Tuesday, December 2, 2014

BERJAYAKAH HATI DITAWAN?



Assalammualaikum wbt...
Perjalanan hidup kami seperti biasa, penoh lakonan. Kalaulaaa ade award, dah menang dah pelakon wanita dan lelaki terbaik agaknye. Huhuhu...Selepas tsunami yang melanda keluarga kami reda, mommy menjalankan ujian papsmear. Tak terfikir nak buat selepas bersalinkan arwah rizqin aritu. So, mase dapat result, doktor pakar beritahu mommy yang mommy susah nak mengandung balik kerana telur tidak keluarkan ovum. PCOS ke? Tak pastila tapi yang pastinya, doktor maklumkan pada mommy yang telur tak boleh keluarkan ovum. Sedikit pon mommy xbersedih sebab mommy dah xnak ade zuriat lagi dengan suami mommy. Taknak dah benih dari orang yang mommy langsung xde rasa cinta, kasih dan sayang. Lain dengan 2 orang zuriat kami, bukti cinta dan kasih syg kami berdua. Kemudian, doktor beri ubat tapi mommy xmakan pon. Mommy biarkan je. Bile suami prasan mommy xmakan ubat, dipaksa plak soh makan ubat. Kalo ubat tu ade 30biji, mommy baru makan 10biji je kot...Tak lame lepas tu, bulan april 2013, haid tak datang seminggu. Mommy pon g klinik dan check. Sah pregnant 6weeks! Oh myyyyyy! How it can be? Itulah, kuasa Allah mengatasi segala2nya...Mommy pon bgtau suami and die laaa orang paling suke. Sedangkan mommy??? Hermmmm...Seriously, mommy xmakan asid folic, duphaston, obimin...Buat bodohhhh je. Agaknya janin pon paham. Mommy keguguran semasa kandungan 8weeks. Tak tau nak sedih atau gembira. Suami mommy? Sedihlaaa...

Sebelum tu, bulan feb dan mac 2013, perempuan syirik a.k.a satan tu still searching suami mommy and dapat new hp num suami. Die call dan menyamar beli printerla kononnye. Siap transfer dah duit. Kami bergaduh besar. Esoknye, kami tros tukar lg hp num. 2kali tukar hokeyyy! Suami pon dah bosan dengan keadaan ni, die bosan hidupnya diganggu orang. Sbb menyukarkan die untuk tawan hati mommy. He tried so hard to lost contact with her. He will do anything to win my heart back. So touching~~ uhuksss...

Pada bulan mei 2013, kami bawa ibu dan family kawan mommy berholiday dibandung. Seronok sangat2 percutian di bandung bersama anak2. Budget seorang RM600 untuk 5D4N. Mase pergi tu, mommy baru je keguguran seminggu. Dalam sakit2 tu, pergi bandung. Hahaha! Besh wooo g bandung. Tempat die tu menenangkan. Brg2 byk murah2.

Balik pula dari bandung, suami ajak jumpe doktor pakar orthopedic utk check jari mommy ni. FYI, jari mommy ni ade ketulan sejak mengandungkan arwah rizqin. Tiba2 je boleh ade. So, 1st minor operation akan dilakukan pada bulan julai 2013...Dalam masa menunggu date operate, mommy kerja sebagai Software Engineer. Tapi sekejap je sebabbbb....Okey,  seminggu puasa, mommy jalankan 1st minor operation untuk buang ketulan tu. Operation successful, mommy still puasa. Still makan ubat tahan sakit, antibiotik untuk sembuhkan jari yang kene operate ni. 2weeks operate, baru naik keje balik. Siap kene sound dgn bos sebab baru je keje, dah bercuti panjang sbb operate. Ingat sampai situ je, rupenye2 beberapa ari sblm raya, mommy sakit, tak sedap badan. Dah bercuti lagi. Mommy teringat, sepatutnye haid datang tapi dah terlewat ni. 2minggu sebelum puasa, mommy datang haid. And supposedly mommy datang haid seminggu sebelum raya. Haid mommy teratur, kitaran 28days tepat. So, mommy beli pregnancy test and the result is positive. Esok jumpe pakar and the doctor advice me to not travel. Yes! Tak balik cuti raya. Uwaaaaaaa, xboleh raya...

Mommy tertanya2, mengapa Allah beri rezeki anak di kala mommy tiada perasaan lagi pada suami? Kirenye, ni adalah kehamilan yang ke 6! Seperti biasa, mommy memang ponteng makan ubat2 ni. Mommy buat bodoooo je. Raya tahun 2013, semua berpecah. Suami balik kelantan, anak2 mommy ikot neneknya balik ke negeri 9 dan mommy ikot keluarga adik angkat mommy, syuhada sebab 20min je dari rumah mommy. Risau mommy sorang2 kat rumah dgn pregnant lagi. Mase ari raya ke 2, mommy bleeding. Suami pon amek flight tros balik umah jumpe mommy. Check2, baby okey dan sedang growth in my womb. Suami marah mommy sbb xmakan ubat duphaston tu untuk tebalkan dinding rahim dan untuk generate byk hormon lagi. Sejak tu, ari2 suami suapkan ubat pada mommy. Suami cakap, "B rase baby ni boleh survive..". Die je excited...hermmm...

Nak ditakdirkan, mase kandungan 12weeks, mommy keguguran sekali lagi. Keguguran di dalam toilet, suami sambut janin yang jatuh. Sangatlaaa mudah janin dan uri keluar. Suami cuci2 dan tanam janin 12weeks tu. Mase dalam pantang, mommy beri surat resign sebab xnak menyusahkan bos mommy. Yela, baru start keje, asyik cuti sakit. Lps satu, satu...Mommy jd bos pon, mesti marah gak. So, i know how it feels. Kali ni, mommy diurut oleh cik sara, die orang indonesia, dah berpuluh2 tahun dok malaysia dan dah tetap pon di sini. Cik sara sangat bagus. Boleh tau masalah mommy mase urut tu. Mommy blom g scan lg tp cik sara bgtau, dah bersih dah, xde lg darah beku atau ape2 tertinggal di dalam. Mase mommy g jumpe doktor pakar utk scan, doktor perli mommy, "hebat tukang urut awak tu, boleh tau di dalam tanpa scan". huhuhuhu...

Sejak dari tu, suami bgtau mommy, bile tibe ari subur, alert him. Die janji xkan usik mommy bile ari subur. Seolah2 suami tau yg mommy xnak zuriat lagi dari die. Tiba bulan nov dan dec 2013, tiba2 adik perempuan syirik a.k.a satan tu datang kedai untuk printla, fotostatla. Motif??? Bukahkan tau kami xbaik dah dgn keluarga mereka? Mengapa datang sedangkan byk kot kedai2 yg die boleh print dan fotostat? Nampak sangat kedatangannye bermotif. Nak lihat hubungan kami. Suami cuba utk cakap, jgn datang sini lagi tapi selalu xde kesempatan. Akhirnya, mase bulan dec 2013, mereka datang utk print la kononye. Kali ni, mommy xleh sabar. Perang besar lagi berlaku didalam bilik, dirumah...

Mommy: "B tipu! B bgtau mumy b nak cakap dkt dieorang, jgn dtg kedai kite lg, jgn ganggu hidup kite lg. Tapi sampai skrg xcakap2 lagi. And tadi boleh bwk kaum kerabat datang. Ape tu? Mentang2 satan tempang tu ade sini. Hantar askar2 utk siasat lah?"
Suami: "Tak sempat nak ckp. Lgpon setiap kali die dtg, customer lain ade. Xkan nak ckp depan customer. Ape plak customer cakap nanti? Sabarla..."
Mommy: "Alasan! Nak seribu daya, xnak seribu dalih. Sebenarnye ape yg B nak ni? Mumy dah rimas tau hidup dibayangi si satan tempang tu. Serius tak larat dah. Kite pisah je la. Bukan cerai tapi pisah untuk beri ruang antara satu sama lain. B dok umah lain dan kami dok umah lain."
Suami: "Ape mumy cakap ni? B sayang mumy sangat2. B benci dgn satan tu. B menyesal sangat2 dgn ape yang berlaku. Hidup B susah, porak peranda disebabkan satan tu. B xkan maafkan ape satan tu buat. B xhalalkan segala bende yang B bagi pada satan tu. Tolongla paham. Jangan buat B naik hangin. Cukupla mumy...cukup. Cuba percaya pada B. Cuba buka pintu hati mumy tu untuk terima B."
Mommy: "Dahla B...mumy dah cukup terseksa jiwa mumy ni. Mumy xnampak pon ape2 perubahan pada diri B."
Suami: "Mcm mane nak nampak kalo mata dan hati tak pernah nak bukak untuk lihat perubahan B. Mumy nak jadi gile ke? Sampai bile nak hidup dalam kemurungan? Sampai bile? Sampai nak jadi gila??? B xnak mumy jadi gile, nanti B dipersalahkan. B sayang mumy...Mumy xmalu ke, jiran2 kedai nampak mumy ni murung? B malu tau mumy...B nak mumy yg dlu, org yg kuat semangat. Mane cita2 dan impian mumy dlu? Master dah final sem, berhenti hanya kerana layankan perasaan tu. B tau B salah tapi tolong jgn buat B rase bersalah sangat2. B menyesal sangat buat orang yg B sayang macam ni..."
Mommy: "Mumy takkan jadi cmni kalo B xcurang. Mumy xkan berhenti Master mumy kalo B xcurang. Mumy xde semangat bila hidup dgn B. Mumy nak apply study abroad. Nak tinggalkan B dn bwk anak2"

Suami dah mula panas dan panas, die cube lari keluar rumah untuk tenangkan jiwa die tapi mommy tahan die dengan cakap, "Bile bincang, lari...Bile bincang, lari. Semua ni xjd kalo setan tempang tu xkaco kite. Kalo B warning dari awal, xkan ade lg die datang." Suami pon xjadi keluar dan serang mommy dengan penoh emosi. Mase tu, anak2 plak masuk bilik...Anak2 menangis dan jerit pada daddy mereka, "Daddy...jangan pukul mommy. Daddy, jangan sepak mommy..." Mommy tahankan diri tanpa melawan balik walaupon mommy ade black belt taekwando dan silat. Huhuhu...Sambil suami henyak pale mommy kat katil beberapa kali, suami cakap, "Aku sayangkan ko. Ko ni nape degil sangat? Aku sayangkan ko, paham tak? Ko ni nk jd bini derhaka ke taknak percaya aku cakap?". Mommy menangis dan duduk kembali. Anak2 pelok mommy. Mommy pon cakap, "Dahla, saya tak boleh beri kebahagian pada awak sejak jiwa saya kosong. Saya xde hati kat awak lagi. Hanya jasad je yg berada sisi awak. Awak yg xingat yg saya ni umpama jasad yang tidak bernyawa. Saya kerap ingatkan awak tapi awak xnak dengar". Mommy pon bawak anak2 tdo dan mommy pon tertdo di bilik mereka. Suami datang, ambil mommy, bawa masuk bilik. Suami kucup dahi mommy banyak kali dan ucap, "B sayang dan cintakan mumy. Maafkan B pukul mumy. B takboleh tahan sabar, mumy xnak percaya pada B. Tolongla percaya pada B walau sedikit. B janji, hidup kite akan tenang, bahagia dengan adenye kepercayaan mumy pada B..." malam tu berlalu begitu sahaja...

Keesokkannye, kepala mommy sakit. Dah makan ubat, still sakit. Esoknya plak, kepala sakit, xboleh angkat. Mommy pegang belakang kepala, ade benjolan besar. Mommy pon bgtau suami keadaan tersebut. Setelah 2hari mumy kurang bercakap dan lebih murung dari sebelumnya, barula mumy cakap pada suami yang benjolan tu ade lepas suami pukul mumy. Suami minta, jgn report polis, jgn beritahu sape2. Suami cuak, tros bwk g hosp swasta. Doktor pakar beritahu yang benjolan tu darah beku. Doktor tanye, cmne boleh jadi? Suami jawab, mommy terjatuh dan terhantuk. Suami bertambah menyesal. Mommy plak, hati kosong, otak kosong, xtau nk fikir ape...Doktor beri ubat cairkan darah beku krn ia masih diperingkat awal. Alhamdulillah, selepas 2weeks, darah beku lenyap begitu sahaja. Sejak tu, suami mula slow...Xde nak marah dn banyak wat hal sendiri. Mungkin bagi ruang pada mommy...

Tamat tahun 2013...Tiba pulak tahun 2014 ni...Ape yang jadi? Boleh tawankah hati mommy?

0 comments: