Saturday, October 24, 2015

Dear xxxx


"Dear xxxx,
Tak perlulaaaa susah2 cari kawan untuk isteri U. Dia bahagia hidup macam tu...
Kalo U nak bagi kawan untuk isteri U, biar jantina lelaki. Tau kenapa? Sebab lain jantina takkan tikam dia dari belakang, takkan jadi talam 2 muka, munafik/pendusta.

Dear xxxx,
Semasa isteri U nekad untuk memilih jalan hidupnya sendiri dan keputusan itu dibuat bersama2, ketika itu hadir pula seorang lelaki yang telah lama admire isteri U dan terus melamar isteri U. Mengapa U pula memilih untuk tidak melepaskan isteri U pada lelaki itu? Sebab lelaki tu bukan suami orang, dia masih single and available ke? Suddenly, U sanggup tinggalkan semua agar isteri U tak boleh dimiliki oleh sesiapa. Kelakar bukan? Kelakar kerana its exactly same like U do to her. Dibayar CASH oleh Allah SWT. Isteri U tak minta pon untuk U dibalas and she is not planning anything. Its happen perfectly on that time. Inilah jawapan istikharah yang isteri U buat. Isteri U beritahu, yang dia terpaksa menerima U semula kerana mengikut kata peguamnya, ape2 pon tindakan perlu ada hitam putih. Maka baliklah isteri U pada U dalam keadaan keterpaksaan, dalam tiada rasa cinta. Ramai yang menghalang dia untuk berbalik pada U tetapi oleh kerana peguam berkata begitu, she doesn't have a choice...

Dear xxxx,
Kini hidup U dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup. Bersabarlah menghadapi ujian Allah SWT. Ape yang U alami sekarang ni adalah balasan dari Allah SWT yang telah Allah janjikan pada hambaNYA jika melakukan perkara2 yang dilarang oleh Allah SWT. Kesempitan hidup U yang teramat sangat sehingga U jobless dari bulan Mei sampai Ogos dan kini U terpaksa menjual satu2nya sumber pendapatan U untuk kelangsungan hidup. Hutang2 U keliling pinggang dan amountnya bukan sedikit, sangat banyak seperti membeli sebiji rumah teres 2 tingkat. U juga telah merosakkan nama isteri U di mata bank2. I sangat kesian dengan isteri U kerana di saat U jobless, U buat hal lagi. Allah SWT itu Maha Melihat, Allah tidak pernah tidur. Kesian isteri U, sangat kesian...U terima balasan dari Allah, dia juga terkena tempiasnya walhal dia tidak melakukan ape2 keburukan kepada U...Ingatlah, kejayaan seseorang lelaki kerana adanya ISTERI yang menjadi tulang belakang DAN kegagalan seseorang lelaki kerana adanya SKANDAL.

Dear xxxx,
Isteri itu pembawa rezeki. U telah menghancurkan hati isteri U, U buat hidup isteri U menderita terlalu lama, maka Allah SWT telah menarik semua rezeki yang DIA telah beri pada U kerana U lupakan DIA. Jika U mencintai dan menyayangi DIA, maka U juga turut mencintai dan menyayangi isteri U. Hubungan U dengan DIA tidak sempurna, bagaimana U nak sempurnakan hubungan U dengan isteri U, menjadi pemimpin isteri U? Cukup2la mengatakan "hanya manusia biasa". Ayat itulah menjadikan keruntuhan akhlak kerana ia seringkali digunakan setiap kali melakukan kesalahan. Kita diberi akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk. Maka gunakan akal itu sebaik2nya. Jangan diikutkan bisikan syaitan dan iblis yang cuba menyesatkan kita...

Dear xxxx,
Telah banyak telah kucoretkan di sini...Semoga isteri U tabah, sabar, kuat dan bertahan untuk terus hidup bersama U..."

0 comments: