatkan dirimu, kmu punya anak2 lain...akak tiada anak2 lain lg...cuma berharap agr dkurniakan zuriat buat kami...amiin.

Anonymous said...

salam... akak.. sabar lar.. hanya 2 yg mampu diucapkan.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Tuhan 2 maha mengetahui.. ada hikmah disebalik pemergian Rizqin.. Dia pilih akk untuk hadapi sume ni sbb dia tau akk kuat tuk jalani kehidupan tnpa Rizqin.. kalo sy kat tmpt akk mgkn sy xsekuat ni... sbb 2 Dia xpilih sy sbb dia tau sy xsekuat akk.. bykkan bersabar n berdoa...

lailasani said...

Ayu,
Moga tabah hadapi ujian Allah. INSYAALLAH, hikmah sudah pasti. Syurga utk baby. Al fatihah

Anonymous said...

ayu,sabar byk2 noh..rizqin menanti dirimu di syurga.Hnya Allah yg lebih mengetahui pe yg terbaik.Sbg hamba kita kena redha pemergian arwah.Aku yakin ko bole mengharungi ujian nie dgn tabah.

yan said...

salam, saya pun sama mcm awak, baby saya meninggal bulan lepas.. Anak yg k 3, skrg tngah berpantang.. Mmg kekadang tu airmata la peneman bila rindu sngat kat arwah... Semoga kita cepat dpt baby lg....