Tuesday, December 2, 2014

KECURANGAN



Assalammualaikum w.b.t...
Lama sudah mommy tak menulis di blog kesayangan mommy ni. Banyak peristiwa yang berlaku since September 2012. Kerana peristiwa itu, mommy berhenti menulis. Ketika itu, mommy lemah, tak berdaya malah merasakan seperti mayat hidup. Mommy ingin coretkan sedikit pengalaman hidup mommy yang amat sukar mommy tempuhi sepanjang mommy hidup. Mommy harap ia boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa yang mengalami situasi seperti mommy.

Ramai yang sudah sedia maklum, mommy kehilangan anak lelaki ke 2 mommy iaitu arwah Che Muhammad Danish Rizqin pada kandungan mencecah 7 bulan kerana air ketuban kering. Dalam masa yang sama, tanpa mommy ketahui, hati suami mommy dicuri oleh seorang perempuan dengan cara kotor, syirik. Semasa mommy dapat tahu mommy mengandung, kami adalah pasangan yang sangaattt gembira. Suami pon melayan mommy bagaikan puteri. Dalam meniti kebahagian, ade hati yang busuk, tidak suke melihat kegembiraan kami. Suami yang dari dulu amat menyayangi mommy dan anak2, bertukar menjadi seorang yang lain secara tiba2, kurang dari 2 bulan. Suami yang panas baran, suka mengeluarkan kata2 kesat, lucah, menengking dan paling teruk pernah memukul mommy ketika mommy sedang mengandung. Dalam masa yang sama, sedang arwah membesar dalam perot, mommy setiap ari bermimpi ular hitam, anjing hitam, ditindih oleh lembaga besar. Kemudian, semasa mommy sedang sembahyang sunat dan mengaji, ade sesuatu yang menarik rambut mommy dari belakang. Sedangkan pintu bilik kunci, anak2 pula dibawah bersama neneknya. Tak cukup dengan itu, mommy berurut dengan seorang bidan kampung. Usai berurut, nenek tu pesan, "Ayu, jaga suami. Ade orang dengki pada kamu. Inginkan suami kamu". Mommy hanya mengangguk. Mommy banyak kali tanye suami, suruh suami bercakap benar tetapi ape yang dapat ialah kata2 keji, kata2 kesat dan akhir sekali dipukul. Akhirnya mommy akur, mommy solat hajat hampir setiap ari untuk tunjukkan kebenaran didepan mata mommy.

8 September 2012 merupakan hari yang tidak dapat dilupakan dalam hidup mommy. Keluarga perempuan itu menjumpai buku diarinya yang menulis perihal suami mommy dan dia. Keluarganya mencari mommy dan kami berjumpa. Mereka serahkan salinan buku diari itu. Mommy pon bawa balik buku itu ke rumah dan menghubungi suami mommy, meminta suami balik ke rumah untuk jelaskan perkara itu. Suami xdapat berkata ape2...Mommy langsung xmarah, tidak meninggikan suara, bercakap dgn lembut. Sama seperti dalam drama Selamat Pengantin Madu tuuuu...huhuhuhu...Mase tu, mommy berlagak cool walaupon hati ni bagaikan gunung berapi yang sedang meletus. Ingatlah wahai kaum hawa, di saat semuanya terbongkar, janganla memarahi mereka, menyerang mereka kerana apa2 pon boleh jadi mase tu. Mommy minta penjelasan suami, mengapa die tak mengaku dari awal mommy detect perubahannya? Tidak ada rasa kasihankah pada mommy yang ketika itu sedang bertarung nyawa mengandung dan melahirkan zuriatnya? Setiap orang yang mengandung, mempunyai hormon berbeza2. Suami hanye mengakui tetapi tidak boleh jelaskan bagaimana dia boleh jatuh hati pada perempuan itu. Suami kata, hatinya tiba2 shj suka pada perempuan tu, xde pon keistimewaan perempuan tu pd die. Mommy seperti tidak boleh menerima alasannya. Mommy hanya berdiam diri sambil buat temujanji, bertentang mata kesemuanya.

Disaat semua bertentang mata, suami diminta memilih, siapa yang die nak. Soalan itu ditanye oleh keluarga perempuan tu. Tanpa di sangka2, suami mommy memilih mommy. Mase soalan tu terpacul dari mulut keluarganya, mommy berdebar2, jantung berdegup kencang. Mommy memikirkan anak2 mommy dirumah, memikirkan cinta dan sayang mommy selama 8tahun akan berkubur begitu shj. Selepas keputusan dibuat, kami semua bersurai dan balik. Kesimpulan dari perjumpaan itu, sebenarnye perempuan itu nakkan orang yang berharta, poket tebal, boleh bg apa saje die minta. Padahal hakikat, disebaliknya. Mommy jadi mangsa berhutang sane sini utk jd modal perniagaan suami mommy. Suami mommy asyik tak berduit sepanjang die buat hal. Sekarang jawapan sudah terlerai. Kini, mommy tahu, ke mana duit2 itu dilaburkan. Paling mommy sedih ketika hari raya...Takpela, xnakla mommy ingatkan cite sedih tu.

Keesokkannya, mommy bawa suami dan anak2 ke tempat mula2 kami berjumpa dan jatuh cinta pandang pertama iaitu di parit raja. Ketika kami di Universiti lagi, suami bukan senang nak dapat mommy tau. Macam2 rintangan tempuh untuk dapat cinta mommy. Huhuhu...Mommy bawa ke sana untuk die ingat kembali cinta die pada mommy, how hard him to get me...Kami menginap di hotel. Mase dihotel, mommy ajak bincang lg...Mommy pulangkan cincin, gambar2 dan sebagainya. Sungguh mommy katekan, ketika itu, hati mommy sudah kosong, tiada lagi rasa cinta dan sayang padanya...Suami tanya, kenapa pulangkan semua ni? Mommy cuma katekan, "Simpanlah semua ni untuk orang yang lebih berhak. Jawapannya ade di hati awak. Saya xpaksa awak untuk memilih sape suri dihati awak. Ape yang saya nak awak tahu, saya mungkin tidak boleh bersama awak walaupon awak memilih saya berbanding die. Tapi saya tahu, hati awak sebenanrnye, tiada saya lagi...". Bangun keesokkan paginya, kami balik kerumah semula. Mase ni, suami cube imbas sket2. Tak tahu ape tujuannya...Tapi malam tu....Segalanya mommy luahkan pada suami, teresak2 menangis. Bukan mommy je, suami pon nanges teresak2 memohon maaf...

Mommy:
"Awakkkk...saya nak minta izin pada awak untuk luangkan sedikit masa malam ni untuk saya luahkan segala isi hati saya ni. Awak, 8tahun saya dah kenal awak. Segala inci pasal awak, semua saya tau. Saya nak awak tau, saya sebenarnya amat mencintai awak, mengasihi awak. Awak ditangga teratas diati saya selepas Allah SWT tau. Maafkan saya sbb saya kurang luahkan perasaan saya pada awak selama ni. Awak tau, awaklah syurga saya. Awak adalah lelaki pertama dan lelaki terakhir dalam hidup saya. Kalo ape2 jadi pada saya dan awak, saya takkan cari peganti awak. Cukupla awak seorang yang menyentuh saya. Selama ni saya menjaga diri saya untuk awak dan tidak pernah sekalipon saya curang pada awak. Tujuan saya bawa awak ke parit raja, saya ingin melupakan semua kenangan2 manis kita berdua. Saya taknak lagi ingat. Maafkan saya, saya tak mampu lagi nak jadi isteri awak kerana diri saya tidak sempurna. Walaupon awak minta maaf berkali2, percayalah, saya dah pon maafkan awak tetapi luka dihati ini akan tinggalkan parut yang dalam, sangat dalam. Saya dah tiada hati kat awak lagi. Hati saya dah kosong dan tiada penghuninya lagi. Hanya anak2 shj kekuatan saya buat masa ini. Selagi awak tak lepaskan saya, saya akan terus berbakti menjadi isteri awak. Namun hati saya tidak mungkin awak miliki lagi. Umpama jasad tidak bernyawa. Yang awak sentuh ni, hanya jasad. Maaf, hati saya bukan untuk awak lagi atau untuk sesiapa."

Suami menangis teresak2 sambil memegang tangan mommy. Kemudian, suami menyarung cincin kawen kami. Awalnya mommy tolak kerana taknak suami buat keputusan terburu-buru.  Tapi suami bersungguh2, "Cincin ni hanye untuk manje, takde orang lain lagi. Abang minta maaf, minta maaf sangat2 dari hujung kaki sampai hujung rambut. Maafkan abang...Terimala abang dalam hidup manje semula. Abang sanggup merebut semula hati manje walau ape cara sekalipon". Mommy hanye tros menangis...Mommy cakap, "Saya dah maafkan awak. Siapala saya untuk tidak maafkan awak. Awak suami saya. Tapi maaf, awakkk...Hati saya dah kosong. Hanya jasad je yang duduk dengan awak sekarang ini. Jasad ni masih berada di sisi awak kerana anak2 kita. Saya xnak mereka tidak berbapa. Saya taknak mereka tempuh hidup macam saya kecik2 dlu. Mangsa poligami. Sbbtu saya tidak boleh terima poligami kerana saya taknak anak2 saya tempuh macam mana saya kecik2 dlu. Melihat ibu menderita kerana ayah. Kalau awak nak nikah lain, tolong, saya merayu sangat, lepaskanlah saya. Saya dan anak2 akan pergi jauh dari hidup awak. Awak kan boleh buat anak lainn...". Suami potong kata2 mommy, "Jangan sesekali cakap macam tu. Abang takkan lepaskan manje sampai hujung nyawa abang. Abang nak anak2 dengan manje je. Abang janji, abang takkan ulangi lagi. Abang pon tak tau macam mane semua ni boleh terjadi. Tiba2 je...". Mommy tetap tak boleh terima alasan suami mommy. Mommy cuma diam dan berfikir sejenak, kalo btol die camtu, nape curang? Boleh tiba2 ke? Mommy pon akhiri, "Takpelah awak. Saya cuma nak awak tahu, hati saya dah kosong, tiada awak lg. Yang tinggal hanya jasad je. Jikalau awak nak nikah lain, awak bgtau je saya. Saya rela dilepaskan. Tolong jangan seksa hidup saya lg. Sekarang saya dah cukup terseksa, terseksa hidup dengan orang yang saya tak sayang dah. Saya tak boleh beri kebahagian pada awak, kegembiraan lagi dah. Semuanya, saya dah pulangkan pada Allah SWT. Kerana Allah SWT beri rasa cinta, kasih sayang tu pd kita, kita nikah dn ade anak. Dan ia kepunyaan Allah SWT. Sekarang Allah telah tarik rasa itu dari saya. Cinta, kasih sayang saya hanya untuk Allah SWT, anak2 dn keluarga saya shj. Maafkan saya, ye? Mulai esok, berlagak macam biasa. Ibu saya dah lame dapat hidu kecurangan awak dan byk kali ibu bg hint pada saya utk siasat awak. Cuma saya ni, bykkan berdoa dan solat hajat, biar Allah tunjukkan pada saya tanpa buka aib korang. Buat mcm biase je dpn ibu dan anak2". Suami mommy akur dan suami tidak berhenti memohon ampun dari mommy. Suami janji akan tambat semula hati mommy tapi mommy kata tak perlu buat perkara yang sia2, ia tidak mungkin berlaku lagi setelah apa yg telah terjadi. Hidup je macam biasa walau tiada lg cahaya kebahagian dalam rumahtangga ni. As long anak2 happy ade ibu dan bapa.

Setiap ari, suami cuba buat sesuatu untuk tambat ati mommy. Tapi mommy still kaku dan ckp terima kasih je. Orang dah xde hati, camtulaaa...huhuhu. Pantang nmpk suami marah ank2, rotan ank2 ke, mommyla orang yg akan moody gile. Sakit hati beb bile tgk orang yg kite xsuke pukul2 anak2 kite. Mommy perlahan2 ckp kat suami, "Kalo dah xsuke kat mommy die, jgn pukul anak2. Kalo awak pukul anak2 saya, itu bermakna awak xsuke saya dah. Lebih baik saya dan ank2 pergi dari hidup awak". Teruuussss suami mommy senyap. Sejak tu, xde dah nk tangan2 anak2 mommy. Huhuhuhu....Lepas tu, kami ke bandung, Indonesia, its like honeymoonlaaa...Mmg happy2 je kat sane tapiiii tak bermakna hati mommy dapat ditambat. Mcm2 suami buat tapi mommy still keras je. Tanggungjawab sbg isteri tetap mommy jalankan macam biase, tapi dgn jasad jela. Kadang2 tu, mommy menangis gak sbb xrela sebenarnye disentuh sebab mommy jijik...Mommy kakukan diri pon, jadi...Lelakikan...hermmm...Pernah gak satu ari tu, mommy nanges jerit, "Saya jijik dengan awak! Jijik!". Walaupon mommy xtahu pon kecurangan suami tu tahap mane. Bagi mommy mase tu, curang je akan libatkan zina. Tapi cmne kalo xde? Sudaaahhhhh....Berdosanyeee mommy....

Masa di bandung tu, kami dapatkan rawatan perubatan islam. Xde yg gune bnde2 syirik. 100% ayat2 Al-Quran...Memang betol ape yang mommy dapat petanda selama ni. Dari dalam mimpi, dari bidan tu. Ustadz tu dapat tau sape orang yang hantar untuk runtuhkan rumahtangga kami. Dan orangnye adalah perempuan tu. Suami pon terkejut bile dapat tau kat mane bende tu duduk dalam badan suami mommy. Dan mommy plak, dihantar sihir juga. Selepas berubat, kami beransur pulih...Banyak perkara yang suami baru sedar, xingat...Mommy ade hubungi keluarga perempuan tu untuk minta penjelasan dan ia mengakuinya perempuan tu main sihir2 ni. Syirik!!! Sampai mati pon, mommy takkan maafkan perempuan yg betuhankan syaitan tu. Perempuan syirik a.k.a satan ni, nampak perwatakannye baiiiikkk, mcm kuat agama gitew sbb tegur cara orang lain berpakaian padahal die xsedar diri, pakai baju pendek sampai nampak lurah punggung tapi bertudung. Lps tu, keluarga die kate, die xsolat pon. Oppsss, cmne nak solat kalo amalkan syirik2 ni. Lps tu, xde real friend sbb die kawan xikhlas. Sebelum ni, bukan suami mommy je tapi lelaki orang lain pon dah terkena, beberapa bulan sebelum suami mommy kene. Ni semua keluarganya cerita. Setiap kali die buat hal, pasti kantoi...Perbuatan jahat tak selamanya menang. Allah SWT itu Maha Adil dan Saksama. Dalam fb die pon, ayat pergggghhhh manis gile, berlatarkan islamik, macam die tu aliiiiiiimmmmmla sangat. Sejak peritiwa tu, mommy xpernah percaya cakap die, penjelasan die walau sebesar zarah sekalipun. Never ever! Buatla karangan panjang 1000words skalipun, takkan percaya even 1 word. Oh ya, satu lg, mommy xdela nak kutuk tapi die memang xsedar diri. Perempuan syirik a.k.a satan ni, cacat sejak lahir lagi. Kakinya tempang sblh, mcm pendek sblh gitu. So, kalo die jalan, ketara nampak jalan tinggi rendah mcm jongkang jongket gitew...Diri dah mcm tu, boleh buat perkara jahat? Lagila nampak keburukannya. Cukup2, mommy xnak dituduh mengutuk fizikalnya, ciptaan Allah SWT.

Tamat tahun 2012...Sambungan 2013 plak. Adakah suami berjaya menambat hati isterinya???

0 comments: