Tuesday, December 2, 2014
ALLAH MAHA PENYAYANG
Assalammualaikum
wbt...
Alhamdulillah,
diizinkan Allah SWT, suami berubah perlahan-lahan. Kami bekerja bersama2 di
dalam satu kedai dan banyak berbincang pelbagai perkara bisnes dan akhirnya
hubungan umpama kawan. Tahun lepas pon kerja dalam satu kedai tapi xbyk
kerjasama, xbyk berbincang dan banyak wat hal sendiri. Selebihnya, hanyala
diam. Tapi untuk tahun ni, kami bermula sebagai kawan. Bergelak tawa dan banyak
berbual2. Ade juga suami tanya mcm mane perasaan mommy padanya. Mommy hanya
katekan cukup dulu sebagai seorang kawan, tak lebih dari tu. Mommy selesa suami
sebagai kawan tika ini. Satu hari, di bulan februari, suami ajak mommy jumpe
doktor pakar ortopedik perihal jari ni. Operate julai tahun lps, tapi naik
balik pulak ketulannya. Lagi banyak plak. Lepas tu, doktor pon set date operate
sekali lagi. Kali ni, operate full bius. Sehari sebelum operate, mommy dah
masuk wad. Suami teman mommy, byk sms mommy tanye cmne, berdebar ke x. Caring
plak mamat ni. Hantar wad pagi, main2 sms, lps tu ptg melawat plak. Mase abes
waktu melawat, mommy soh suami bwk hp balik sbb esok operate, xtau nk simpan
mane. Suami cakap, "Esok B janji B teman mumy ye?". Mommy angguk je
la. Malam tu puasa dan bangun pagi esok, tunggu giliran. Pukul 11pg, bilik OT
panggil dan abes operate beberapa minit sebelum kul 2ptg. Mase tu mumy mamai2
lagi, tp dgr suara suami dan ibu. Suami usap pale mommy sambil panggil nama
mommy. Mase mommy sedar dah malam. Mommy muntah2 terok. Langsung takleh makan
minum. Lepastu, nurse bg ubat tahan muntah dan mommy tdo balik. Mommy sedar
pukul 11malam. Baru cari makan. Tibe2 rase gegaran bawah bantal. Oooo, suami
selitkan hp bwh bantal. Tgk hp, byk sms dari suami dgn ayat2
pergghhh...caringnye and romantik la plak mamat ni. Rase macam bercinta la
plak. Hahaha...2 hari di wad, akhirnya mommy dibenarkan balik. Selama 2 hari di
hosp, suami mandikan mommy sebab tangan tak boleh kene air. Di rumah plak,
2weeks suami mandikam mommy...Tibe2 hati ni dah start dah berbunga2. Suami
alert bile appointment mommy dgn doktor pakar. Result keluar 1 month after
operate and mommy ade big cyst di jari. Die boleh tumbuh lagi and bukan sejenis
cancer. Alhamdulillah...Setakat ni, xtumbuh2 lagilaa..
Akibat
dari tu, jari mommy tak boleh lipat. Cacatkah mommy? Doktor pakar set
appointment date untuk fisioterapi. Suami sentiasa patuhi date fisioterapi
mommy dan sanggup tunggu biarpon latihan itu memakan masa berjam2. Alolololo
sweetnyeee...Alhamdulillah, jari mommy pon dah boleh lipat seperti biasa, boleh
buat keje seperti biasa dan last kelas fisioterapi dah. Dalam masa yang sama,
mommy tak prasan yang dah 2 bulan mommy xdtg haid. Satu aritu, mommy sakit
migrain. Jumpe doktor untuk dapatkan ubat migrain. Doktor pon tanye, bile last
period? Alamakkk, almost 2months xdtg haid. Tak perasannn....Doktor check UPT
dulu and the result is positive! Mommy bgtau suami tapi kali ni, suami xsenyum
pon. Bukan biasanye die suke ke? Mommy pon biarkan jela. Dalam die slumber je,
die patuh date bwk mommy buat maternity check up dgn doktor pakar di hosp
swasta. Seriously mommy xde mabuk2 dan sebagainya. Mommy cume makan ubat
duphaston je. Mase 12week, mommy keluar fresh blood, pnoh
pad, siap bocor lagi. Suami cuak sangat, tros hantar mommy ke ICU...Dalam
fikiran mommy, keguguran lagila ni. Kali ni, kehamilan kali ke 7. Doktor pon
scan and guest what? Mengalir airmata mommy melihat janin 12weeks tu bergerak
aktif. Jantung pon dah berbunyi. Janin tu menunjar2 di saat doktor scan. Tapi
fresh blood yg byk tu??? Doktor pon explain, "Sebenarnya ade ketulan darah
menghimpit belon janin tu. So, darah tu pecah dan keluar. Ketulan darah tu
diluar belon tu. Jika di dalam, janin tu pon turut keluar skali". Mommy
pon cerita pada suami...Suami syukur sebab baby okey dan aktif.
Sejak
kejadian tu, mommy sayangkan kandungan mommy dan dalam diam mommy jatuh hati
semula pada suami. Kandungan yang ni, mommy asyik berhias je, berseri2. Suami
plak semakin lama, semakin romantik. Asyik sms sayang2. Mcm bercinta dulu2 u ollss...Caturan
Allah itu Maha hebat...Allah hadirkan nyawa lain dalam rahim mommy untuk
terbitkan rase cinta, kasih sayang semula di antara kami, suami isteri. Setelah
lama mendung, kini terbit pelangi di senja hari. Sangat cantik pelangi tu,
begitu jugalah kami. Semakin hari semakin bahagia dan rasa cinta, kasih sayang
itu semakin menebal...Begitu juga, bayi di dalam rahim kami, semakin membesar
dan aktif. Ramai yang cakap, mommy berseri2, ari2 masak sedap, suke baking,
mesti anak perempuan nii...Suami xsabar bawak mommy g scan 4d. Doktor pakar
cakap, its a girllll....Congratulations! Seronoknyeee kami...Kami mula mencari
nama. Suami cakap, "Cari nama yang maksudnye kegembiraan, kebahagian.
Kehadiran bayi ini, mumy dapat terima B sebagai suami mumy. Sayangkan B dan
bercinta semula. I love u so much much much". Kami pon memilih, Putri Nur
Amni Azzalea yang bermaksud Puteri Cahaya Kegembiraan, Kebahagian yang Kekal
Abadi...Okey cerita pasal puteri ke 2 kami, amni...Akan diceritakan di lain
entry ye. Ade gembira dan ade sedih...
Sepanjang
mengandung, hati kami berbunga2 mekar je...Suami layan mommy dengan sangat
baik, romantik, banyak cakap, sms cinta sayang, calling2 la. Hahaha...Serius,
sebijik mcm org mule2 bercinta weyh!
Still simpan semua sms2 tahun ni. Suami dah xmacam dlu. Suami btol2 berubah.
Dah xde panas baran, bahasa kesat, kejinya, xde adegan pukul. Seriously die
berubah menjadi daddy dan suami palingggg romantik, penyayang. Sehari kalo
xnampak mommy, die rindu. Kalo mommy kat rumah, die balik 3kali kat umah hanye
untuk spend time dgn mommy, makan masakan mommy. And ofcoz masakan mommy sedap
sehingga suami makan banyaakkkk ari2. Berisi dah suami. Suke mommy tengok.
Sepanjang tempoh bersalin, suami sangat2 caring jaga mommy. Seriously, suami
buat mommy nampak gorgeous! Kendian mommy upload my new picass. Mcm2 produk
belikan untuk kecantikan luar dalam mommy. Suami cakap, die nak mommy hot depan
die. So, die bekerja keras beli produk itu ini, wrapping mommy, paksa mommy wat
sit up, beriban abes duit dah ni. Hasilnyaa....jeng jeng jeng...Baru td balik
dari jumpe doktor pakar and guess what Dr. Eliza said, "do u remember this
lady, where we cannot control her BP, Severe PE? Look at her after confinement.
Wow!". Dr. Eliza tanye pada Dr. Pakar lelaki. And he said, "(Sambil
pergi depan mommy utk tgk mommy) this one yang fetalnye kecik kan? Emergency OP
right?". "Yeah...see her after confinement".
"Beautiful...Tapi sayang dah married". Tersipu2 malu mommy... Semua
ni atas usaha suami mommy yang menjadikan mommy cantik, comel semula...Bukan tu
je, suami siap beli baju2 tdo yang sexy kayyhh...Maid, rabbit, christmas,
corset, stokins..Banyak gak. Ade beli online and ade beli di Lasenza di JPO.
Haaa, banyak kot suami berhabis duit. Bukan mommy yang mintak. Suami rajin
search itu ini, tanye orang dan die beli senyap2 je tau. Tau2, parcel sampai.
Haaa, suprise tak? Malam tu gak kene dressing. Hahaha...Byk suami buat suprise.
Tak mintak die beli produk itu ini...Mommy hanya mintak duit utk beli barang
dapur je. Sebab mommy xnak lagi suap suami dan anak2 makanan luar yang belom
tentu bersih.
Okey,
kesimpulannyaaa...
1) Mommy
bile dapat tau kecurangan suami, mommy xtanye suami, ape kurangnye mommy, ape
lebihnye die. Mommy bersyukur sebab die masih memilih mommy dan anak2 berbanding
satan tempang tu. Mommy xtanye suami, mengapa pilih mommy dari satan tempang
tu? Atau sejauh mane hubungan cinta mereka? Bagi mommy, soalan2 tu tak perlu
ditanye. Buat sakit hati dengar jawapannya nanti. Kebiasaanya lelaki susah nak
jawab soalan2 yang camni, xde jawapan. Mommy akui, mommy bekerja, study
masters, anak2 pon ibu mommy uruskan, masak pon ibu mommy yang masak.
Kadangkala, ade juga suami bgtau, mommy tak terasa cume mommy amek enteng
perkara tu. Ape yg mommy ingin kecapi, PHD in IT. Sebelum mommy sambung
masters, suami cakap, die sokong, boleh terima wlupon mommy cakap, busy...takot
kurang masa layan suami. Serius penat...handle 2orang anak kecik mase tu,
masters, keje, mlm layan suami...Lps tu, mengandung pulak. Suami mommy start
beralih arah mase mommy mengandung 3bulan arwah rizqin. Beberapa bulan pon,
sakitnye sangat dalam. Mommy terlepas pandang yang ni. Seriously, after nikah,
mommy bunting pelamin. Lps tu, batrisyia 6bln, mommy pregnantkan aqil plak.
Lepas tu jarakkan 1tahun lbh, pregnantkan arwah rizqin. Tak sempat
enjoy...Suami ni manje sebenarnye, mane2 suami pon manje.
2) Take
time to heal...Jangan mendesak untuk terima kembali. Memang mommy maafkan,
ikhlas...Cuma berikan mase untuk sembuhkan luka. At least, luka yang berdarah
tu, dijahit dan darah tu kering. Parut tu akan terkesan sampai bile2 but let it
be. Kesabaran yang tinggi untuk menagih semula cinta yang dihancurkan tu. Suami
jangan stress bile tengok isteri murung, dia luka kerana perbuatan kamu. Cuba
jadi kawan die. Biarkan die luah ape saje terbuku di hatinya. Jadikan kawan
walaupon andala penyebabnye jadi begitu. Bersabarla dengar luahan hatinya,
jawab la persoalannye dengan bijaksana tanpa panas hati. Sabar sabar
sabar...itu kuncinya. Kalo xsabar, akan berlaku pertengkaran.
3) Suami
jangan lepas pandang cerita Nabi Muhammad SAW bersama isteri pertamanya, Siti
Khadijah. Kisah mereka tertulis di dalam Al-Quran. Dalam perkahwinannye bersama
isteri pertamanya, Siti Khadijah, Nabi Muhammad tidak pernah menduakan, mentigakan
ke, mengempatkan ke sepanjang Siti Khadijah hidup. Nabi Muhammad mule
berpoligami selepas Siti Khadijah wafat. Nampak? Para suami suke lepas pandang
hal yang ni, hanye nampak poligami je. Sedangkan, semasa beliau bersama Siti
Khadijah, tidak berpoligami sehingga Siti Khadijah wafat. Sweet kan??? Mommy
percaya, ramai perempuan idamkan sebegini...Jadi tolong bace pnoh2 kisah Nabi
Muhammad SAW ni dulu. Jangan part tu je nak bace, nak fokus.
4) Isteri
plak jangan lupa, mahkamah di malaysia, kita boleh saman orang ketiga, xkira
orang luar, keluarga sendiri, keluarga mertua yang cuba memisahkn rumahtangga
kita. Jadi, mommy warning keluarganye, jika salah seorang dari keluarga mereka
datang ke kedai kami dan cuba kacau kami, mommy tros failkan saman ke atas orang
ketiga yang cube meruntuhkan rumahtangga kami. Bukan tu, mommy nak buat
tuntutan rugi, duit yang die kebas dari suami mommy yakni datang dari mommy.
Tuntutan taknak ansuran, nak lumpsum tros. Suami mommy setuju dan die
bekerjasama untuk senaraikan ganti rugi tu.
5) Allah
SWT memberi ujian berat setimpal dengan kesanggupan hambanNYA. Nikmat akan
datang bila hambaNYA melepasi ujian yang diberikan. Allah SWT beri ujian
tandanya Allah sayangggg pada kita. Nikmat plak turun dalam pelbagai bentuk.
Begitula mommy. Pelik, rezeki anak xputus2 walaupon pada awalnya doktor sahkan
mommynye telur tak menetas, xkuar ovum. Bukan tu je, sperm pon xbrape cantik.
Tapi kuasa Allah, diberi, diambil. Kemudian diberi lagi, diambil
lagi...Akhirnya diberi lagi, kali ni Allah mengalirkan kasih sayang infiniti
melalui kehadiran baby ni. Indahkan?
6) Back to
the root. Banyakkan solat berjemaah. Satu lg buat mommy prasan suami berubah
ialah suami dah xsembahyang berjemaah dengan mommy. Selepas dari kes tu, kami
sering solat berjemaah. Sebenarnye, selepas solat berjemaah, tegurla isteri,
masa tu sangat baik utk tegur menegur. InsyaAllah, masing2 boleh terima teguran
dengan hati terbuka. Kemudian, jangan lupe solat sunat taubat. Biarla banyak
kali pon solat sunat taubat, takpe...Kemudian banyakkan aktivit mendengar
ceramah UAI ke, UKE ke...Jangan plak cari tajuk yang nak kenekan pasangan. Cari
utk baiki kembali hubungan tu. Tahun ni baru kami berdua buat...Itupon selepas
melihat perubahan positif suami.
7) Mommy
ade silap jugak tahun lepas. Walaupon suami buat salah, mommy takde hak
menghukumi suami mommy. Mommy umpama jasad tidak bernyawa, sentiasa murung,
kadang2 berkaca mata ni. Sepanjang tahun hokeyyy! Malah mommy langsung xbuka
pintu hati mommy utk suami. Mommy asyik ingatkan suami mommy yang mommy tak
boleh bahagiakan die. Untuk pulihkan hati kite, sepatotnye kite kene positif.
Kite kene tawan suami. Bukan die yang kene tawan hati kite balik. Dapat suami
mcm mommy bersungguh2, never giveup, xpela. Tapi kalo dapat yg yok yok ooo je
nak tawan hati kite balik, cmne? Bile tengok balik drama Selamat Pengantin
Madu, memang sangat bagus untuk kite tonton dan contohi. Memang sakit tapi
tengok ape kesudahannye? Pening pale wooo bile dapat bini ke 2 camtu.
Huhuhu...Wahai suami, jika dari awal anda sudah dapat isteri yang baik, xpernah
mencurangi anda, jaga aib dan maruah anda, jaga aurat, dielaaa paling terbaik.
Kalo awak kawen ramai pon, xkan dapat sebaik yang first tu. Lainla kalo awal2
anda kawen dgn perempuan sedia jahat dalam diam, yang xbersyukur dengan
perkahwinan. Ade yang tu, kawen dengan lelaki pilihan hatinya, tapi bile lepas
kawen, suami die xleh tunaikan permintaan die yang nak macam2, mulela curangi
suami untuk cari lelaki yang boleh berinya serba serbi. Lepas tu, sanggup tukarkan
duit tu dgn menggadaikan body utk lelaki tu plak. As long dapat ape die nak.
Yang si suami ni, siang malam kerja cari duit utk penuhi kehendak isteri
tersayang. Itulah namanye isteri yang xreti bersyukur!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment