Sunday, November 29, 2009

RAYA HAJI YANG PALING BERMAKNA DALAM HIDUPKU...

Fuhh, tengok tajuk entry pon dh tau yg raya aji kali ni amat bermakna. Mane taknya, aku dapat kumpulkan semua adik beradik ku di rumah aku sendiri. Dua orang adik lain mak 1 bapa di kira adik btol aku. Tergambar kemeriahan dan kegembiraan aku di raya aji. Macam2 aku masak utk mereka. Mereka duduk di rumah aku dr ari jumaat smpi ahad. Bile melihat keriangan mereka bermain swimming pool di rumah aku, jauh disudut ati aku, terharu n bersyukur kpd Allah. Kerana kehendakNYA, kami adik beradik dpt berkumpul setelah 6 tahun tak beraya bersama2...Macam2 coretan hidup yg tertulis utk kami adik beradik. Pelbagai dugaan yang terjadi antara kami. Akhirnya, kami disatukan semula....Aku tak sempat utk snap pic coz aku sebok dok kat dapur. Ari sabtu plak, makngah, pakngah, sepupu2, atuk n nenek aku berkunjung ke teratak baru aku. Mengah mereka naek tangga. huhuhu...tp takpe, upah makanan yg aku masak. Seronok sbbnya, aku leh temukan atuk n nenek aku dgn adik2 aku yang lain mak. Terutama adik aku yg sudah kawen n mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Aku menjaga adik ipar aku ketika die pantang ari tu...Walaupun sesuatu terjadi pada mereka, masih tidak memutuskan ikatan kami adik beradik. Malah kesudian nenek n atuk aku melihat mereka walaupun mereka marah. Marah tandanya sayang...Nak yg terbaek utk cucu2nya...Tunjukkan yg mane benar n mane yg salah...Sejak ketiadaan ayahanda, atuk la menjadi org teratas n die la wali aku ketika aku kawen dulu. Menitis air matanya ketika mewalikan aku dulu...Opps! babak sedih plak...Raya aji tidak dapat aku lupekan. Masih terbayang di ruang ingatan ku dan masih terngiang2 gelak tawa n cerita mereka...InsyaAllah, dengan izin Allah, kita akan bertemu lagi seperti ini...Terima kasih abe kerana sangat memahami manje...

0 comments: